Monday, April 28, 2008

Perkongsian Program KBM Belia di Kem Tok Sakah

Assalamualaikum...buat teman-teman seperjuangan.

KEM TOK SAKAH,SEGARI 26 - 27hb April .Alhamdulillah saya bersama dengan Team KBM Perak berprogram KBM Belia di Kem Tok Sakah.Syukur kepada Allah kerana menggerak hati saya utk berprogram bersama Xifu Pak Lang.Banyak yang saya belajar disana.Terima Kasih Pak Lang.Bermula dengan sesi Perkenalkan diri Fasi & Peserta(Knowing Me Knowing U).Bila tengok peserta buat 3S masih ada yg geli-geli lagi nak peluk kawan.Bila makin lama rasa seronok pula belia-belia ni...itulah nama keindahan bersama sahabat.

Bagi saya yang baru pertama kali mengikuti sebagai fasi KBM Belia ini merasakan ada sentuhan yang berlainan sehingga walaupun seketika hubungannya tetapi ikatan ukhuwah terbina disitu.Bila tengok peserta semangat utk menegakan dakwah di bumi Malaysia tercinta ini,mulalah tidak boleh tidur hati ini memikirkan apakah dengan solat ku,puasa ku,perkerjaan ku bisa mengubah cukup utk mendirikan daulah atau negara bersyariat islam...Bila diakhir program ku bersama dgn peserta terasa sayang utk meninggalkan antum semua.

Disini disertakan Perkongsian dari Pak Ngah Zain...

Baru sekejap tadi peserta yang ana bawa ke program datang ke kedai ana bertanya, "En Zain... Bila ada KBM Belia lagi? Saya nak hantar adik saya pulak!". Di hujung program Ahad baru-baru ni pun ada staf PKEINPk (anak buah Akh Yahanis) yang beritahu zaujah ana, "Next program bagitau ye... saya nak ajak suami saya datang". Bos PKEINPk pula dah nyatakan kepada Akh Yahanis, "Kita akan hantar lagi peserta pada program akan datang"; Pengurusan NADI AGROBUSINESS di Manjung pun dah beritahu, "Kami akan hantar 20-30 orang lagi untuk KBM yang akan datang". Tambah dua tiga lagi syarikat besar dan agensi kerajaan, insyaAllah next KBM akan ada bilangan peserta yang cukup... setanding malah mungkin lebih baik berbanding KBM yang pertama itu. Syaratnya, semua aktivis perlu kerja keras mempromosi program dan bersungguh-sungguh menjayakannya secara jamaie. Selebihnya adalah urusan Allah.

Sekian Wassalam

Abg Long

No comments: