Monday, December 27, 2010

KBM Belia Pulau Pinang

PROGRAM KEINDAHAN BERSAMA MU VERSI BELIA
ANJURAN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA & PEJABAT AGAMA ISLAM SPU


TARIKH : 26 & 27HB DIS 2010
TEMPAT : DAMAI PARK RESORT MERBOK KEDAH.
PESERTA : 74 ORG PESERTA
PENGENDALI SLOT :
KMKY : ABG LONG & ABG ARD
NIKMAT OH NIKMAT : PAKLONG MELAKA
EXPLORE@DAMAI.COM : ABG ARD AND TEAM
MENITI ANGIN MALAM I : PAK LONG
MENITI ANGIN MALAM II : ABG ARD & GANG
INTEAM : PAK LONG
MENGEKALKAN PERUBAHAN : PAK LONG
BERSAMA MENUJU KEJAYAAN : PAK LONG
LAFAZ YANG TERSIMPAN : PAK LONG
FASILITATOR : 13 ORG



komen-komen peserta kbm belia qariah pulau pinang:

# sesuai dgn nama Keindahan BersamaMu memberikan keindahan yang sangat mendalam dalam diri. Nilai keinsafan yg sangat tinggi dalam diri telah saya dapat. Program ini sgt bagus terutama utk para remaja dan belia memandangkan keadaan persekitaran sekarang yg banyak membawa kepada masalah sosial. Saya syorkan kawan2 utk join program ini utk merasai pengalaman sendiri.

# Terima kasih banyak2 saya ucapkan pada penganjur kem KBM IKRAM. Saya betul2 berpuas hati dgn semua aktiviti yg dilakukan. Program ini betul2 mbuatkan hati saya sayu dan saya rasa diri ini t'lalu kerdil, jika ada kesempatan dan dipanjangkan umur, saya ingin menyertai program ini...program ini dah m'buka hati dan fikiran saya bahawa ibu bapa dan kwn2 adalah segala2 bagi kita selain Allah SWT dan Nabi SAW...terima kasih sekali lg.

# Saya datang sini atas arahan orang. Kalau ikutkan hati memang tidak mahu datang ke kem agama nie sbb saya pun tidak kuat pegangan agama. Memang saya geram sangat dengan org yg senaraikan nama saya utk ke kem ini. Tapi lepas datang sini memang betul2 luar biasa dan kalau diberi peluang saya nk datang sini lagi. Pengisian sgt bagus. Saya pernah menyertai kem ESQ tetapi tidak merasa kelainannya berbanding kem KBM nie...KBM memang Terbaik!!!!!!!