Wednesday, November 25, 2009

KBM SEK MEN SAINS TUN SYED SHEH SAHABUDIN

KEINDAHAN BERSAMA MU (VERSI REMAJA)

TARIKH : 20 & 21 HB NOVEMBER 2009
TEMPAT : SEK MEN SAINS TUN SYED SHEH SAHABUDIN BUKIT MERTAJAM.
PESERTA : 150 ORG
FASILITATOR : 15 ORG(ABG LONG,ACHU,ABG ARD,ABG ZUL,ABG DIN DLL)

Tuesday, October 20, 2009

PROGRAM PERSONA MUSLIM 09

PROGRAM PERSONA MUSLIM 09

TARIKH : 16HB HINGGA 18HB OKTOBER 2009
TEMPAT : D'YAN CHALET TITI HAYUN ,YAN KEDAH.
PESERTA : 45 ORANG PELAJAR IKBN BUKIT MERTAJAM.
FASILITATOR : ABG LONG,ABG NGAH,ABG UDA,ABG ARD,ACHU DAN DIBANTU OLEH 3 ORANG BAKAL GURU (ABG DIN,ABG ZUL,ABG MAT).

BERGAMBAR BERSAMA YDP JIM PULAU PINANG YG BARU

UCAPAN SULONG YANG DI PERTUA JIM P.PINANG Tuan Hj Taufek bin Abd Rahman

PENYAMPAIAN CENDERAHATI OLEH YDP JIM NEGERI PULAU PINANG KEPADA PENGARAH IKBN BUKIT MERTAJAM


BARISAN PENGENDALI DAN FASILITATOR YANG TERLIBAT

ABG NGAH(AKHI FAIRUZ) WALAUPUN SIBUK DGN URUSAN KELUARGA & TUGASAN ,MASIH BERSAMA DGN TEAM KBM PENANG.


PESERTA MENDENGAR DENGAN KUSYUKNYA.
BARISAN BELIA YANG AKAN MENJADI PEMIMPIN AKAN DATANG
>: PANDANGAN PESERTA PROGRAM :<
"program latihan keindahan bersama mu sgt2 bermakna buat saya, ia dapat menyentuh hati dan membuat saya sedar dari terleka. Program ini juga memberi erti kehidupan kasih sayang dan sedih kepada saya. Banyak yg saya dapat pelajari di dalam prg ini contohnya menyakinkan diri betapa susahnya hidup di dunia ini dam memberi keinsafan"
***********************************************************************
"Terlalu banyak menyedari kesilapan masa lalu saya seperti meninggalkan solat 5 waktu. Banyak melakukan dosa besar & kecil serta menyakitkan hati orang tua. Terima kasih diucapkan kepada fasilitator yg banyak memberi keinsafan terhadap kami. ALHAMDULILLAH Harap fasilitator byk lagi mengadakan program ini kepada belia2 yg lain kerana prog ini cukup berkesan bg sy & kwn2 sy."
*************************************************************************
“Pandangan saya terhadap program persona muslim ini ialah amat berkesan dari yang biasa yang pernah saya ikuti.Program ini amat-amat bermakna bagi saya kerana dengan program ini saya menjadi berubah.Saya amat berbangga kerana dapat mengikuti program ini.Akhirkata program yang dianjurkan ini sesuai utk kami semua”.
****************************************************************************

# Bagus dan baik untuk golongan muda dan remaja.
# Cara penyampaian yang tepat,bagus dan mengikut cirri-ciri yang ditetapkan dan tidak terpesong.
# Dapat mengisafkan diri.
# Dapat kita mengamalkan jika kita mengamalkan
# Dapat belajar dari orang yg berpengalaman.

Monday, September 14, 2009

APA BEZA SEBAT JENAYAH SYARIAH DENGAN SIVIL ?

>> Sunday, September 6, 2009

Isu Kartika Sari Dewi dengan kes minum arak secara terbuka dan jatuhnya hukuman sebat ke atasnya itu telah menimbulkan pelbagai cakap-cakap dan pandangan manusia dari pelbagai tahap pendidikan dan latar belakang. Ada manusia yang bercakap itu memberikan penjelasan yang semakin memberi kefahaman kepada manusia lain, tetapi ramai juga manusia yang bercakap itu semakin menjelaskan kejahilan mereka dalam beragama atau menunjukkan betapa mereka membataskan/menyempitkan fikiran dan kefahaman mereka terhadap agama Islam.

Mungkin ada di antara kita yang membayangkan sebatan itu akan mengakibatkan kecederaan teruk kepada manusia yang menerima hukuman itu, sepertimana yang berlaku dalam kes sivil di mana kulit yang tersiat, nampak isinya dan sebagainya. Tambah-tambah lagi yang akan menerimanya itu seorang model yang kurus comel, pasti teruk keadaannya nanti.

Betul ke sangkaan kita itu? Nisa' Pulau Pinang cuba melihat apa yang membezakan hukuman sebat kes jenayah syariah dan hukuman sebat kes sivil. Berikut ialah petikan daripada sebuah artikel yang sangat menarik daripada ustaz hasrizal (www.saifulislam.com) bertajuk Sebatan Jenayah Syariah Bukan Khayalan, moga-moga Allah kurniakan lebih kefahaman kepada kita semua :)

video

Video di atas adalah rakaman amatur demonstrasi hukuman sebat.

Ia adalah sebahagian daripada program Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah 23 April 2009, anjuran JAKIM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putra Jaya (PICC).

Sebatan cara pertama adalah sebatan berdasarkan peruntukan Syariah. Libasan adalah pada kadar 90° dan ia tidak disentap semula hingga boleh menjadikan kulit tersiat sebagaimana sebatan menurut peruntukan undang-undang sivil. Tukang sebat itu adalah petugas terlatih yang mampu melaksanakan hukuman sebat sama ada menurut peruntukan Syariah mahu pun undang-undang sivil.

Saya cuba untuk melihat sisi positif kontroversi kes Kartika Sari Dewi Shukarno.

Ia boleh berperanan menimbulkan perhatian masyarakat untuk memahami selok belok hal berkaitan dengan perlaksanaan undang-undang Syariah, agar hal-hal yang penting seperti ini tidak diperkatakan tanpa asas dan menurut perasaan dan sangkaan semata.

tiadapakar-hishamuddin

Kes Kartika Sari Dewi Shukarno juga menerbitkan warna-warna sebenar terhadap setiap pihak yang memberikan reaksi kepada perlaksanaan peraturan ini. Siapa yang mahu, siapa yang tidak mahu, siapa yang memberi alasan benar, siapa yang mereka-reka alasan.

TAKUT YANG SUDAH LAMA TERCABUT

“Kamu tahu tak kalau kamu terbabas, patah riuk tulang tu? Kamu nak ke lumpuh sampai mati menyusahkan aku menjaga kamu? Kecil-kecil kamu berak dalam lampin, dah besar pun aku nak basuh berak kamu!” bebel Mak Jah kepada anaknya Din yang gila merempit.

Si anak membatu.

Sebelum Mak Jah memanjangkan lagi leternya, Din bingkas bangun, menyambar topi keledar tanpa tanda SIRIM itu dan terus memecut keluar. Membiarkan Mak Jah menggelengkan kepala dalam linangan air mata. Anaknya tidak takut mati.

“Rokok boleh membunuh!” jelas terpampang di kotak rokok.

Elin yang perempuan itu, tidak langsung tersentuh dengan nasihat berkenaan. Lagak seorang anggota pasukan berani mati, perkataan bunuh dan mati bagai tidak punya sebarang makna. Semangat tidak takut mati yang sepatutnya disalurkan ke jalan pembebasan umat Islam di Palestin!

TAKUT YANG MENYELAMATKAN

“Cicak, cicak!” gertak seorang ibu, menakut-nakutkan anak kecilnya daripada bermain di dapur sendirian.

Si anak kelam kabut lari kerana takutkan cicak itu tadi. Takut yang dilahirkan melalui imej cicak itu tadi tujuannya adalah untuk menyelamatkan si anak daripada benda-benda yang merbahaya di dapur.

Si anak yang masih belum faham, begitu ‘berani’ memegang cerek panas. Akibat tiada takut, dirinya tercedera. Lalu berkembanglah akal manusia seiring dengan pertambahan usianya agar ketakutan itu bertindak mencegah dirinya daripada terdedah kepada bahaya.

Takut itu menyelamatkan.

Tetapi manusia hari ini hilang rasa takut. Jika rancangan Fear Factor, pesertanya diuji tahap keberanian masing-masing. Lebih berani seseorang itu terhadap benda-benda yang lazimnya ditakuti manusia umum, lebih pahlawan dirinya di mata hakim dan penonton yang menyaksikan.

Era ini, takut cuba dibunuh daripada jiwa manusia. Bukan untuk berani berjuang. Tetapi berani yang tidak tentu arah.

Bukan sahaja ketakutan itu hilang daripada jiwa penghisap rokok atau mat rempit, takut sudah tidak punya apa-apa erti dalam hampir keseluruhan aspek kehidupan semasa. Lebih membimbangkan, rasa takut itu sudah tercabut dari jiwa para penjenayah. Bermula daripada kesalahan kecil meletak kereta sesuka hati di kiri kanan jalan, hinggalah kepada kejadian ragut, rompak, rogol, bunuh dan dadah, sudah tidak ada hukuman yang boleh bertindak menghalang manusia daripada melakukannya.

500years

“Dihukum penjara 500 tahun!” terpampang berita di dada akhbar.

Mati hidup balik, mati hidup balik, mati hidup balik, masih belum terbebas dari hukuman penjara yang ekstrim itu. Namun bisakah hukuman itu mencegah penjenayah seks dari terus bermaharajalela?

Tidak…

Rasa takut itu sudah tiada.

Di sebuah negara yang kadar jenayahnya amat menggerunkan seperti Amerika Syarikat, hukuman ganas yang amat kejam seperti kerusi elektrik sudah lama diperkenalkan. Bayangkan sahaja seorang penjenayah diikat di sebuah kerusi kayu, tenaga elektrik arus tinggi disalurkan ke seluruh tubuhnya hingga memancut darah keluar dari sana dan sini, mati dengan penyeksaan yang tidak tertanggung oleh mata yang melihat dan fikiran yang membayangkannya.

electricchair

source

Namun, bisakah kekejaman itu mencegah jenayah dan mengurangkan kadar ketakutan masyarakat akibat perbuatan melanggar undang-undang? Jauh sekali! Malah Amerika Syarikat terus menjadi negara paling gila dalam konteks melahirkan pembunuh bersiri dan jenayah-jenayah paranormal yang lain. Seratus orang pemberontak dihukum tembak di khalayak ramai, seribu pemberontak datang menggantikan. Biar terjelir lidah menggelepar menuju kematian oleh pengedar dadah di tali gantung, kadar jenayah tidak pernah berkurang.

Apa sahaja gertakan dan hukuman, seakan-akan manusia sudah tidak mampu untuk menggeruninya.

Kecuali HUDUD!

Belum lagi terlaksana, baru sahaja dimanifestokan perlaksanakannya, seluruh alam menjadi kecoh. Pelbagai komen paranoid terbit dari mulut semua lapisan masyarakat. Yang cerdik menjadi bodoh, yang jahat menjadi hangat. Lalu keluarlah kenyataan-kenyataan yang menggambarkan kekecohan dan ketakutkan itu.

“Makan sup tangan???” kata si bijak pandai.

“Habislah jalan tak cukup batu, habis terguna merejam penzina!” bidas si ilmuan.

“Nanti non Muslim memberontak!” tegas seorang ahli politik.

Seribu satu reaksi ditunjukkan, untuk membantah usaha melaksanakan kanun jenayah Islam itu. Sedangkan segala alternatif yang ada, tidak sedikit pun mencegah penjenayah dari terus menerus melakukan fasad. Mereka mencuba pelbagai wasilah untuk mencegah jenayah sedangkan CEGAHAN hanya bisa datang dari Allah.

5_38

“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu cegahan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [al-Ma'edah 5: 38]

Takut itu adalah perasaan hati.

Hati itu milik Allah.

Allah jua yang mencampakkan rasa gerun di hati manusia yang dikehendaki-Nya. Dan kehendak Allah itu hanya dapat diraih apabila formula dan acuan (sibghah) Allah diguna pakai. Sesungguhnya unsur nakaalan minaLlaah itulah yang tidak wujud di dalam hukum hakam yang lain. Biar sekejam kerusi elektrik, biar sejelek gantung sampai mati, biar sengeri tembak di khalayak ramai, ia tidak mampu menghasilkan nilai cegahan kerana cegahan itu adalah urusan Allah.

Cegahan inilah yang bisa mencegah manusia dari menjamah jenayah. Ketakutan yang dicampakkan Allah ke dalam hati manusia, bertujuan untuk mencegah dirinya, dan manusia lain daripada kerosakan yang membinasakan.

Ia bukan sekadar ketakutan yang mencegah pencuri telur ayam, tetapi juga para bangsawan yang seleranya sebesar perbendaharaan negara. Rasa gerun untuk mengekang manusia berpangkat tinggi dari bermaharajalela menyelewengkan harta rakyat.

Cegahan inilah yang bisa menghentikan kegiatan menjual beli undang-undang. Sebuah negara di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak pernah musnah kerana miskin harta dan pembangunan. Tetapi keseluruhan hidup manusia menyaksikan negara segagah empayar Rom dan Parsi, Utara dan Selatan, Timur dan Barat musnah apabila manusia tidak lagi mampu dicegah dari kejahatan. Apatah lagi kezaliman bangsawan dipejamkan mata dan kesalahan si miskin diheret sepuasnya.

saraqasyarif

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerana tatkala si bangsawan mencuri, mereka membiarkannya. Sedangkan apabila si lemah mencuri, mereka mengenakan hukuman hudud ke atas. Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad itu mencuri, nescaya akan kupotong tangannya” [Hadith Muttafaq 'alayh]

Inilah pakej berupa ancaman dari Allah dan Rasul buat sekalian pencuri dan penjenayah, baik dia itu rakyat biasa yang mencuri besi di rumah jiran, mahu pun bangsawan yang merompak perbendaharaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka.

Apa sahaja ancaman lain, tidak bisa menimbulkan rasa gerun dan takut di hati penjenayah. Walaupun manusia sudah begitu moden, ketakutan mereka masih ortodoks… menggeruni apa yang digeruni oleh manusia zaman berzaman.

Hanya hukuman Allah yang mampu menggerunkan HATI… tempat jatuh pandangan Allah.

63_7

“…Namun orang-orang Munafiq itu tidak mengerti” [al-Munafiqoon 63: 7]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Sunday, June 28, 2009

Rehlah KBM

Rehlah KBM Kelab Belia JIM


Tarikh : 28hb Jun 2009
Tempat : Sedim Eco Park
Penyertaan : 28 org.



Peserta sedang khusyuk mendengar taklimat.


Perbincangan dalam kumpulan


Abg Long sedang memberi penerangan


Perkongsian dari peserta wanita




Perkongsian dari peserta lelaki

Antara Game yang telah dibuat


Apa Lesson Learn yang dapat daripada Game yang dibuat....bincang...bincang...catat..catat

Kerjasama...membakar ayam...mesti sedapkan....hingga menjilat jariSiap sedia untuk dimakan


Cara-cara menghidupkan api
Alangkah rapatnya ukhuwwah sama kita...abg mie (berbaju belang biru)pun ada...teringat semasa mula KBM Penang dibuat...Abg Mie salah seorang pengendali.Bersiap sedia untuk dibakar..aktiviti utama rehlah


Antara posing yang menarik...



Thursday, June 18, 2009

perubahan tarikh rehlah alumni kbm belia


Assalamualaikum..
mohon maaf..rehlah alumni kbm belia terpaksa dilewatkan satu hari kerana terdapat masalah yg tak dapat dielakkan..tarikh baru utk rehlah alumni kbm belia ialah pada 28 Jun 2009 hr ahad..
harap semua maklum..
jzkk



Khairilazhar Bin Karim
Setiausaha Kerja
KRJ MOTIVATION
Blog : http://krjmotivation.blogspot.com
Email : krjmotivation@yahoo.com / azharin84@yahoo.com
Tel :012-4550297 /
0134891004

Tuesday, June 2, 2009

KEM MOTIVASI WARGA BELIA

Undangan ISTIMEWA buat semua belia (lelaki dan perempuan) berusia 20 tahun ke atas

KEM MOTIVASI WARGA BELIA

KEINDAHAN BERSAMAMU (KBM)

Indahnya bersama ALLAH, RASUL, KELUARGA dan SAHABAT

TARIKH : 15 dan 16 Ogos 2009 (Sabtu dan Ahad)

LOKASI : Damai Park Resort, Merbok, Kedah

ANJURAN : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri

Pulau Pinang dengan kerjasama KRJ Motivation

PELABURAN : RM 80 sahaja

PENDAFTARAN :

Pendaftaran boleh dibuat melalui salah satu cara berikut:

1) Isi borang ini dan hantar terus kepada wakil kami.

2) Hantar SMS dengan format berikut:

DAFTAR KBM BELIA (Taipkan Nama Penuh & Daerah Anda)

ke talian: 019 4757447 @ 019 4565817

3) Scan borang dan email ke krjmotivation@yahoo.com

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 13 Ogos 2009 (KHAMIS)

PEMBAYARAN :

Semua pendaftaran mesti disertai pembayaran. Pilih satu cara:-

1) Bayar tunai kepada wakil kami

2) Bank-in tunai ke akaun KRJ Motivation di BIMB no. 07043011018772

ATURCARA :

Hari Pertama (Sabtu)

08.00 pagi Pendaftaran peserta

08.30 pagi Perasmian, Taklimat dan 'Mind-setting'

09.00 pagi Slot I: Salam Mesra, Salam sayang

10.30 pagi Minum pagi

11.00 pagi Slot II: Nikmat ooh Nikmat

12.45 tgh Makan Tengahari/Persiapan/Solat Zohor

02.15 ptg Slot III: Damai@Xplore.com

06.45 ptg Khidmat Diri / Makan / Solat Maghrib

07.45 mlm Belajar Melalui Pengalaman

08.30 mlm Solat Isya'

09.00 mlm Slot IV: Meniti Angin Malam

12.00 mlm Khidmat Diri / Tidur

Hari Kedua (Ahad)

05.30 pagi Qiamullail / Zikir / Solat Subuh

06.15 pagi Santapan Rohani: Ya Allah, Terima Taubatku

07.15 pagi Riadhah 3 Dimensi

08.00 pagi Khidmat Diri / Sarapan

08.45 pagi Slot V: Mengekalkan Perubahan

10.00 pagi Minum Pagi

10.30 pagi Slot VI: Bersama Menuju Kejayaan

12.00 tgh Doa Perpisahan

01.30 tgh Makan / Solat Zohor / Bersurai

MAKLUMAT LANJUT:

Untuk maklumat lanjut program sila hubungi :-

En Zulfahmi (019 - 4565817) atau

En Shahidan (019 - 4757447)

Anda boleh juga menghantar pertanyaan melalui email:

krjmotivation@yahoo.com

atau datang ke pejabat kami di:

KRJ MOTIVATION ENTERPRISE

NO.1756,Tingkat 1,Jalan Dato Hj Ahmad Badawi,

Taman Seri Indah 13200 Kepala Batas,

Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Friday, May 15, 2009

.: KBM satu program untuk Bina Manusia:.

KBM satu Program untuk Bina Manusia











Jumpa lagi....

Alhamdulillah baru-baru ini sempat menghadiri satu program yang cukup menarik yang dipanggil KBM (Keindahan Bersama Mu). Ia adalah satu program yang berbentuk motivasi yang menjurus kearah mengenali diri sendiri, alam dan yang Maha Berkuasa. Dari testimonial peserta yang pernah mengikuti program KBM ini, mereka mengakuinya sebagai lain daripada yang lain.

Kesan dan impaknya lebih lama dan selalunya peserta tersebut akan mula menampakkan perubahan berlaku didalam kehidupannya...

Kalau sebelum ini dia malas untuk solat atau tak pernah rasa kepentingan solat...dia akan berubah menjadi amat peka dan gelisah jika solatnya diabaikan atau dilambatkan. Jika sebelum ini hubungan dia dengan ibubapa atau pasangannya atau ahli keluarganya kurang mesra atau ujud krisis...selepas mengikuti program ini dan mendapat tip-tip kearah mengharmonikan kembali suasana negatif kepada positif...maka semua yang keruh akan kembali jernih, InsyaAllah....

Dalam pada itu jangan pula kita tersalah anggap dan mengumpamakankan KBM ini seperti 'lampu ajaib' yang boleh dijamin garenti solve semua problem!. Ia bergantung kepada follow up dan daya juang serta semangat yang ada kepada setiap individu untuk melakukan satu perubahan total terhadap dirinya...

KBM hanya satu wasilah yang berusaha memberi satu formulasi serta peluang baru kearah menjadi manusia yang lebih mulia,beriman, berjasa dan ada nilai tambah didalam kehidupannya....

Sesungguhnya KBM yang diadakan di Damai Resort, Merbuk hujung minggu lalu sesuatu yang patut diketengahkan dengan lebih luas kepada seluruh masyarakat. Didalam dunia yang serba-serbi semakin kusut dan berserabut ini, manusia semakin hilang peri kemanusian, semakin terhakis jatidiri, iman dan maruah diri amat mudah tergadai dan digadaikan, dunia dikejar seolah-olah mereka tidak mungkin mati, maksiat dan kezaliman bermaharaja lela dan pelbagai permaslahan lagi...

Jadi KBM akan cuma membantu menunjuk arah jalan keluar dari kemelut yang melanda kehidupan manusia sekarang ini...Program ini akan mengajak para peserta mengenali diri sendiri, menghargai segala nikmat anugerah Allah , sesi tazkirah yang unik bahawa kita semua akan mati satu hari nanti dan juga bagaimana untuk kita berubah...

Ianya sesuai untuk semua peringkat umur , ibubapa, pelajar, belia, eksekutif, guru dll.

http://towerpeak.blogspot.com/2009/04/kbm-satu-program-untuk-bina-manusia.html#comments

Sunday, May 3, 2009

.: KBM IPT di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Arau Perlis

KBM Politeknik Tengku Syed Sirajudin (PTSS),Arau Perlis.
Tarikh : 25 & 26 April 2009
Peserta : 58 org
Fasilitator : 6 lelaki / 6 perempuan ( alumni kbm kolej komuniti)

KMKY (Salam Mesra Salam Sayang) : Abg Long & Abg Saiful
NIKMAT Oh NIKMAT : Abg Long
Inteam : Abg Long
BCOC : Abg Art & Abg Saiful
MAM 1 : Abg Uda
MAM 2 : Abg Ard
BMK : Abg Uda
Mediasi : Abg Ard




Peserta India pun turut serta

Monday, April 20, 2009

.:: KBM Belia JIM Penang ::.

Laporan Program Keindahan Bersama Mu (versi Belia)
Tarikh : 18 & 19hb April 2009
Tempat : Damai Park Resort,Merbok.
Peserta : 47 org.

KMKY (Salam Mesra Salam Sayang) : Abg Long & Achu
NIKMAT oh NIKMAT : Pak Lang (Johor)
Explore@Damai Park Resort : Abg Long
MAM 1 : Pak Lang (Johor)
MAM 2 : Abg Ard
BMK : Pak Lang (Johor)
Mediasi : Abg Long/Abg Uda




Komen peserta

Pada pandangan saya, kem ini elok untuk semua belia-belia. Ianya bagus, seronok. Banyak aktiviti yang sangat best. Ia juga dapat mengubahkan diri kita sendiri.



5-Point Star:


9.25

Pada pandangan saya ini adalah program tebaik yang pernah saya lalui sebelum ini… daripada program ini saya mendapat banyak ilmu yang tidak pernah saya lalui. Program ini juga baik untuk semua belia. Saya harap program akan terus diadakan.



5-Point Star:


10

  • Inilah kem yang paling terbaik.
  • Rasa sayang untuk meninggalkan kem ini.
  • Tak puas 2 hari 1 malam ini.
  • Harap anjurkan lagi kem ini.
  • Teruskan perjuangan, memperjuangkan ISLAM

KEM THE BEST !!!!



5-Point Star:


10

Saya berasa puas hati dengan adanya program ini dan buatkan saya sedar akan dosa2 yang telah saya lakukan selama ini….

Dari itu juga saya dapat menilai betapa berharganya sahabat.

Terima kasih yang berusaha adakan program ini.



5-Point Star:


10

  • pengalaman yg xpernah dilalui.
  • Program yg cukup bermakna buat kami semua
  • gembira, susah senang dapat dirasai dlm program nie
  • Dpt mengenali luahan hati kwn

THANK U

U R D BEST



5-Point Star:


10

Assalamualaikum;

  • Alhamdulillah, objektif program tercapai dan dapat dilaksanakan dgn jayanya
  • Kos yang dikeluarkan untuk menghadiri aktiviti dikirakan sebagai tiada apa2 atas manfaat yang diperolehi dalam program ini.
  • Tempat yang selesa & makanan yang disediakan memenuhi kehendak sbg makhluk yang memerlukan
  • Terima kasih kepada semua

a. fasilatator2

b. ajk2

terutama Pak Lang yang dtg dr jauh utk bersama2 menjayakan program

Dengan izin Allah, saya memberikan atas jayanya program ini.

Moga dijayakan lagi d masa hadapan



5-Point Star:


10

Pada abg2 fesi, tima kasih banyak2 sbb dpt goncangkan hati saya yg selamanya terlalu karat tak pernah dicuci. Pada member2 saya, tima kasih gak sbb bersama-sama usha utk mengubah diri kita.

Pada seseorang yang pernah saya kenali 1 ketika dulu. Achik mintak maaf sangat2, achik tau achik banyak dosa pada awak, achik harap awak dpt maafkan achik, seikhlas hati….

Tima kasih KBM

I LOVE YOU ALL



5-Point Star:


5

pada seluruh krew2 yg sssah payah selama 2 hari. ….. good luck

achik26

  • program ini byk meyedarkan saya betapa hebatnya siksaan Allah kpd umatnya yang derhaka terutama kpd ibubapa
  • byk ilmu yang d perolehi dr program ini
  • saya berharap dpt lg menyertai program ini
  • xde apa dh nk komen….. harap2 program ini dpt menarik minat ramai.

5-Point Star: 9

kalo ada salah silap mintak maaf

alhamdulillah …. Bersyukur kehadrat Ilahi dengan izinnya dan ketentuannya dapatlah jua kami peserta2 kem keindahan bersamamu bersama2 mengikuti program ini dengan sebaik2nya. Terima kasih kepada semua fasilitator yang bersusah payah menguruskan program yang cukup2 bermakna buat diri saya sendiri.

Kepada Pak Lang yang saya kenali sepanjang program ini, saya sangat bertuah kerana dapat mendengar kata2 dan nasihat yang sangat menusuk kalbu ini. Tak pernah saya merasakan terlalu gembira sebegini berbanding saya mengikuti pgm yang lain sblm ini

Kepada semua fasi yang terlibat, terima kasih tak terhingga saya ucapkan atas layanan yang diberikan sepanjang tempoh 29 jam di KBM ini



5-Point Star:


10

assalamualaikum

kem KBM nie, bagi saya mendekatkan diri pada Allah mengingati rasul, mengingati mati… ingat kembali dan menyedarkan saya dari mimpi yang panjang. Dosa2 lama dan baru dibiarkan tetapi dalam kem nie saya dapat mengingati kembali…dosa2 dan kesilapan

Menitiskan airmata bila mengingatkan mama n ayah saya krn kesalahan saya sendiri.



5-Point Star:


8

  • terima kasih kpn pihak penganjur
  • mungkin pihak fesi x dpt duit tp ingat syurga allah sedang menantianda, syurga allah sedang merindui anda
  • ini adalah 1 jihad yang amat besar di sisi Allah walaupun mungkin ada manusia yang mengatakan program ini tidak bagus
  • hanya Allah yang dapat membalas jasa anda
  • minta maaf kerana anda tidak layak mendapat 10 bintang kerana markah penuh milik Allah dan manusia tidak layak memilikinya dan setiap manusia mesti buat salah.



5-Point Star:


9