Friday, March 12, 2010

Tahniah !!! SPM 2009

Assalamualikum wrt....

Buat semua para ibu bapa yang anaknya bakal mendapat keputusan SPM
sebentar lagi...

Buat semua para abang-kakak yang adiknya bakal mendapat keputusan SPM
sebentar lagi...

Ucapan Tahniah kami berikan di atas kejayaan anak-anak / adik-adik di
dalam keputusan SPM 2009 yang akan diumumkan pada hari ini 11 Mac 2010
di seluruh negara.

Pastinya berbekalkan kesungguhan yang jitu & munajat yang berpanjangan
kepada Allah, keputusan yang bakal dimiliki ini akan menjadi satu lagi
titik sejarah dalam kehidupan kalian semua, ianya juga merupakan satu
alat untuk kalian meningkatkan lagi kualiti pencapaian akademik kalian
dibidang yang lebih tinggi, agar dgn prestasi tersebut dapat
menyemarakkan lagi dakwah di bumi Allah ini.

Jangan lupa untuk terus mengucapkan Alhamdulillah di atas kejayaan
antum semua, perbanyakkan sujud syukur kepada Allah.

Salam Tahniah buat para remaja SPM sekalian...