Thursday, April 17, 2008

Nilai Kasihnya Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakanmakan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai RM 4.00
Tolong jaga adik RM 4.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM3.00
Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyummemandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
kos mengandungkanmu selama 9 bulan- PERCUMA
kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
kos kerunsingan kerana bimbangkanmu- PERCUMAkos menyediakan makan minum, pakaian,dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelahmembaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

No comments: