Sunday, April 20, 2008

MENGAPA MANUSIA DICIPTAKAN DAN APAKAH TANGGUNGJAWABNYA?

Perlu kita perhatikan tiga persoalan asas yang berkaitan dengan seluruhkehidupan kita. Persoalan-persoalan tersebut ialah:

1. Dari manakah kita datang?
2. Mengapakah kita didatangkan?
3. Kemanakah kesudahan kita?

Untuk mencari jawapan-jawapan yang tepat maka perlulah kita merujukkepada apa telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Quran al-Karim.

Persoalan Pertama

Dari mana kita datang?

Jawapannya kita dapati dari Firman Allah S.W.T.:

“Wahai sekelian manusia! Jika kamu masih ragu-ragu terhadap hariqiamat sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) telah jadikan kamu dari tanah,kemudian daripada air mani dan mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotongdaging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supayaKami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim)ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkankamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak kemudian sampai kamu menjadiorang dewasa. Di antara kamu ada orang yang dimatikan dan ada yang dipanjangkanhidupnya sampai terlalu tua hingga tidak dapat mengetahui apa-apa sedangkansebelumnya kamu mengetahui.” - Surah al-Hajj: ayat 5.

Dengan meneliti ayat tersebut dapatlah kita ketahui dari manakah datangnyakita dan terjawablah persolan tersebut.

Persoalan Kedua

Mengapa kita didatangkan atau mengapa kita dijadikan oleh Allah S.W.T.?

Jawapan kepada persoalan ini terdapat di dalam Firman Allah S.W.T.:

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikandiri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Para ulama’ muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu denganpanjang lebar yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya)dan mempunyai runag lingkup yang luas, tidak semata-mata terhad kepadafardhu solah, puasa, zakat dan haji semata-mata, bahkan tugas dan kewajipankita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada AllahS.W.T. berdasar Firman-Nya tersebut.

Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah S.W.T. serta mengikutbetul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W..

Jika demikian segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikanjasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan atau faktur-faktur yang membantu kita untuk taatkan Allah S.W.T. serta teguhberibadah kepada-Nya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri)kepada Allah S.W.T.. Ini bermakna rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang permainan, gedung perniagaan dan sebagainya adalah medan beribadah. Bahkan seluruh bumi Allah S.W.T. ini merupakan ‘masjid’, tempatmenunaikan ibadah dalam realiti kehidupan.

Sehubungan dengan itu Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah telah menyatakanbahawa: “Setiap perkara yang telah Allah S.W.T. perintahkan hamba-hamba-Nyamelaksanakan adalah dikira sebagai ibadah. Ibadah yang meliputi apa sahajayang diredhai oleh Allah S.W.T. sama ada tutur kata, perbuatan dan tingkahlaku.”

Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya, al-’Ibadah Fial-Islam, bahawa: “Sesungguhnya beribadah kepada Allah S.W.T. tidaklahterhad kepada mengerjakan solah, puasa, zakat dan haji dan perkara yangberkaitan dengannya seperti tilawah al-Quran, zikir, berdoa, beristighfardan sebagainya sahaja sebagaimana fahaman sesetengah golongan Islam (yangmendakwa Islam). Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka telahmenunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telahmanyempurnakan hak Allah S.W.T. terhadap mereka sepenuhnya. Mereka menyangkasudah selesai ditunaikan kewajipan ‘Ubudiyyah terhadap Allah S.W.T.. Padahal tanggapan tersebut meleset daripada hakikatnya yang sebenar”.

Beliau membuat penjelasan lagi bahawa: “Tidaklah dikira ibadah kepadaAllah S.W.T. jika seseorang itu berfahaman: Aku solah, aku berpuasa, akuberzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas makan daging babi, minumarak, makan riba, berjudi serta menolak hukum-hukum syariat Allah S.W.T.yang tidak sesuai dengan pandanganku. Juga tidak dikira ibadah kepada AllahS.W.T. bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya berada ketika di kawasanmasjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan mencebur diri dalam bidang-bidangkehidupan lain dia menjadi hamba kehendak dirinya, bebas mengikut kehendakhawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah S.W.T.”

Oleh kerana itu maka setiap orang yang terkeliru mesti memperbetulkanfahamannnya kembali mengenai Islam dan ibadah kepada Allah S.W.T..

Semoga seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah S.W.T.. Cukuplahbagi seseorang Muslim itu berfikir bahawa ia adalah Khalifah Allah S.W.T.di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah S.W.T.serta melaksanakan kewajipan ber’ubudiyyah kepada Allah S.W.T. semat-mata.Memadai ia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannyadengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya ituibadah kepada Allah S.W.T..

Menurut al-Qaradhawi lagi bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besaryang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugastersebut ialah:

1. Menyeru kepada kema’rufan dan mencegah daripadakemunkaran.
2. Berjihad ke jalan Allah S.W.T..

Menurut huraian asy-Syahid Sayyid Qutb bahawa kerja-kerja menyuruhkepada ma’ruf serta mencegah daripada munkar tidak boleh dipandang ringan.Umat ini tidak berjaya selagi ma’ruf tidak tertegak sebagai ma’ruf danmunkar tidak dimusnahkan sebagai munkar. Untuk melaksanakan tugas yangbesar itu maka perlulah kepada pembentukan Ummah. Ummah yang tertegak atas dasar Iman kepada Allah S.W.T. dan Persaudaraan kerana Allah S.W.T. agarhukum-hukum Allah S.W.T. terlaksana, kerja-kerja ma’ruf berjalan dengansenang, kebenaran mengatasi kepalsuan, kebaikan sentiasa disokong dan kemungkaran sentiasa di tentang. Untuk sampai kepada ummah Islam sedemikian maka jihadyang berterusan diperlukan dan mengikuti jalan-jalan yang betul sebagaimanayang telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W.

Persoalan Ketiga

Kemanakah kesudahan kita?

Persoalan ini tidak memerlukan huraian yang panjang kerana setiap orangyang menyedari asal-usulnya serta mengetahui tugas kewajipannya, maka InsyaAllah ia akan menyedari pula ke manakah kesudahannya. Walaupun demikian jawapannyatetap telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. dalam FirmanNya:

“Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali).Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis.Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali.”
- Surah an-Najm: ayat 42-44.








No comments: