TARIKH : 20 & 21 HB NOVEMBER 2009
TEMPAT : SEK MEN SAINS TUN SYED SHEH SAHABUDIN BUKIT MERTAJAM.
PESERTA : 150 ORG
FASILITATOR : 15 ORG(ABG LONG,ACHU,ABG ARD,ABG ZUL,ABG DIN DLL)
Ia adalah sebahagian daripada program Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah 23 April 2009, anjuran JAKIM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putra Jaya (PICC).
Sebatan cara pertama adalah sebatan berdasarkan peruntukan Syariah. Libasan adalah pada kadar 90° dan ia tidak disentap semula hingga boleh menjadikan kulit tersiat sebagaimana sebatan menurut peruntukan undang-undang sivil. Tukang sebat itu adalah petugas terlatih yang mampu melaksanakan hukuman sebat sama ada menurut peruntukan Syariah mahu pun undang-undang sivil.
Saya cuba untuk melihat sisi positif kontroversi kes Kartika Sari Dewi Shukarno.
Ia boleh berperanan menimbulkan perhatian masyarakat untuk memahami selok belok hal berkaitan dengan perlaksanaan undang-undang Syariah, agar hal-hal yang penting seperti ini tidak diperkatakan tanpa asas dan menurut perasaan dan sangkaan semata.
Kes Kartika Sari Dewi Shukarno juga menerbitkan warna-warna sebenar terhadap setiap pihak yang memberikan reaksi kepada perlaksanaan peraturan ini. Siapa yang mahu, siapa yang tidak mahu, siapa yang memberi alasan benar, siapa yang mereka-reka alasan.
“Kamu tahu tak kalau kamu terbabas, patah riuk tulang tu? Kamu nak ke lumpuh sampai mati menyusahkan aku menjaga kamu? Kecil-kecil kamu berak dalam lampin, dah besar pun aku nak basuh berak kamu!” bebel Mak Jah kepada anaknya Din yang gila merempit.
Si anak membatu.
Sebelum Mak Jah memanjangkan lagi leternya, Din bingkas bangun, menyambar topi keledar tanpa tanda SIRIM itu dan terus memecut keluar. Membiarkan Mak Jah menggelengkan kepala dalam linangan air mata. Anaknya tidak takut mati.
“Rokok boleh membunuh!” jelas terpampang di kotak rokok.
Elin yang perempuan itu, tidak langsung tersentuh dengan nasihat berkenaan. Lagak seorang anggota pasukan berani mati, perkataan bunuh dan mati bagai tidak punya sebarang makna. Semangat tidak takut mati yang sepatutnya disalurkan ke jalan pembebasan umat Islam di Palestin!
TAKUT YANG MENYELAMATKAN
“Cicak, cicak!” gertak seorang ibu, menakut-nakutkan anak kecilnya daripada bermain di dapur sendirian.
Si anak kelam kabut lari kerana takutkan cicak itu tadi. Takut yang dilahirkan melalui imej cicak itu tadi tujuannya adalah untuk menyelamatkan si anak daripada benda-benda yang merbahaya di dapur.
Si anak yang masih belum faham, begitu ‘berani’ memegang cerek panas. Akibat tiada takut, dirinya tercedera. Lalu berkembanglah akal manusia seiring dengan pertambahan usianya agar ketakutan itu bertindak mencegah dirinya daripada terdedah kepada bahaya.
Takut itu menyelamatkan.
Tetapi manusia hari ini hilang rasa takut. Jika rancangan Fear Factor, pesertanya diuji tahap keberanian masing-masing. Lebih berani seseorang itu terhadap benda-benda yang lazimnya ditakuti manusia umum, lebih pahlawan dirinya di mata hakim dan penonton yang menyaksikan.
Era ini, takut cuba dibunuh daripada jiwa manusia. Bukan untuk berani berjuang. Tetapi berani yang tidak tentu arah.
Bukan sahaja ketakutan itu hilang daripada jiwa penghisap rokok atau mat rempit, takut sudah tidak punya apa-apa erti dalam hampir keseluruhan aspek kehidupan semasa. Lebih membimbangkan, rasa takut itu sudah tercabut dari jiwa para penjenayah. Bermula daripada kesalahan kecil meletak kereta sesuka hati di kiri kanan jalan, hinggalah kepada kejadian ragut, rompak, rogol, bunuh dan dadah, sudah tidak ada hukuman yang boleh bertindak menghalang manusia daripada melakukannya.
“Dihukum penjara 500 tahun!” terpampang berita di dada akhbar.
Mati hidup balik, mati hidup balik, mati hidup balik, masih belum terbebas dari hukuman penjara yang ekstrim itu. Namun bisakah hukuman itu mencegah penjenayah seks dari terus bermaharajalela?
Tidak…
Rasa takut itu sudah tiada.
Di sebuah negara yang kadar jenayahnya amat menggerunkan seperti Amerika Syarikat, hukuman ganas yang amat kejam seperti kerusi elektrik sudah lama diperkenalkan. Bayangkan sahaja seorang penjenayah diikat di sebuah kerusi kayu, tenaga elektrik arus tinggi disalurkan ke seluruh tubuhnya hingga memancut darah keluar dari sana dan sini, mati dengan penyeksaan yang tidak tertanggung oleh mata yang melihat dan fikiran yang membayangkannya.
Namun, bisakah kekejaman itu mencegah jenayah dan mengurangkan kadar ketakutan masyarakat akibat perbuatan melanggar undang-undang? Jauh sekali! Malah Amerika Syarikat terus menjadi negara paling gila dalam konteks melahirkan pembunuh bersiri dan jenayah-jenayah paranormal yang lain. Seratus orang pemberontak dihukum tembak di khalayak ramai, seribu pemberontak datang menggantikan. Biar terjelir lidah menggelepar menuju kematian oleh pengedar dadah di tali gantung, kadar jenayah tidak pernah berkurang.
Apa sahaja gertakan dan hukuman, seakan-akan manusia sudah tidak mampu untuk menggeruninya.
Kecuali HUDUD!
Belum lagi terlaksana, baru sahaja dimanifestokan perlaksanakannya, seluruh alam menjadi kecoh. Pelbagai komen paranoid terbit dari mulut semua lapisan masyarakat. Yang cerdik menjadi bodoh, yang jahat menjadi hangat. Lalu keluarlah kenyataan-kenyataan yang menggambarkan kekecohan dan ketakutkan itu.
“Makan sup tangan???” kata si bijak pandai.
“Habislah jalan tak cukup batu, habis terguna merejam penzina!” bidas si ilmuan.
“Nanti non Muslim memberontak!” tegas seorang ahli politik.
Seribu satu reaksi ditunjukkan, untuk membantah usaha melaksanakan kanun jenayah Islam itu. Sedangkan segala alternatif yang ada, tidak sedikit pun mencegah penjenayah dari terus menerus melakukan fasad. Mereka mencuba pelbagai wasilah untuk mencegah jenayah sedangkan CEGAHAN hanya bisa datang dari Allah.
“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu cegahan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [al-Ma'edah 5: 38]
Takut itu adalah perasaan hati.
Hati itu milik Allah.
Allah jua yang mencampakkan rasa gerun di hati manusia yang dikehendaki-Nya. Dan kehendak Allah itu hanya dapat diraih apabila formula dan acuan (sibghah) Allah diguna pakai. Sesungguhnya unsur nakaalan minaLlaah itulah yang tidak wujud di dalam hukum hakam yang lain. Biar sekejam kerusi elektrik, biar sejelek gantung sampai mati, biar sengeri tembak di khalayak ramai, ia tidak mampu menghasilkan nilai cegahan kerana cegahan itu adalah urusan Allah.
Cegahan inilah yang bisa mencegah manusia dari menjamah jenayah. Ketakutan yang dicampakkan Allah ke dalam hati manusia, bertujuan untuk mencegah dirinya, dan manusia lain daripada kerosakan yang membinasakan.
Ia bukan sekadar ketakutan yang mencegah pencuri telur ayam, tetapi juga para bangsawan yang seleranya sebesar perbendaharaan negara. Rasa gerun untuk mengekang manusia berpangkat tinggi dari bermaharajalela menyelewengkan harta rakyat.
Cegahan inilah yang bisa menghentikan kegiatan menjual beli undang-undang. Sebuah negara di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak pernah musnah kerana miskin harta dan pembangunan. Tetapi keseluruhan hidup manusia menyaksikan negara segagah empayar Rom dan Parsi, Utara dan Selatan, Timur dan Barat musnah apabila manusia tidak lagi mampu dicegah dari kejahatan. Apatah lagi kezaliman bangsawan dipejamkan mata dan kesalahan si miskin diheret sepuasnya.
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerana tatkala si bangsawan mencuri, mereka membiarkannya. Sedangkan apabila si lemah mencuri, mereka mengenakan hukuman hudud ke atas. Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad itu mencuri, nescaya akan kupotong tangannya” [Hadith Muttafaq 'alayh]
Inilah pakej berupa ancaman dari Allah dan Rasul buat sekalian pencuri dan penjenayah, baik dia itu rakyat biasa yang mencuri besi di rumah jiran, mahu pun bangsawan yang merompak perbendaharaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka.
Apa sahaja ancaman lain, tidak bisa menimbulkan rasa gerun dan takut di hati penjenayah. Walaupun manusia sudah begitu moden, ketakutan mereka masih ortodoks… menggeruni apa yang digeruni oleh manusia zaman berzaman.
Hanya hukuman Allah yang mampu menggerunkan HATI… tempat jatuh pandangan Allah.
“…Namun orang-orang Munafiq itu tidak mengerti” [al-Munafiqoon 63: 7]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
KEM MOTIVASI WARGA BELIA
KEINDAHAN BERSAMAMU (KBM)
Indahnya bersama ALLAH, RASUL, KELUARGA dan SAHABAT
TARIKH : 15 dan 16 Ogos 2009 (Sabtu dan Ahad)
LOKASI : Damai Park Resort, Merbok, Kedah
ANJURAN : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri
Pulau Pinang dengan kerjasama KRJ Motivation
PELABURAN : RM 80 sahaja
PENDAFTARAN :
Pendaftaran boleh dibuat melalui salah satu cara berikut:
1) Isi borang ini dan hantar terus kepada wakil kami.
2) Hantar SMS dengan format berikut:
DAFTAR KBM BELIA (Taipkan Nama Penuh & Daerah Anda)
ke talian: 019 4757447 @ 019 4565817
3) Scan borang dan email ke krjmotivation@yahoo.com
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 13 Ogos 2009 (KHAMIS)
PEMBAYARAN :
Semua pendaftaran mesti disertai pembayaran. Pilih satu cara:-
1) Bayar tunai kepada wakil kami
2) Bank-in tunai ke akaun KRJ Motivation di BIMB no. 07043011018772
ATURCARA :
Hari Pertama (Sabtu)
08.00 pagi Pendaftaran peserta
08.30 pagi Perasmian, Taklimat dan 'Mind-setting'
09.00 pagi Slot I: Salam Mesra, Salam sayang
10.30 pagi Minum pagi
11.00 pagi Slot II: Nikmat ooh Nikmat
12.45 tgh Makan Tengahari/Persiapan/Solat Zohor
02.15 ptg Slot III: Damai@Xplore.com
06.45 ptg Khidmat Diri / Makan / Solat Maghrib
07.45 mlm Belajar Melalui Pengalaman
08.30 mlm Solat Isya'
09.00 mlm Slot IV: Meniti Angin Malam
12.00 mlm Khidmat Diri / Tidur
Hari Kedua (Ahad)
05.30 pagi Qiamullail / Zikir / Solat Subuh
06.15 pagi Santapan Rohani: Ya Allah, Terima Taubatku
07.15 pagi Riadhah 3 Dimensi
08.00 pagi Khidmat Diri / Sarapan
08.45 pagi Slot V: Mengekalkan Perubahan
10.00 pagi Minum Pagi
10.30 pagi Slot VI: Bersama Menuju Kejayaan
12.00 tgh Doa Perpisahan
01.30 tgh Makan / Solat Zohor / Bersurai
MAKLUMAT LANJUT:
Untuk maklumat lanjut program sila hubungi :-
En Zulfahmi (019 - 4565817) atau
En Shahidan (019 - 4757447)
Anda boleh juga menghantar pertanyaan melalui email:
atau datang ke pejabat kami di:
KRJ MOTIVATION ENTERPRISE
NO.1756,Tingkat 1,Jalan Dato Hj Ahmad Badawi,
Taman Seri Indah 13200 Kepala Batas,
Komen peserta
Pada pandangan saya, kem ini elok untuk semua belia-belia. Ianya bagus, seronok. Banyak aktiviti yang sangat best. Ia juga dapat mengubahkan diri kita sendiri.
![]() |
9.25
Pada pandangan saya ini adalah program tebaik yang pernah saya lalui sebelum ini… daripada program ini saya mendapat banyak ilmu yang tidak pernah saya lalui. Program ini juga baik untuk semua belia. Saya harap program akan terus diadakan.
![]() |
10
KEM THE BEST !!!!
![]() |
10
Saya berasa puas hati dengan adanya program ini dan buatkan saya sedar akan dosa2 yang telah saya lakukan selama ini….
Dari itu juga saya dapat menilai betapa berharganya sahabat.
Terima kasih yang berusaha adakan program ini.
![]() |
10
THANK U
U R D BEST
![]() |
10
Assalamualaikum;
a. fasilatator2
b. ajk2
terutama Pak Lang yang dtg dr jauh utk bersama2 menjayakan program
Dengan izin Allah, saya memberikan atas jayanya program ini.
Moga dijayakan lagi d masa hadapan
![]() |
10
Pada abg2 fesi, tima kasih banyak2 sbb dpt goncangkan hati saya yg selamanya terlalu karat tak pernah dicuci. Pada member2 saya, tima kasih gak sbb bersama-sama usha utk mengubah diri kita.
Pada seseorang yang pernah saya kenali 1 ketika dulu. Achik mintak maaf sangat2, achik tau achik banyak dosa pada awak, achik harap awak dpt maafkan achik, seikhlas hati….
Tima kasih KBM
I LOVE YOU ALL
![]() |
5
pada seluruh krew2 yg sssah payah selama 2 hari. ….. good luck
achik26
9
kalo ada salah silap mintak maaf
alhamdulillah …. Bersyukur kehadrat Ilahi dengan izinnya dan ketentuannya dapatlah jua kami peserta2 kem keindahan bersamamu bersama2 mengikuti program ini dengan sebaik2nya. Terima kasih kepada semua fasilitator yang bersusah payah menguruskan program yang cukup2 bermakna buat diri saya sendiri.
Kepada Pak Lang yang saya kenali sepanjang program ini, saya sangat bertuah kerana dapat mendengar kata2 dan nasihat yang sangat menusuk kalbu ini. Tak pernah saya merasakan terlalu gembira sebegini berbanding saya mengikuti pgm yang lain sblm ini
Kepada semua fasi yang terlibat, terima kasih tak terhingga saya ucapkan atas layanan yang diberikan sepanjang tempoh 29 jam di KBM ini
![]() |
10
assalamualaikum
kem KBM nie, bagi saya mendekatkan diri pada Allah mengingati rasul, mengingati mati… ingat kembali dan menyedarkan saya dari mimpi yang panjang. Dosa2 lama dan baru dibiarkan tetapi dalam kem nie saya dapat mengingati kembali…dosa2 dan kesilapan
Menitiskan airmata bila mengingatkan mama n ayah saya krn kesalahan saya sendiri.
![]() |
8
![]() |
9