Tuesday, June 10, 2008

Doa Yang iNdah


Doa Yang iNdah

Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
"Tidak. Itu bukan untuk Allah singkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya."

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
"Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara."

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
"Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari."

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
"Tidak. Allah memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu."

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
"Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat pada Allah."

Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.
"Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Allah akan memangkas untuk membuatmu berbuah."

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
"Tidak. Allah akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal."

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
"Akhirnya kau mengerti wahai diri. HARI INI ADALAH MILIKMU. JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.

Monday, June 9, 2008

TAHNIAH !! KBM TEAM KEDAH MERDEKA


Alhamdulillah segala puji hanya milik Allah,


Abg Long dan Abg Ngah serta Team KBM Penang bersyukur kehadrat Allah kerana Team Kedah sudah Merdeka...Doa kami bersama antum semua...teruskan mengislahkan masyarakat melalui program Keindahan Bersama Mu (Keindahan Bersama Allah,Rasul,Ibubapa,Sahabat dan guru).Seronok rasanya apabila dapat bergerak sendiri tanpa bantuan dari KBM Team Penang mengikut kreativiti sendiri.KBM Team Kedah pun ibarat keluarga besar kami.Semoga ramai lagi yang dapat mengendalikan program KBM ini.



mokri sabran wrote:


Ringkas aje dari ana......... ....

Tahniah .....

dan KEDAH MERDEKA .... syabas


daripada : xifu KBM



maimunah mohamed beon com.sg wrote:


Salam,

Jzkk. Alhamdulillah. Ana nak ucapkan jzkk kepada Pak Lang dan team serta Abang long dan team atas segala bantuan dan sokongan. InsyaAllah kami akan terus berusaha lahirkan lebih ramai pengendali dan mantapkan team.(Ya Allah mudahkanlah urusan kami....) Banyak lagi yang kami perlu belajar untuk lebih berkesan dalam dakwah melalui KBM. Moga melalui KBM dan program yang seumpamanya, dakwah dalam masyarakat akan semakin makmur dan dapat mencapai RJIM2.

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Team Kedah masih belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Tikar pandan tikar jerami
Tikar yang siap bawa kemari
Jzkk atas bantuan kepada kami
Moga usaha diterima Ilahi

Pak 'Jang dan team KBM Kedah

Sunday, June 8, 2008

Kehebatan Iman Generasi Terdahulu

Kehebatan Iman Generasi Terdahulu - Berusahalah Kita Untuk Mengusainya

Sejak akhir-akhir ini saya telah berada bersama sahabat-sahabat. Sepanjang bersama mereka, macam-macam perkara yang dapat saya lihat. Ada yang ceria, gembira, dan tak kurang juga yang sedang bersedih hati. Melihat sahabat yang disayangi berada di dalam kesedihan, hati ini begitu ingin sekali untuk menyelami fikiran dan perasaannya. Kalau boleh biarlah kita juga merasai kesedihannya. Apakah puncanya kesedihan seorang insan itu? Walau apapun punca, pokoknya ia tetap berbalik kepada satu perkara iaitu sedang mengalami proses pentarbiyahan oleh Allah s.w.t. Seperti yang terdapat di dalam lirik lagu Kehidupan - Inteam feat Nazrey Johani ;
"Ujian adalah tarbiyah dari Allah, apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya..."
Bila sebut tentang tarbiyah, sudah pasti ianya berkaitan dengan ujian. Apabila sahabat kita berhadapan dengan ujian, dengan mudahnya kita boleh menasihatinya, "La Tahzan. Allah bersama-sama dengan kamu". Dan ada juga mengatakan "Enti kene kuat. jangan diikutkan sangat masalah hati ni. Kalau dilayan sangat masalah ini, sampai bila2 pun kita tidak akan memikirkan masalah ummah" serta bermacam-macam lagi jenis kata-kata nasihat. Benar, ada yang lebih penting kita perlu fikirkan lebih-lebih lagi bila kita meletakkan diri kita sebagai da'e. Di sini, ingin sekali saya tekankan sejauh manakah ujian yang kita hadapi berbanding dengan ujian yang ditempuhi oleh generasi terdahulu? Astaghfirullahal'azim, jika kita ikutkan kata hati untuk melayan perasaan adalah lebih baik kita sama-sama muhasabah diri kita sambil mengenang semula sirah perjuangan mujahidin terdahulu. Terlalu jauh bezanya jika nak dibandingkan. Jadi, di sini saya paparkan sedikit kisah-kisah perjuangan dahulu. Semoga ianya mampu menyedarkan diri kita serta mempertingkatkan lagi semangat kita dalam berjuang fisabilillah.. InsyaAllah


Nabi Muhammad s.a.w
Baginda Nabi S.A.W memulakan dakwahnya di Mekah, kaum musyrikin Quraisy membalas usaha dakwah itu dengan pelbagai tindakan yang kasar dan ganas, termasuklah mencipta pelbagai bentuk azab bagi menyiksa orang-orang beriman. Namun, segala usaha mereka tidak berhasil kerana mereka bukan berhadapan dengan manusia biasa yang memiliki jati diri keimanan yang teguh, yang lebih rela nyawa mereka melayang daripada iman mereka diruntuhkan. Para sahabat mampu bertahan menghadapi segala cabaran kerana mereka memiliki iman dan keyakinan yang kental.

Bilal bin Rabah
Siapa yang tidak kenal Bilal bin Rabah r.a., yang sanggup bersabung nyawa menanggung azab sengsara ketika beliau ditindih dengan bongkah batu raksasa di atas ramda yang merah menyala dan di bawah terik sinaran matahari yang panas membara. Bilal tidak berhenti daripada menyebut kalimah yang membakar kemarahan para penyiksanya iaitu dengan kalimah berikut:
“Ahadun Ahad”, Ahadun Ahad”.
Alangkah mudahnya bagi Bilal, jika beliau ingin menyelamatkan diri daripada siksaan itu, beliau hanya perlu berpura-pura menjadi kafir sementara. Tetapi beliau tidak tergamak melakukannya, kenapa? Kerana beliau merasa amat rugi jika melepaskan kemanisan iman yang sedang beliau kecapi.
Mana mungkin orang yang sedang menikmati kelazatan iman akan melepaskan kelazatannya. Dan mana mungkin orang yang pernah merasai kepahitan kekufuran akan kembali merasainya.

Keluarga Yasir
Demikianlah juga Yasir, Sumayyah radhiallahu ‘anhum dan Ammar, satu keluarga yang telah menjual nyawa mereka untuk membeli iman sehingga gugurlah Sumayyah sebagai wanita pertama syahid.

Khubaib bin Adiyy
Demikianlah pula kisah Khubaib bin Adiyy r.a. yang telah ditawan oleh golongan musyrikin ketika beliau hendak berhijrah, lalu beliau dibawa balik semula ke Mekah. Khubaib meletakkan syarat ke atas dirinya untuk mati dalam iman dan dengan syarat itu beliau tidak peduli lagi bila, di mana, dan bagaimana beliau akan dikorbankan. Ketika sedang menunggu kematian sebagai hukuman daripada kaum musyrikin, beliau mengatakan dengan tegas:
“Aku tidak peduli jika aku mati, asalkan kematianku sebagai muslim yang berjuang pada jalan Ilahi. Kerana yang demikian itu, jika Dia kehendaki, nescaya ketulan dagingku yang bersepah akan diberkati.” (Sahih al-Bukhari, Hadis no.: 2880)

Abu Salamah r.a
Juga Abu Salamah r.a. yang tidak membatalkan hasratnya untuk berhijrah meskipun isterinya dirampas dari tangannya dan meskipun tangan anaknya direntap putus dihadapannya. (Ibn Hisyam, as-Sirah an-Naabwiyyah, 2: 469).

Suhaib ar-Rumi r.a
Tak lupa juga Suhaib ar-Rumi r.a. yang menawarkan seluruh hartanya kepada kaum musyrikin semata-mata kerana ingin menyertai Nabi S..A.W. berhijrah ke Madinah. (Ibn Hisyam, as-Sirah an-Nabawiyyah, 2: 477).


Subhanallah, betapa hebatnya iman apabila telah menembusi hijab hati manusia, tiada apa lagi yang boleh menukar gantinya. Mereka diberi tawaran samaada memilih nyawa tanpa iman atau memilih iman tanpa nyawa, lalu mereka memilih iman tanpa mempedulikan nyawa mereka. Sabda Rasulullah S.A.W (maksudnya):

“Ada seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah digali lubang untuknya, kemudian dia ditanam di dalamnya, lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua, namun yang demikian itu tetap tidak mengubah pendirian agamanya. Ada pula yang disikat dengan penyikat besi sehingga pecah tulang dan urat sarafnya, tetapi semua itu tetap tidak mengubah pendirian agamanya.” (Sahih al-Bukhari, Hadis no.: 3416 & 6544)

Oleh itu, setiap muslim mestilah yakin dengan pegangan agamanya sebagaimana juga generasi umat Islam yang terawal meyakininya. Dengan keyakinan yang mantap itu, dia pasti akan dapat meneguhkan jati dirinya untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman dan dugaan.
oleh : kHaLiLah AsyRaN

Thursday, June 5, 2008

Nilai Masa Muslim

Masa adalah Harta Paling Berharga Yang Anda Miliki

Jika kita ditanya apakah harta yang paling bernilai yang kita miliki, pasti kita akan menjawab beberapa jawapan seperti wang, anak keturunan, perniagaan, kecantikan, kepandaian mahupun kesihatan. Kita boleh sahaja menjawabnya akan tetapi jauh di hati kita ia bukanlah yang termahal dan tertinggi nilainya. Kesemuanya tidak sama nilai dengan nilai masa kita. Jadi benarlah masa adalah sesuatu yang paling bernilai bagi kita umat Muhammad setelah Islam.
Bersediakah kita untuk memahami betapa pentingnya masa untuk kita khususnya kaum Muslimin? Kerana umat yang dalam kemerosotan dan penindasan seperti kita ini tidak tegar memelihara masa meskipun keadaan mereka adalah umpama telur di hujung tanduk dan hanya retak menanti belah. Semestinya kita mengetahui bahawa masa adalah anugerah adil yang dikurniakan Allah swt kepada makhluknya. Sesiapa yang bersyukur yakni dengan menggunakan sesungguhnya maka Allah akan tambahkan nikmatNya, tapi barangsiapa engkar maka azab Allah amatlah pedih.

Jadilah Umat Terbaik

Tatkala kita membaca al-Quran, kita akan dapati bahawa Allah sering bersumpah dengan masa. Dan Tuhan sememangnya tidak akan bersumpah melainkan sesuatu itu penting dan mempunyai nilai berharga. Allah swt berfirman;

Demi malam apabila menutupi (cahaya siang) dan siang apabila terang benderang.”
(al-Lail:1-2)

Demi waktu Dhuha dan demi malam apabila telah sunyi.” (adh-Dhuha:1-2)

Demi fajar dan malam yang sepuluh.” (al-Fajr:1-2)

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari dan bulan apabila mengirinya.” (asy-Syams:1-2)

Demi masa.” (al-Ashr:1)

Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja.” (al-Insyiqaq:16)

Apakah yang menarik disebalik masa-masa ini hinggakan Allah bersumpah dengannya. Berbalik kepada tujuan al-Quran diturunkan, maka Allah menginginkan kita supaya memerhatikan perkara-perkara ini agar mendapat pengajaran. Begitu banyak sumpahNya berkaitan dengan waktu.

Maka umat yang tidak mengenal harga nilai masa tidak akan menjadi umat yang maju dan berjaya. Ketika kita membaca,”Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,” hati kita pasti terkesan dengan sebutan umat terbaik akan tetapi keadaannya sungguh sangat menyedihkan.

Pada asasnya, sesuatu umat akan menjadi terbaik dan berjaya hanya jika mampu memanfaatkan kurnia Allah sebaik-baiknya dan tidak menyalahgunakannya. Maka apatah lagi bagi kita umat Islam. Dapatkah kita memahami betapa pentingnya masa yang sering kita sia-siakan?

Islam Sangat Menghargai Masa

Tahukah kita agama kita ini sangat menitikberatkan masa. Renungkanlah hadith al-Musthafa saw tentang amal yang disukai Allah. “Wahai Rasulullah, apakah perbuatan yang paling disukai Allah? Baginda menjawab,” Solat tepat pada waktunya.” (HR Muslim). Kemudian perhatikanlah pula ayat berikut;

Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang beriman.” (an-Nisa:103)

Lihatlah pula puasa, haji, zakat dan lain-lain lagi. Kesemuanya mempunyai masa dan had yang telah ditentukan.

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu.(al-Baqarah: 183-184)

(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi.” (al-Baqarah:197)

Mereka Memahaminya.

Penemuan pertama kaum Muslimin awal masa keemasannya adalah jam. Pada waktu itu mereka mengembangkan dan meletakkannya ditempat umum dan diruang-ruang istana. Mereka begitu membanggakannya. Mengapa? Sungguh mereka berjaya kerana memerhatikan masa. Sungguh agung umat ini.

Namun kini kita tidak begitu. Seorang yang taat beragama sepatutnya menghargai waktu dalam kehidupannya. Apatah lagi duah yang mengajak manusia ke arah perjuangan Islam. Kisah berikut merupakan kisah benar yang berlaku kepada seorang tokoh Muslim yang berjumpa dengan warga asing. Muslim itu terlambat beberapa minit.
“Anda muslim?” tanya warga asing tersebut.
“Ya.”
“Anda solat?” tanyanya lagi.
“Ya.”
“Berpuasa pada bulan Ramadhan?”
“Ya.”
“Anda sudah menunaikan haji?”
“Ya, tentu.”
“Anda solat Jumaat tepat waktu?
“Sudah tentu.”
“Sungguh aneh orang-orang Islam. Agama mereka mengajarkan prinsip-prinsip agung, sayang mereka tidak mengendahkannya.”

Kisah ini menggoncang jiwa kita jika kita memahaminya. Seolah-olah mereka menyindir kita, anda agungkan agama tetapi sebenarnya anda bukanlah pemeluk agama yang taat kerana tidak menghargai ajaran agama.

Bagaimana dengan kita? Sudahkah kita bersedia menghargai masa kita, wahai umat Islam?

Ke Mana Masa Muda Kita?

Renungkanlah hadith Rasulullah saw! “Pada hari kiamat tidak seorangpun hamba diperkenankan meninggalkan posisinya kecuali ditanya lima perkara. Tentang penggunaan umurnya, masa mudanya, kekayaannya dari mana dia peroleh dan untuk apa digunakan dan apa yang dilakukan terhadap ilmunya.” (HR Tirmidzi :2416)

Masa muda mendapat tempat khusus dalam hadith diatas. Meskipun umur sudah disebutkan, namun masa muda dikhususkan sekali lagi. Tentunya ada beberapa sebab. Pertama, masa tersebut begitu penting. Kedua, begitu banyak orang membazirkan masa tersebut. Maka masa muda disebutkan secara khusus.

Maka para pemuda, kemanakah masa kita dihabiskan? Apakah dengan menonton televisyen berjam-jam, atau melayari internet berkurun-kurun? Atau berpeleseran di jalanan dan mengganggu orang-orang dijalanan? Atau membaca buku-buku tidak berfaedah, kartun, komik, atau filem yang tidak pernah habis?

Andainya setiap nafas kita dikumpulkan ke dalam setiap kotak. Maka di hari perhitungan dibuka semua kotak nafas kita itu satu persatu. Kotak pertama kosong. Kotak kedua kosong. Kotak ketiga berisi percakapan yang sia-sia. Kotak keempat berisi fitnah, umpat dan caci maki. Maka manakah amal yang boleh kita banggakan di depan Allah swt?!

Akan tetapi lain hal jika kotak yang pertama berisi bacaan al-Quran. Kotak kedua hafazan kitab Allah dan hadith. Kotak ketiga syarahan menyedarkan manusia. Kotak keempat amal perjuangan Islam yang ikhlas. Kotak keempat pula berisi nafas keletihan berjuang di jalan Allah. Maka inilah yang boleh kita banggakan didepan Allah swt.

Membazir Masa adalah Maksiat.

Tidakkah kita sedari pembaziran waktu adalah maksiat yang besar. Pembazir ini saudaranya syaitan dan mengikuti jejak langkahnya. Mereka yang menghabiskan masa berjam-jam duduk di café bersembang dan hanya menghirup secawan teh dan sebatang rokok adalah melakukan maksiat yang tidak disedari. Masakan kita boleh berehat sedangkan keadaan umat begitu mendesak! Hampir sahaja sampai ajal mereka ditimpa malang bertimpa-timpa.

Apabila kita bertanya apa yang mereka lakukan dan mereka menjawab; “Menghabiskan masa….” atau “Saja-saja rileks berehat“. Sebenarnya waktu adalah kehidupan. Mereka yang menyiakan waktu sebenarnya sedang membunuh diri sendiri secara perlahan. Andainya masa itu emas maka ia boleh dibeli dengan wang. Akan tetapi masa adalah kehidupan dan kehidupan tidak boleh diperjualbelikan. Tiada siapa mahu menjual kehidupannya.

Semangat yang membara…Memindahkan Gunung!

Titipkan semangat Ibnul Jauzi ketika temannya berkata padanya; ” Marilah kita sejenak bersembang santai;”

“Kalau begitu, hentikanlah matahari untuk sementara waktu,’ jawab Ibnul Jauzi.

Juga bagaimana Ibnu ‘Aqil yang menulis buku “al-Funun” dengan jumlah 800 jilid dan merupakan buku yang paling besar sejak Nabi Adam dan mungkin sampai hari kiamat. Beliau berkata;” Meskipun usiaku sudah 80 tahun, namun aku masih memiliki semangat, kegigihan dan keinginan untuk memanfaatkan masaku seperti aku berusia 20 tahun.”

Oleh kerana peribadi ulama dan manusia sebegini, umat masih tetap bertahan ratusan tahun lamanya memimpin dunia dan menerangi gelapnya. Dan kita hanya mampu berkata,” Ini sesuatu yang luar biasa! Siapa yang sanggup melakukannya?!

Maka anda tidak harus melakukannya. Sekali-kali tidak. Tapi anda perlu menghabiskan masa anda sia-sia. Anda tidak harus duduk santai di kedai, café beberapa jam hanya untuk sekadar makan. Anda tidak harus meluang masa menonton telenovela dan drama. Anda tidak harus duduk bersembang perkara tidak berguna. Anda tidak harus menantikan bola yang disepak ke sana ke mari masuk ke dalam gol. Anda tidak harus bersolek di depan cermin seolah tiada hari esok. Anda tidak harus berpeleseran untuk window shopping di pasaraya dan mall. Anda tidak harus membicarakan artis itu memakai pakaian fesyen apa dan dengan siapa dia bercinta. Anda tidak harus buat begitu. Andai sahaja anda memahaminya, cukup untuk membuatkan umat ini berjaya.

Jika hal-hal itu kita lakukan kemudian kita bersedih dengan nasib umat, kita menghina saudara seIslam kita. Kemudian kita berseronok kembali. Maka insafilah diri kita!

Bangkitlah dari kekeliruan dahulu kepada kesempurnaan Islam. Pergunalah masa. Susunlah kerja dan tugasan. Letakkanlah mana yang utama atas yang lain. Semua manusia diberikan 24 jam akan tetapi kenapa ada yang berjaya dan ada yang tidak. Ada yang kaya dan ada yang tidak. Dan juga ada ke syurga dan ada ke neraka? Maka itu bergantung pada pemanfaatan masa kita. Manfaatkan masa muda kita sebelum menjadi tua. Sebelum tua menjadi lebih tua. Berapa ramai yang selalu menyesal tidak beribadah di waktu mudanya dan kemudian menangis kesal. Betapa ramai yang tidak memakai hijab di waktu mudanya dan kemudian meraung takut kesal kerana dosa yang dilakukan. Betapa ramai merasa rugi di waktu umurnya sedang dia tidak mampu untuk sujud dan rukuk sebanyak orang muda. Maka perhatikanlah ini wahai Ulul Albab!

Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang memanfaatkan masa dan kehidupan kami dan raihkanlah kemenangan umat Islam di atas usaha kami.
Hasbunallahu wa nikmal wakil

oleh: ameersyuhada
rujukan:Ghayyir Nafsaka (Amru Khaled)

Wednesday, June 4, 2008

Kebenaran Ayat Al-Quran

Cosmic Awareness - Outter Journey to Universe

ADAKAH KITA BERSENDIRIAN DI ALAM SEMESTA?

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". (QS Yusuf: 4)
Pakar-pakar Astronomi di Garcing, Jerman, mengumumkan kejayaan mereka menemui sebuah planet yang mirip seperti bumi di luar sistem suria kita.Planet tersebut mengorbit sebuah bintang yang diberi nama Gliese 581.

Suhu planet ini diperkirakan sesuai dan dipercayai dapat menampung kehidupan iaitu 0 hingga 40 darjah celcius.

Menurut pakar-pakar ini lagi, dengan suhu sedemikian, kemungkinan planet tersebut mempunyai sumber air di permukaannya. Dan sudah pastinya air itu dalam bentuk cecair. Mereka menyatakan lagi bahawa takat beku dan takat didih air di planet tersebut adalah menyamai air di bumi.

Berdasarkan jarak pantauan Telskop ESO 3, 6m di Chilie, jarak planet tersebut adalah lebih kurang 20.5 tahun cahaya dari sistem suria kita.

Ukuran Planet yang belum diberi nama ini sebesar 1.5 kali ganda bumi dan dipercayai permukaannya terdiri dari batu-batan yang serupa Bumi.

Untuk mengetahui ada tanda-tanda kehidupan atau tidak di planet itu,pakar-pakar astronomi kini telah menempatkan teleskop khusus untuk memantaunya.

Yang uniknya planet baru ini adalah masa orbitnya mengelilingi bintang Gliese 581, iaitu hanya memerlukan waktu 13 hari, ertinya satu tahun di planet itu sama dengan 13 hari di Bumi!!! Cepatnya...!!

Manakala, Gliese 581 yang diidentifikasi oleh European Southern Observatory di La Silla, di padang pasir Atacama, mempunyai ukuran yang lebih kecil dari Matahari,lebih dingin, malap, dan tidak memiliki cahaya sehebat matahari.
Kajian menunjukan ada 3 planet yang berputar mengelilingi Gliese 581 ini. Yang pertama ialah planet yang mirip bumi tadi, yang kedua planet yang besarnya lebih kurang 15 kali ganda bumi, dan yang ketiga dan paling jauh dari Gliese 581 bersaiz 8 kali ganda lebih besar bumi dan berjarak paling jauh dari Gliese 581.
Daripada penemuan ini,para saintis angkasa berseloroh dan mengharapkan planet baru itu mempunyai ciri-ciri yang sama seperti bumi dan menjadikan ia tempat tinggal baru generasi akan datang sekiranya bumi yang ada tidak mampu lagi menampung populasi manusia yang semakin bertambah dengan pesat ini.
Namun persoalannya adalah, mampukah kita pergi kesana? memandangkan jaraknya yang amat jauh (20.5 tahun cahaya dari sistem suria kita)?

ARTIKEL INI TELAH DITERBITKAN DI LAMAN WEB TRANUNGKITE.NET http://www.blogger.com/www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10732

Tuesday, June 3, 2008

Mars (Matahari) kelihatan naik dari Barat ke Timur

Mars (Matahari) kelihatan naik dari Barat ke Timur


"Didalam hadith terdapat tanda kiamat ia itu apabila matahari naik atau kelihatan naik dari Barat. Saya inshaallah akan membincangkan perkara ini dengan tuan puan sekalian. Dalam istilah astronomy terdapat retrograde motion , retrograde revolution dan retrograde rotation.
Retrograde motion ialah apabila planet, bulan atau matahari kelihatan bergerak dari Barat ke Timur. Mungkin inilah akan berlaku apabila matahari kelihatan bergerak dari barat ke Timur yang menjadi tanda kiamat.
Retrograde revolution ialah apabila planet memang bergerak bercanggah arus dan kelihatan bergerak dari Barat ke Timur. Perlu di ketahui semua planet di solar sistem bergerak dari Timur ke Barat. Retrograde rotation ialah apabila planet bergerak bercanggah dari asal dan perlu diingatkan semua planet berpusing mengikut pusingan yang timur ke barat melainkan tiga planet iaitu Venus, Uranus and Pluto.
Mars dan jupiter adalah dua planet yang menunjukkan retrograde motion iaitu kelihatan bergerak dari Barat ke Timur. Ini adalah kerana kelajuan bumi lebih melebihi kelajuan mars.

Apabila bumi memotong mars maka mars akan kelihatan naik dari barat dan turun ke timur. Perkara yang sama mungkin akan berlaku kepada bumi dan matahari. Ini adalah kerana matahari turut mengelilingi solar sistem dan mungkin pada suatu ketika apabila berada di suatu lokasi dalam ruang solar sistem akan mengalami retrograde matahari secara relative dengan bumi. Apabila kelajuan matahari dan bumi berada pada tahap yang tertentu maka kelihatan lah matahari naik dari Barat dan tengelam ke Timur untuk beberapa waktu. Mungkin masa itu orang sekular atau atheist akan mengatakan ini hanya fenomena biasa dan kiamat tidak akan berlaku. Orang mu'min mengetahui kiamat sudah hampir dan mereka yakin dengan hadith itu. Kita tidak tahu lah sebelum retrograde motion matahari berlaku sudah ada ulama usuk menafikan hadith sahih itu takut takut negara tidak maju kerana percaya perkara tahyul. Itu pun boleh berlaku di zaman jahiliyah modern dan dunia akhir zaman.

Monday, June 2, 2008

EQ melawan IQ

EQ melawan IQ

Banyak kajian yang dijalankan dalam bidang EQ menggariskan berapa kebolehan yang ditakrifkan sebagai EQ. Antaranya ialah Kebolehan memahami emosi diri, kebolehan mengurus emosi dengan sesuai, kebolehan memotivasikan diri, kebolehan mengenali emosi individu lain dan kebolehan mengendalikan persahabatan.

Kecerdasan emosi diperoleh melalui lima bentuk kebolehan kendiri seperti berikut:


1. Kebolehan memahami emosi diri.
2. Kebolehan mengurus emosi dengan sesuai.
3. Kebolehan memotivasikan diri.
4. Kebolehan mengenali emosi individu lain.
5. Kebolehan mengendalikan persahabatan.

Kita pernah mendengar ibu yang mempertaruhkan nyawa sendiri bagi menyelamatkan anak-anak semasa kecemasan. Kejadian seperti ini menunjukkan emosi adalah penentu di sebalik tindakan yang drastik. Individu yang mempunyai kecerdasan fikiran tidak semestinya menggunakan pertimbangan akal yang rasional.

Semasa dalam kecemasan, emosi merangsang pertimbangan dan tingkah laku. Pentingnya peranan emosi sehingga timbul pandangan di kalangan ahli-ahli psikologi. Pandangan berkenaan faktor emosi menentukan kejayaan dan kegagalan dalam hidup individu. Faktor ini dikenali sebagai kecerdasan emosi.

Profesor di Universiti Harvard, Amerika Syarikat iaitu Profesor George Vaillant menceritakan pemerhatiannya di dalam buku Adaptation to Life. Buku ini mengisahkan sekumpulan pelajar Universiti Harvard sekitar 1940-an. Kehidupan berkeluarga dan kerjaya mereka dituruti sehingga ke peringkat pertengahan usia.

Kecerdasan emosi diperoleh melalui lima bentuk kebolehan kendiri seperti berikut:
1. Kebolehan memahami emosi diri.
2. Kebolehan mengurus emosi dengan sesuai.
3. Kebolehan memotivasikan diri.
4. Kebolehan mengenali emosi individu lain.
5. Kebolehan mengendalikan persahabatan.

Kebolehan Memahami Emosi Diri

Ajaran Islam menuntut penganutnya bermuhasabah. Muhasabah dalam Islam bermaksud menghitung kesalahan, mengimbau kesilapan dan melihat kembali kealpaan diri dalam mengerjakan suruhan Tuhan. Sesudah itu, perlu diperbetulkan segala kesalahan, kesilapan dan kealpaan supaya menjadi pedoman pada masa hadapan.

Hal yang sama juga perlu dilakukan kepada emosi diri. Sebelum bermuhasabah, individu itu perlu sedar proses berfikir sehingga mencetuskan emosi dan tindak balas luar kawal.Perlu dilihat kembali apakah individu itu terbawa-bawa sehingga terlebih tindak balas kepada suatu isu.Perlu dinilai sama ada beliau mementingkan perkara kecil ataupun meremehkan perkara yang besar. Selepas itu, penyesuaian kognitif perlu dilakukan ke arah penyelesaian total.

Kebolehan Mengurus Emosi dengan Berkesan

Mengurus emosi adalah pekerjaan sepenuh masa. Mengurus emosi memerlukan persediaan kognitif yang cukup dan pemahaman mengenai situasi yang mencetuskan emosi berkenaan.Pengurusan yang berkesan memerlukan sistem sokongan yang berterusan. Sistem sokongan ini merangkumi aspek biologi dan psikososial. Ada individu yang perlu mengambil ubat-ubatan anti kemurungan dan mood stabilizer bagi mengurus emosi supaya stabil. Mereka adalah pesakit yang didiagnosis menghidapi kecelaruan emosi.

Kebolehan Memotivasikan Diri

Pada zaman kegawatan ekonomi, ramai usahawan terpaksa bergelut dan tidak kurang pula yang kecundang. Jatuh bangun adalah asam garam kehidupan. Apa yang penting adalah keupayaan belajar bangun kembali, berjalan dan berlari. Usaha yang berterusan serta sikap yang optimis dan berfikiran positif membantu mencapai kejayaan.

Kebolehan Mengenali Emosi Orang Lain

Sahabat memberitahu saya berkenaan rakannya yang bersikap dingin, enggan bertegur sapa dan kelihatan seperti kehilangan mood secara tiba-tiba. Beliau hairan lantas menganggap rakannya membenci beliau berdasarkan andaian yang tidak berasas.

Akhirnya, selepas beberapa hari tidak bersua muka, sahabat tadi berjaya merungkaikan kekusutan perhubungan. Beliau merasa bersalah kerana tidak dapat membalas jasa ayahnya yang selama ini bertungkus-lumus menyekolahkan nya. Malangnya, ayah beliau meninggal dunia akibat sakit kanser.

Kebolehan Mengendalikan Persahabatan

Pengendalian persahabatan memerlukan pengawalan diri yang baik. Individu itu perlu berupaya mengawal perasaan marah, sedih, benci dan suka yang keterlaluan.

Beberapa kebolehan yang dikenal pasti sebagai komponen utama kebijaksanaan menjalin hubungan:
Kebolehan menguruskan kumpulan.Kebolehan merunding penyelesaian.Kebolehan menjalin hubungan peribadi melalui perkaitan personal.Kebolehan menganalisis individu lain melalui perasaan, motif dan sikap.

Biasanya, individu yang mempunyai kualiti kepimpinan berasaskan seperti ciri-ciri yang disebutkan di atas.Daya kepimpinan antara individu dengan individu lain berbeza daripada segi tahap, kualiti serta saiz individu yang dipimpin. Kecerdasan emosi dapat dilatih sejak kecil. Apabila beberapa kebolehan seperti yang dibincangkan di atas dapat dibentuk semasa kecil, maka mereka membesar dengan memperoleh aset yang tidak ternilai harganya. Sehingga ada yang berpendapat kecerdasan emosi dapat menentukan kejayaan dalam hidup.

DIPETIK DARI:
“Mental Sihat”PST Mellinnia