Friday, May 15, 2009

.: KBM satu program untuk Bina Manusia:.

KBM satu Program untuk Bina Manusia











Jumpa lagi....

Alhamdulillah baru-baru ini sempat menghadiri satu program yang cukup menarik yang dipanggil KBM (Keindahan Bersama Mu). Ia adalah satu program yang berbentuk motivasi yang menjurus kearah mengenali diri sendiri, alam dan yang Maha Berkuasa. Dari testimonial peserta yang pernah mengikuti program KBM ini, mereka mengakuinya sebagai lain daripada yang lain.

Kesan dan impaknya lebih lama dan selalunya peserta tersebut akan mula menampakkan perubahan berlaku didalam kehidupannya...

Kalau sebelum ini dia malas untuk solat atau tak pernah rasa kepentingan solat...dia akan berubah menjadi amat peka dan gelisah jika solatnya diabaikan atau dilambatkan. Jika sebelum ini hubungan dia dengan ibubapa atau pasangannya atau ahli keluarganya kurang mesra atau ujud krisis...selepas mengikuti program ini dan mendapat tip-tip kearah mengharmonikan kembali suasana negatif kepada positif...maka semua yang keruh akan kembali jernih, InsyaAllah....

Dalam pada itu jangan pula kita tersalah anggap dan mengumpamakankan KBM ini seperti 'lampu ajaib' yang boleh dijamin garenti solve semua problem!. Ia bergantung kepada follow up dan daya juang serta semangat yang ada kepada setiap individu untuk melakukan satu perubahan total terhadap dirinya...

KBM hanya satu wasilah yang berusaha memberi satu formulasi serta peluang baru kearah menjadi manusia yang lebih mulia,beriman, berjasa dan ada nilai tambah didalam kehidupannya....

Sesungguhnya KBM yang diadakan di Damai Resort, Merbuk hujung minggu lalu sesuatu yang patut diketengahkan dengan lebih luas kepada seluruh masyarakat. Didalam dunia yang serba-serbi semakin kusut dan berserabut ini, manusia semakin hilang peri kemanusian, semakin terhakis jatidiri, iman dan maruah diri amat mudah tergadai dan digadaikan, dunia dikejar seolah-olah mereka tidak mungkin mati, maksiat dan kezaliman bermaharaja lela dan pelbagai permaslahan lagi...

Jadi KBM akan cuma membantu menunjuk arah jalan keluar dari kemelut yang melanda kehidupan manusia sekarang ini...Program ini akan mengajak para peserta mengenali diri sendiri, menghargai segala nikmat anugerah Allah , sesi tazkirah yang unik bahawa kita semua akan mati satu hari nanti dan juga bagaimana untuk kita berubah...

Ianya sesuai untuk semua peringkat umur , ibubapa, pelajar, belia, eksekutif, guru dll.

http://towerpeak.blogspot.com/2009/04/kbm-satu-program-untuk-bina-manusia.html#comments

Sunday, May 3, 2009

.: KBM IPT di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Arau Perlis

KBM Politeknik Tengku Syed Sirajudin (PTSS),Arau Perlis.
Tarikh : 25 & 26 April 2009
Peserta : 58 org
Fasilitator : 6 lelaki / 6 perempuan ( alumni kbm kolej komuniti)

KMKY (Salam Mesra Salam Sayang) : Abg Long & Abg Saiful
NIKMAT Oh NIKMAT : Abg Long
Inteam : Abg Long
BCOC : Abg Art & Abg Saiful
MAM 1 : Abg Uda
MAM 2 : Abg Ard
BMK : Abg Uda
Mediasi : Abg Ard




Peserta India pun turut serta