Monday, December 15, 2008

Berita Sinar Harian : KBM lahir ramai individu berdisiplin

Salam untuk semua pengerak dakwah,
Program Keindahan Bersama Mu Remaja Daerah Barat Daya mendapat liputan dari Sinar Harian pada 14hb Dis 2008,YDP JIM Barat Daya Mohd Tuah Ismail telah di wawancara oleh wartawan Sinar Harian.

Sunday, December 14, 2008

Program Keindahan Bersama Mu ( Versi Remaja )

Keindahan BersamaMu Remaja Daerah Barat Daya,P.Pinang.

Tarikh :
13 dan 14 Ogos 2008 (Sabtu dan Ahad)

Tempat :
Sek Men Keb Teluk Bahang.

Anjuran : JIM Barat Daya & JKKK Titi Teras & JKKK Teluk Bahang

Peserta :
1. Alhamdulillah seramai 75 orang telah pun mendaftar .Majority adalah dari Daerah Barat Daya.
2. Ada peserta 2 orang dari Johor & 1 orang dari Seberang Jaya.
3. Peserta lelaki 44org & Perempuan 31org.

Fasi :
1. Terdiri dari kalangan 2 orang alumni KBM,2 org pelajar Institut Perguruan,6 org pelajar Tahfiz,1 org ustazah,1 org suri rumah,2 org doktor.
2. Seramai 6 wanita dan 10 lelaki. untuk kumpulan.
3. Pengendali 4 org.(abg long,abg ngah,abg art dan ayah chut)

Modul
1. knowing me knowing you – dikendalikan oleh abg art & abg long shahidan.
2. Titian Kejayaan - dikendalikan oleh abg art.
3. inteam – dikendali oleh abg ngah
4. meniti angin malam I - dikendali oleh abg ngah
5. meniti angin malam II - dikendalikan oleh abg art,baca skrip oleh kak ngah(isteri abg ngah),abg long,abg ngah dan fasi-fasi pembantu.
6. kini & hijrah – dikendali oleh abg ngah
7. Menyemai kasih menuai sayang - ayah chut (zulfahmi)

JIM
1. borang JIM juga telah diedar.
2. Seramai 5 orang ibubapa telah pun mengisi keahlian JIM.
3. Seramai 75 orang akan di follow up oleh JIM Daerah Barat Daya.

TABUNG PALESTIN
Setelah diedarkan Tabung,sebanyak RM664.00 telahpun disumbangkan untuk tabung palestin.

GAMBAR AKTIVITI

Sessi Pendaftaran : Fasi muka-muka baru

Perserta sedang memberi perhatian kepada abg ngah

Masih malu-malu lagi….

Bermesra….

Persembahan peserta lelaki.

Pelapis… program susulan perlu diatur untuk mereka

Graduan KBM…. Sekarang jadi Fasi

Peserta ..Mereka ini bakal Fasi… akan datang

Aktiviti berkumpulan..

Mudah dibentuk mereka ini… Mereka mad’u kita..

Damai jiwa emak ayah ... melihat anak dlm suasana begini

Kenalan baru kami... mesra sekali

Janji kami... untuk emak ayah

Terimakasih emak..

Wakil ibu 2 peserta: Terimakasih kepada penganjur & Fasi KBM.. kami pun tersentuh hati juga

Wakil ayah 2 peserta: KBM suatu pendekatan untuk bantu didik anak kami

Thursday, October 16, 2008

Keindahan Bersama Mu - Versi Belia

Kbm Belia JIM Penang

Tarikh :
2 dan 3 Ogos 2008 (Sabtu dan Ahad)

Tempat :
Damai Park Resort, Merbok, kedah


Peserta :
1. Alhamdulillah seramai 65 orang telah pun mendaftar sebelum tarikh kem. Majority adalah dari Pulau Pinang.
2. Ada peserta dari Selangor, Kuala Lumpur, Sungai Petani.

Fasi :
1. Terdiri dari kalangan ahli JIM
2. Seramai 6 wanita dan 6 lelaki. untuk kumpulan.
3. Tambahan 6 fasi lagi untuk aktiviti-aktiviti.

Modul
1. salam mesra salam sayang – dikendalikan oleh achu rafy & abg long shahidan
2. nikmat oh nikmat – dikendali oleh pak lang
3. explore.com – di kendali oleh shahidan/pak lang
4. meniti angin malam I - dikendali oleh pak lang
5. meniti angin malam II - dikendalikan oleh achu,pak lang dan ukhti nadiah
6. bersama menuju kejayaan – dikendali oleh pak lang



Gambar Sepanjang Program




Maklum Balas Peserta Program

Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
ku panjatkan kesyukuranku padamu
Ya Allah...

ikatan ini, kenangan ini,keimananku ini
keinsafan ini,membuatkan hati jatuh cinta
padamu,jatuh hati pada pekerti rasul kekasihmu Ya Allah

Ya Allah beratnya hatiku
meninggalkan taman syurgamu Ya Allah.

Ya Rahman , Ya Rahim,
kekalkan kecintaanku ini
suburkan keimanan,kasih sayang ini
ke akhir hayatku,hingga ke hadapanmu Ya Allah

YA ALLAH... SUBHANALLAH.
YA ALLAH... SUBHANALLAH.

ALLAH...HU...AKBAR....

****************************************************

Bismillahirahmanirahim.....

Program ini cukup bagi saya dan telah menyedarkan diri saya
dari yang saya tidak menyedari betapa banyak yang dosa yang
saya lakukan.

Dan juga telah menginsafkan diri saya dari melakukan kesilapan.
Insyallah saya akan belajar tidak ulangi kesilapan yang saya
lakukan.

Dan juga dapat mengeratkan silaturrahim.

Layak mendapat lima bintang.

Teruskan lagi dengan jaya.Tahniah!!

****************************************************

-Dapat pengalaman yang baru.

-Mengenali dan menambah kenalan baru.

-Salah satu cara untuk membuatkan perubahan
yang baru.

-Membina ukhuwah yang cemerlang,ceria dan
solehah.

-Menyeronokkan sangat-sangat kerana setiap apa
yang di atur oleh faci tidak membosankan.

-Dapat menghilngkan tekanan yang terpendam.

-Faci yang sangat baik,peramah dan
bertanggungjawab.
“TERIMA KASIH BNYK2 KPD SEMUA FACI2 KERANA
TIDAK JEMU2 MELAYAN MCM2 KERENAH KAMI”

-GOOD LUCK, TAKE CARE, SEE YOU AGAIN.

(Bee_yaya89@yahoo.com)

****************************************************

Nama: Amirah Nadiah Bt Mohd Rifaie

1. Sebelum datang ke program KBM ini,ramai yang cakap,
best giler,tak rugi kalau datang. Ternyata kenyataan itu benar.
memang best giler dan menepati. Tambahan pula, enjoy dan relax.

2.Dapat kenal kawan-kawan baru.Menjalinkan ukhuwah yang baik
dalam masa yang singkat.

3.Program yang manarik, menepati dengan jiwa kami yang dalam
proses menjadi muslimah sejati.

4.Fasilatator yang baik,bekerjasama.....

5.Aktiviti dan masa tidak terlalu penat dan tidak di paksa sangat.

6.Aktivti menarik,menyedarkan saya dan kawan-kawan yang leka
dengan dunia.

****************************************************
KENANGAN BERSAMAMU :> (KBM)

-kali pertama kulihat darimu,tak pernah terlintas
di benak fikiranku apa yang cukup menarik
tentang dirimu.Aku hanya mengenali namamu
saja tetapi tidak tahu apa kelebihan dirimu

-sejak ku mula mengenal dirimu,aku rasa
kau begitu pelik.kau tak sama seperti yang
lain.Dengan caramu yang sedikit kebudak-
budakkan,ak ,mula jemu.Tapi lain yang
kurasa bila semakin lama kukenalimu

-kepelikan dirimu membuatku tertawa,menangis,
dan lain-lain.kau sungguh istimewa.Biarpun
kau tak dikenali orang lain tapi kau cukup
istimewa buat dariku.Aku berasa sungguh
beruntung kerana terpilih untuk mengenalimu

-Hari ini aku terpaksa meninggalkanmu.
Harap maaf.Terima kasih atas segalanya.
ku harap dapat bertemu semula degan
dirimu.segala kenangan akan sentiasa
di memoriku.I LOVE U,KBM!!!


:>
Senyum
sokmo!

****************************************************

“Perasaan Kasih yang Di sulami Sayang oleh Insan yang Berusaha untuk Melihat Pertautan Jiwa-Jiwa Insan...”


Salam perjuangan kepada semua insan-insan tersebut yang berjaya dalam memacu semangat jihad untuk agamaMu Ya Allah.


Perasaanku :

-Syukur setinggi kesyukuran padaMu Ya Allah kerna
pertemuan dengan mereka...

****************************************************
Alhamdulillah, selama saya di Damai Park Resort
selama 2 hari satu malam ini banyak pengalaman
baru yang saya dapat dan insyaAllah ianya akan
tetap menjadi satu kenangan dalam hidup saya.


Antara pengalaman yang saya perolehi ialah
mengambil wuduk di dalam sungai serta
pengalaman solat di atas rumput , sebelum ini saya
hanya tahu solat-solat yang boleh kita lakukan
ketika uzur tetapi saya tahu Islam itu mudah.

****************************************************

Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim.

Dengan ini, saya amat berterima kasih kepada tuan
dan puan kerana mengadakan proram ini. Dengan
adanya program ini, saya dapat menyedari tentang
kesilapan saya yang selama ini memang saya tidak
sedari. Selama saya mengikuti program ini,
segalanya saya rasa. Cuma rasa tidak puas hati tidak
ada dalam hati saya cuma penyesalan dan kesedaran
sahaja. Terima kasih saya ucapkan.

P/s : Saya berikan markah penuh
iaitu berapa bintang yng di hadkan.



Sekian Terima Kasih


Zulfahmi
Pengarah Program

Monday, August 18, 2008

Perkongsian KBM di SMK Bandar Perda,Bukit Mertajam

Program KBM Remaja

Tempat: Sek Men Keb Bandar Baru Perda,P.Pinang.
Tarikh: 16 dan 17 Ogos 2008
Pelajar: 104 orang (tkn 5)
Fasilitator : 22 orang

GAMBAR PROGRAM


Peserta Lelaki sedang mendengar celoteh Abg Fasi Semasa kenali crew pesawat


Peserta Perempuan yang mendengar dengan kusyuknya


1. KMKY- Pengendali : Abg Ard & Abg Tam




Peserta kelihatan begitu ceria.



Aktiviti kumpulan


2. INTEAM - Pengendali : Achu

Menghayati erti persahabatan



3. MAM1 - Pengendali : Abg Ngah


Slot dikendalikan oleh Abg Ngah yang turun dari cameron highland untuk bersama adik2 kasih & sayang.


4. MAM2 - Abg Long/Achu/Kak Long(anak ummi mai)

5. Kini dan Hijrah - Pengendali : ummi mai
Semasa hijrah Pak Long johor bersama menyantuni adik sayang.Terima Kasih kerana sudi bersama dengan Team Penang.Ummi banyak menyentuh ttg penghijrahan sikap dan ada juga ummi sentuh mengenai hubungan antara lelaki & perempuan.insyaallah kita doakan semoga perubahan keatas diri mereka.

6. Bersama waris - Pengendali :Pak Jang

Tak ramai waris yang hadir disebabkan disebelah pagi ada penamaan calon utk pilihanraya Parlimen Permatang Pauh.


7. MKMS - Pengendali : Pak Jang

Alhamdulillah,sesi pertemuan peserta dengan ibubapa berjalan dengan teratur walau pun ramai ibubapa tidak dapat hadir,guru-guru & ibubapa yang hadir memberi semangat kepada peserta yang ibubapa mereka yang tidak dapat hadir.



Seorang ibu sedang membuat perkongsian

Perkongsian dari peserta :
1. Program ini boleh menjadi turning point buat saya.
2. Terima Kasih kepada kakak & abg fasi kerana memberi tunjuk ajar dalam program keindahan bersamamu yang tidak pernah kami rasai sebelum ini.


Perkongsian dari ibubapa :

1. Program yang amat baik,terima kasih kpd pihak sek & krj.
2. Program ini diharapkan dapat dibuat untuk masyarakat diluar supaya semua dapat merasai apa yang kami rasa.


Sebelum tamat Pengarah Kelab Remaja JIM Pulau Pinang menyampaikan penerangan tentang aktiviti-aktiviti remaja yang telah dibuat dan akan datang.Akhir kata ana mengucapkan ribuan terima kasih kepada pak jang,ummi mai yang sudi membantu kami walau pun last minit mak chu,ayah chut,kak sumi yang tidak dapat bersama...ana yakin semua ini adalah pertolongan dari Allah.Terima kasih juga kepada pak long dari johor yang bersama walaupun seketika...memberi tunjuk ajar yang berguna.Tidak lupa juga pengendali & fasi baru dan lama ... wajah antum sentiasa didalam doa rabitah ana.


sekian wassalam.

abg long
penang

Thursday, August 14, 2008

Program KBM hujung minggu semoga menyerlah jauh dari yang biasa...
Doakan semoga penerbangan mendarat dengan selamat dan mendapat pertolongan dari Allah.

Thursday, July 10, 2008

Pengorbanan Ibu

oleh : hamba Allah

Memang sukar utk org lain percaya, tp itulah yg berlaku. Ibu sy memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan sy, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi sy. Sy perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua.

Cerita ini bermula ketika sy masih kecil. Sy lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yg masih kecil, sy sering saja merungut. Sy menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya utk sy. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk sy, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika sy mulai besar, mak yg gigih sering meluangkan waktu senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu sy memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg sy makan tadi.
Sy sedih melihat mak seperti itu. Hati sy tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, sy memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, sy masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan sy, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, sy terjaga dari tidur. Sy melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali sy lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Sy berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani sy pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu sy di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar sy lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut sy dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, sy segera memberikan cawan sy itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas sy baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, sy melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian sy di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu sy sudahi dengan cemerlang, kemudian sy pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian sy, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, sy berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan sy, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan sy. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam sy menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Sy menjenguk ibunda tercinta.
Sy melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah sy dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan sy sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Sy dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Sy menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Sy cium tangan mak, kemudian sy kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati sy terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: "MAK, SAYA SAYANGKAN MAK." Tapi tidak sy. Sehingga kini sy diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun sy membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan sy. SAYA SAYANGKAN MAK...


Renungkan...
Hayatilah dan Fikirlah....sebelum terlambat.

Sunday, July 6, 2008

Cukuplah Allah bagiku...jangan bersedih lagi...

Suatu hari, seorang arab Badwi datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w katanya, "Wahai Rasulullah, adakah Tuhan itu dekat sehingga kami dapat bermunajat kepadaNya? Atau Tuhan itu jauh sehingga kami perlu menyeru kepadaNya?" Rasul terdiam hingga turunlah jawapan terus dari Allah swt berkenaan pertanyaan Badwi tadi…

Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah ayat 186)

Berpergang teguhlah dengan janji Allah ini, kerana tiada yang paling setia dengan janjinya melainkan Allah semata-mata. Allah memberikan baik dan buruk sesuatu perkara hanya atas tiga perkara:

1) Kerana Dia mahu mengingatkan kita kepadaNya.

2) Kerana Dia mahu mengampunkan dosa kita.

3) Kerana Dia mahu mengangkat martabat kita di sisiNya.

Tetapi, asal ketiga-tiga yang di atas itu adalah kerana Dia Maha Menyayangi kita sehinggakan bila kita terlupa atau sengaja lupakan Dia, tidak diazabnya kita terus serta merta. Bahkan Dia berikan sedikit cubaan, supaya kita ingat kembali padaNya. Supaya kita rasakan kembali kasihNya yang melimpah-limpah, supaya kita lembut hati untuk berkasih padaNya, dan supaya kita kembali ke pangkuanNya.

Hanya Dia sahaja tempat pergantungan kita. Selama mana kita bergelar hamba kepadaNya, selagi itulah kita bergantung seratus peratus kepadaNya. Dia menjanjikan kebahagiaan dengan segala ketenangan, ketenteraman, kekuatan, kebenaran, kemuliaan dan kesucian diri apabila manusia mendekatiNya. Dia Maha Menyayangi hamba-hambaNya, walau pun jelas keingkaran hambaNya. Dia tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Dia menawarkan kasihNya di mana sahaja kita perlukan. Dia menawarkan kasihNya bila saja kita dambakan. Dan Dia menawarkan kasihNya atas apa sebab sekali pun kita pohonkan.

Oleh itu, Kenapa perlu berputus harap padaNya. Sedangkan Dia tidak pernah memandang kita dengan pandangan kebencian? Kenapa perlu merintih pada ketentuanNya sekira Dia menawarkan kebahagiaan yang sangat besar di hujung perjalanan? Kenapa perlu ragu-ragu padaNya yang tidak pernah memungkiri janjiNya kepada kita? Tanda kasihNya sentiasa ada di dalam hati kita. Rujuklah kembali kepada ayat-ayat kasihNya yang diturunkan kepada kita, nescaya di sana ada janji setiaNya untuk kita…

Katakanlah: "Hai hamba-hamba- Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah az-Zumar ayat 53)

Ujian yang datang dariNya, terimalah dengan hati yang tenang. Berpautlah pada tali cintaNya dengan sekuat-kuat pautan, nescaya kita tidak akan terhempas dipukul badai dunia. Pandanglah sesuatu ujian itu dengan pandangan Allah. Letaklah Allah di hadapan kita dalam melalui sesuatu musibah, nescaya Allah meletakkan kita di hadapanNya, nescaya Allah memandang kita selamanya dengan pandangan kasihNya, nescaya Allah sejukkan hati dan jiwa kita dengan hidayahNya, dan diterangi jalan hidup kita dunia dan akhirat dengan Nur kekuatanNya.

Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah. Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak memandangnya lagi, selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah dengan ujian itu. Tanda Dia amat mengambil berat akan hal kehidupan kita. Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya. Mungkin ada kasih yang lebih hebat menanti di hari muka, yang kita tidak pernah bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di hati.

Sebaliknya, dekatilah Allah sedekat-dekatnya. Kasihilah Allah sedalam-dalamnya. BERBUALLAH DENGAN ALLAH selalu. Bermunajatlah kepadaNya selalu. Mengadulah masalah kita padaNya selalu. Mintalah kasihNya selalu. Nescaya Dia akan sentiasa dekat pada kita. Dia akan sentiasa kasih pada kita. Dia akan selalu berbual dengan kita. Dia akan selalu mendengar munajat kita. Dia akan selalu berkongsi masalah kita. Dan yang paling penting, Dia akan sentiasa meletakkan kita sebagai hambaNya yang mulia di sisiNya.

Apalah harga dunia jika ditimbangkan dengan setitik kasih sayang Allah. Hilang nikmat dunia bila datang setitis rahmat Allah. Lebur seluruh dunia, tenggelam dalam cinta Allah. Bila manusia sudah benar-benar teguh bersama Allah, perjalanannya sentiasa tenang dan damai, hatinya sentiasa terpaut pada Allah. Kasihilah Allah sepenuh hatimu, tumpahkanlah cintamu kepadaNya seikhlas mungkin, dekatilah Allah sedekat mungkin dan cintailah Allah sehalus mungkin. Nescaya hadir nanti insan yang mendekatimu kerana kelimpahan kasihmu pada Allah, kerana keikhlasan cintamu pada Allah, kerana dekatnya dirimu dengan Allah.. ketika itu dirimu akan menjadi perantara tumpahnya kasih Allah padanya...

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. (Surah Maryam ayat 19)

Adat berkawan sebelum berkahwin


“Cinta itu kan fitrah. Tak salah bercinta,” Kata si fulan 1.
“Islam tak larang lelaki dan wanita berhubung,” Si fulan 2 pula menyampuk.
Ya. Memang betul bahawa lelaki dan perempuan boleh berhubung. Dan patut saling mengenali jika ada hasrat untuk bernikah.
Malah Nabi Muhammad turut menyuruh kita supaya melihat terlebih dahulu bakal pasangan kita itu. Ada satu kes pada zaman Nabi Muhammad yang berlaku antara Habibah binti Sahl dengan Tsabit bin Qais.
Habibah tidak pernah melihat bakal suaminya sebelum berkahwin sampailah tiba malam pertama. Habibah sangat terkejut bila bertemu suaminya sehingga dia pergi berjumpa Nabi Muhammad.
“Wahai Rasulullah, kepala saya tidak dapat bertemu dengan kepala Tsabit buat selama-lamanya. Saya menyingkap ruang kamar, dan melihatnya bersiap-siap. Ternyata dia sangat hitam kulitnya, pendek tubuhnya, dan sangat buruk wajahnya....”
:: HR Al Bukhari dan An Nasa’i ::

Tetapi semua di atas ini bukanlah alasan untuk kita melanggar semua peraturan yang telah digariskan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Mahu berkenalan itu adalah perlu, tetapi perlu mematuhi batas pergaulan.


Degup-degup Ta’aruf
“Saya bersembunyi di bawah pohon untuk melihatnya,” Kata Jabir bin Abdullah.
Ungkapan Jabir bin Abdullah ini membawakan perasaan tegang, lucu dan menunjukkan degup di dada kian terasa untuk berkenalan. Memang Nabi Muhammad menyuruh para sahabat untuk mengenali terlebih dahulu pasangan yang ingin dinikahi.
Tetapi para sahabat tidaklah mengambil peluang tersebut – mengenali dengan cara berdua-duaan, berbual-bual berjam-jam, bergelak tawa dan sebagainya. Kerana mereka sedar ada batasan dalam hubungan antara lelaki dan perempuan. Dan mereka faham jika itu yang agama pinta, mesti ada sebabnya.
Apa yang perlu diwaspadai adalah ketika degup-degup itu dihasut oleh syaitan. Lalu menjadi serong. Tersimpang jauh dan menyesatkan. Sampaikan perkara yang salah kita katakan betul. Inilah yang ingin dibincangkan dalam entri kali ini.
Simpan Itu, Untuk Yang Halal Bagimu
“Telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak bisa tidak. Maka kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga zinanya adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata. Tangan zinanya adalah menyentuh. Kaki, zinanya adalah berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan, atau didustakannya.”

:: HR Muslim, dari Abu Hurairah ::

Hadis ini meminta kita berhati-hati terhadap setiap yang kita lakukan. Setiap daripada anggota badan kita ada masanya yang memacu kita ke arah zina. Kadang kita sendiri tidak sedar. Tetapi bila ada yang memberi teguran mengingatkan, maka terimalah.
Jangan pula kita cuba mengatakan perkara yang kita buat itu betul.
Bagi yang sudah berpasangan, katakan kepada pasangan anda, “Kalau yang kamu ingin beri itu adalah pesona tatkala saya masih belum layak menerimanya, maka saya harap itu bukan untuk saya. Ya, indera yang boleh memacu kita ke arah zina itu, saya harap bukan untuk saya selagi saya belum berkahwin dengan kamu.”
Setiap indera kita iaitu mata, telinga, lisan dan sentuhan boleh memacu kita ke arah zina. Ini yang perlu kita jaga sebaik mungkin selagi belum berkahwin.


Bantu Aku Menjaga Pandanganku
Pernah saya lihat dompet seorang kawan saya ada gambar seorang perempuan. Nampak macam tidak salah. Ah! Apa salahnya sekadar melihat gambar, bukannya bertemu melihat depan-depan.
Ya, tidak salah kalau kita ingin melihat terlebih dahulu wajah dan bentuk fizikal bakal pasangan kita itu. Tetapi kalau sampai disimpan dalam dompet, laptop dan ditampal di loker untuk ditatap hari-hari itu, mungkin akan mendatangkan masalah.
Itu bukan lagi niat untuk berkenalan tetapi sudah menjadi penyakit kepada hati. Kalau lama-lama sampai bertahun-tahun mungkin menimbulkan rasa jemu. Ah, sedangkan kalau seseorang itu pakai baju yang sama berhari-hari pun, sudah tentu kita jemu memandangnya.
“Oit, kau dah takde baju lain nak pakai ke?”
Ini baru soal melihat gambar berhari-hari, belum lagi bagi yang berjumpa mahu berhari-hari jugalah. Bak kata orang yang bercinta ini, sehari tidak jumpa bagaikan hati sudah mahu dirobek keluar. Makan pun tak lalu.
Ha. Kalau makan tak lalu, berpuasalah. Hehe. Lagi saya suka kalau saya yang makan tak lalu. Boleh kuruskan badan.
Mahu dikatakan sepandai-pandai kita pun, lagi pandai si syaitan tersebut. Orang kata lebih lama hidup maka lebih banyak pengalaman. Cuba kira sudah berapa lama kita hidup dan sudah berapa lama syaitan ini wujud di muka bumi.
Betapa pandainya syaitan ini sampai bila kita melihat si dia, mata kita terasa terpikat sampai badan tiba-tiba jadi cergas. Biasalah kalau sudah tergoda, ibaratnya macam disuntik dadah. Kemahuan meluap-luap. Kemudian timbul pula penyakit hati.



Jihad terbesar umat Islam: Melawan nafsu
Bantu Aku Menahan Kebisingan Syahwat
Wahai perempuan, tahukah anda bahawa imaginasi kaum lelaki ini begitu tinggi? Sampaikan kami ini boleh mengimpikan dan membayangkan dengan detail apa-apa sahaja dengan hanya mendengar suara.
Jika suara anda itu lembut, ia akan membuat dentingan frekuensi yang sangat halus sampai menyengat-nyengat jiwa. Kadang-kadang berbisik-bisik sampai menimbulkan rasa ghairah yang tinggi.
Saya bukannya menyuruh anda berteriak-teriak apabila bercakap dengan kaum lelaki. Memang sudah fitrah suara perempuan itu lembut. Jadi, janganlah dilembutkan lagi. Sampai merengek-rengek bercakap dalam telefon.
Ah! Anda jangan ingat kalau cakap dalam telefon, kami tidak boleh membayangkan sesuatu. Bukankah saya sudah katakan tadi imaginasi kami ini sangat tinggi sampai anda tidak dapat membayangkannya. Hehe. Kalau tidak mana mungkin terlalu banyak iklan klub-klub telefon dalam majalah Mastika.
Apa yang perlu dibuat apabila ingin bertemu dengan lelaki, tegaskan suara. Biar frekuensi itu tidak dapat menjentik sedikit pun hati-hati kami.
Dan kepada kaum lelaki, tahanlah nafsu itu. Nanti niat asal yang hendak berkenalan itu jadi lain pula. Terpikat dengan suara, bukannya terpikat dengan agama.
Bantu Aku Bernafas
Jangan pula dilupakan hidung. Ini pun satu lagi deria yang sangat sensitif.
“Wanita mana yang memakai haruman kemudian keluar dan berharap agar orang ramai dapat menghidu bau haruman tersebut, maka dia adalah penzina.”

:: HR Abu Dawud dan At Tirmizi ::

Sekali lagi ingin saya ingatkan, imaginasi lelaki ini sangat tinggi. Sekali dia membau haruman daripada badan, berkemungkinan dia membayangkan sesuatu yang tidak patut.

Kulitku Sangat Peka
Seorang naqib saya sewaktu di sekolah tersebut pernah mengibaratkan akan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita bukan mahram itu seperti persentuhan kulit kita dengan kulit babi.
Jangan salahkannya, kalau tersentuh kulit babi masih boleh disucikan. Tetapi dengar pula hadis yang ini:
“Sungguh, jika kepala salah seorang daripada anda dicucuh dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada anda menyentuh perempuan yang tiada halal bagimu.”

:: HR At Thabrani dan Al Bahaiqi ::

Masih lagi saya ingin ingatkan, kita ini kaum lelaki sangat kuat berimaginasi. Kalau dengan mendengar dan bau sahaja pun sudah menerbitkan khayalan-khayalan yang tidak patut, apatah lagi kalau dapat menyentuh si dia.
Ah! Anda mahu berkenalan atau mahu apa ini?
Kawal Kata-kata
Orang kata bila mahu berkenalan perlulah memaniskan kata-kata. Ya, betul. Tetapi memaniskan kata-kata bukan bermaksud sengaja membunga-bungakan kata-kata.
Cukuplah mengeluarkan ayat-ayat yang sopan. Jangan sampai keterlaluan sampai bahasa berbunga-bunga. Kalau mahu menulis sajak, bolehlah.
“Saudari, minggu depan rasanya kita perlu buat meeting untuk program ini.”
“Saudari, rasanya sudah tidak tertahan hati ini untuk berjumpa. Moga silaturrahim yang dibina akan memantapkan gerakan program ini.”
Bezakan dua ayat di atas. Kalau rasa pernah dengan sengaja mengeluarkan kata-kata dengan harapan dapat menyentuh hati si dia, maka cubalah berhenti sekarang. Bukankah anda kata sekadar mahu berkenalan. Apabila sudah berkahwin nanti, buatlah ayat yang macam mana sekalipun.
Jaga Jarak
“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya.” :: HR Al Bukhari dan Muslim ::

Kalau tidak bertemu atau berjumpa, orang kata tidak sah sebagai syarat untuk berkenalan. Tetapi ada syaratnya juga.
Kalau mahu berkenalan dengan si dia, jadilah lelaki yang berani terus berjumpa dengan ibu dan bapanya. Bukannya sekadar berjumpa di taman, di cafe atau di library.
Dan kalau ada hal yang betul-betul penting, seperti meeting atau mahu buat kumpulan belajar bersama, pastikan perkara itu betul-betul perlu. Atau betul-betul terdesak. Jangan jadikan alasan dengan mengatakan sekadar mahu belajar. Eh, rakan sekuliah yang sama jantina bukankah ramai?

Berkenalan Sebelum Berkahwin

Saya cuba meringkaskan apa yang saya tulis di atas. Menurut Syeikh Muhammad al-Munajjid, beliau menggariskan beberapa perkara dalam pergaulan lelaki dan perempuan:
1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang di luar topik.
2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.
3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal).
4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.
Dan adat Melayu janganlah diabaikan. Bukankah adat Melayu itu juga banyak terselit unsur Islam. Ingat lagi adat merisik?
Orang waktu dulu bila menyukai seseorang, dia akan meminta orang lain merisikkan untuknya. Bukannya dia yang dengan muka tidak tahu malu merisik sendiri.
Janganlah kata adat merisik kita ini kolot. Tidak kena dengan peredaran zaman. Dan kemudian mengguna pakai adat Barat yang kononnya dikatakan moden. Tetapi adat mereka itulah yang merosakkan institusi kekeluargaan di sana.
Masihkah anda mahu kata adat kita ini kolot?

Sumber: Nikmatnya Pacaran Selepas Pernikahan.

Tuesday, July 1, 2008

Coretan buat Sahabat...

Buat saudaraku semua..

Saudaraku,
Dalam kafilah dakwah ini, kita mutlak memerlukan persahabatan. Persahabatan mungkin lebih tepatnya ukhuwah - adalah nikmat yang sangat mahal bagi kita. Jiwa boleh terdera, darah, air mata dan peluh boleh mengucur. Tapi semuanya tidak mampu memupus nikmat persahabatan, persaudaraan, ukhuwah di jalan-Nya. Kesulitan di sepanjang jalan ini, tidak lebih berupa anugerah dan kurnia Allah yang sangat besar dan hanya dirasakan oleh kaum beriman yang saling memelihara persaudaraan atas nama Allah. Tapi bagaimana kita mampu memiliki nikmat persahabatan itu?


Saudaraku, ingatlah,
Di jalan ini kita harus mampu memelihara sikap lemah lembut dan berusaha menjaga hubungan baik dengan teman seperjalanan. Dan itu bukan perkara mudah kerana kejayaan kita dalam menjaga persahabatan di jalan ini, boleh menjadi ukuran kadar kejayaan kita memiliki hubungan sosial yang baik dengan masyarakat. Dengarkanlah ungkapan seorang ulama dakwah Dr. Adil Abdullah Al-Laili, “Siapa sahaja yang berjaya melakukan perjalanan dengan para juru dakwah dalam kafilah ini, bererti dia boleh hidup dengan manusia yang lain dan dia juga berjaya menasihati dan mengarahkan mereka. Sebab ada orang yang baik bagi dirinya tapi dia kurang baik apabila dia bergabung bersama orang lain dalam kafilah ini”.(Musafir fi Qithari Da’wah)

Persis ketika melakukan perjalanan yang sebenarnya, seorang musafir harus menolong saudaranya dalam perjalanan. Persahabatan yang tulus di jalan ini menjadi perhiasan di kala bahagia dan pelindung di kala sulit. Maka, tanpa ikatan persahabatan yang kuat, seseorang akan sukar untuk bertahan ketika harus menghadapi kesempitan. Ini menjadi sebab bagi para da’i di zaman ini menjadikan ukhuwah sebagai salah satu syarat dalam bai’at (janji keanggotaan) mereka. Dalam Risalah Ta’lim disebutkan, “Hendaknya hati dan jiwa mereka (para anggota) terikat dengan ikatan akidah. Akidah ialah ikatan yang paling kuat dan paling mulia. Ukhuwah adalah saudara keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kekufuran. Awal kekuatan adalah kekuatan kesatuan. Tidak ada kesatuan tanpa cinta. Paling minimum cinta yang tumbuh di antara mereka adalah bersihnya hati daripada perasaan yang tidak baik sesama mereka. Dan cinta yang paling tinggi adalah itsar atau mendahulukan kepentingan saudaranya”.

Saudaraku di jalan dakwah,

Persahabtatan yang dikehendaki juga tidak boleh berlebihan. Ertinya, cinta tidak boleh mengabaikan asas keadilan dan objektif hingga menyeberang pada sikap fanatik buta dan taasub. Syariat Islam melarang kita terlalu keras dala mencaci, juga melarang berlebihan dalam memuji. Syariat melarang sikap berlebihan dalam segala hal. Berlebihan dalam cinta akan mendorong orang meremahkan hak orang lain. Dan setiap sesuatu yang melampaui batas ia akan memberi akibat sebaliknya.

Neraca untuk mencintai dengan adil adalah dengan melakukan tawashi atau saling mewasiat dalam kebenaran. Seseorang harus menasihati saudaranya, mengingatkannya untuk kembali pada kebaikan dan memerintahkannya untuk menghindari larangan Allah. “Seorang mukmin dengan mukmin yang lain itu seperti dua tangan yang saling membersihkan dan menyucikan,” begitu kata seorang ulama.

Dalam kerangka itu, seorang da’i sebagaimana seorang musafir perlu berbincang dan bertukar fikiran dengan teman seperjalanannya. Dia harus mampu menyampaikan kritikan atau menolak pendapat. Keduannya adalah untuk meluruskan penyimpangan. Memang-+, ada sebahagian orang yang memandang penolakan atau kritikan adalah sebahagian daripada kebencian. Dan bahawa dialog itu dapat menimbulkan perselisihan. Tapi, ini cara berfikir yang keliru.
Seorang manusia akan tetap berbeza pendapat kerana mereka memang berbeza dalam hal pemahaman dan akal. Mereka berbeza pengetahuan dan pengalaman, perasaan dan pandangan. Oleh itu, pasti ada perbezaan dan perselisihan. Justeru itu, yang diperlukan adalah bagaimana seseorang memandang yang dianggapnya tidak benar untuk diberi masukan dengan baik. Berdiskusi dan berbantah pandangan tetap diperlukan untuk menjelaskan kebenaran dan menjelaskan jalan.
Dan apabila itu tujuannya, kritik, koreksi, berbantah pendapat, diskusi, penolakan, semuanya seharusnya tidak menimbulkan permusuhan atau rasa benci. Yang seharusnya muncul adalah suasana kasih sayang dan cinta yang semakin kuat. Para sahabat Rasulullah SAW juga berdebat dalam menyelesaikan sesuatu masalah melalui musyawarah dan saling menasihati. Tapi mereka tetap memelihara kedekatan, kebersihan niat dan persaudaraan dalam agama. (Fatawa Ibn Taimiyyah, 24/173). Dari sinilah para ulama terdahulu pun biasa saling tidak sepakat dalam sesuatu masalah.

Selain itu saudaraku,

Diskusi di antara para da’i itu penting kerana akan dapat meluaskan pemikiran, mempertjamkan pandangan, meluruskan kesalahan, memperbaiki kesalahan dan saling tolong-menolong dalam kebaikan. Ilmu secara teori tidak akan mencapai posisi sempurna selama tidak ditimbang dengan akal.

Imam Syafi’i pernah ditanya apakah kemampuan akal itu merupakan potensi yang dibawa sejak lahir? Jawapannya, “tidak, tapi akal itu adalah hasil dari pergaulan dengan banyak orang dan berdiskusi dengan mereka”. Berkata Ibnu Abbas ra., “Mengunyah garam dalam sebuah jama’ah masih lebih baik daripada memakan puding dalam perpecahan”.

Saudaraku,

Ada persiapan yang harus kita miliki agar kita boleh memiliki kesediaan untuk melontarkan pendapat dan menerima kritikan dengan baik. Yang paling utama adalah kesediaan meringankan beban saudara kita. Kenapa? Sebab bagaimana orang mahu mendengar dan merespon dengan baik bila dia masih memiliki beban yang masih digayuti. Oleh itu, untuk menjalin persahabatn yang tulus, seseorang harus memiliki keyakinan dahulu akan kasih sayang sahabatnya, awal haknya adalah meyakini kasih sayangnya, kemudian menjalin persahabatan dengannya dengan memberi keluasan padanya selain yang haram. Lalu menasihatinya baik secara tersembunyi atau terang-terangan, lalu meringankan bebannya, dan menolongnya daripada apa yang menimpa dirinya. Sesungguhnya menemaninya secara zahir adalah nifaq, dan meninggalkannya dalam kesulitan dan kesusahan adalah penghinaan. (Adabu dunya wa din, Mawardi, 177)

Demikianlah kedudukan nasihat daripada orang yang menasihati dan menerima jawapan, menerima kritikan. Apabila hati bersih maka ia akan semakin sedia menerima nasihat dan mendengarkan nasihat. Tapi apabila hati ternoda, dan hati sibuk dengan banyak masalah, seperti kesibukan, rasa sakit, kepenatan, atau kesibukan dengan urusan rumah, itu semua akan menghalangi orang untuk mendengar. Apatah lagi membantu meringankan beban saudaranya.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2297.0

Sunday, June 29, 2008

Kisah Benar - Pakai Tudung

Oleh siput

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

dipetik dari : http://www.surau. ladang.net/

WUJUD CINTA UNTUK SANG RASUL

WUJUD CINTA UNTUK SANG RASUL

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
[3.144]

Hari itu pada Haji Wada’, sebuah ayat turun, “Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuridhai Islam menjadi agama bagimu”. Para Sahabat bergembira, mereka bersorak “Agama kita telah sempurna, agama kita telah sempurna”. Kegembiraan yang memuncaki 23 tahun perjuangan dengan segenap suka dan duka. Di tengah kerumunan manusia pada hari Haji itu, seorang sahabat mulia justru bersedih. Abu Bakar As-Siddiq, perasaannya yang halus, dan dengan segenap keistimewaan yang ia miliki, ia menangis. Ia memahami di balik kesempurnaan pasti ada kesudahan. Ia menyadari, tidak lama lagi Sang Rasul yang dicintai akan meninggalkan dunia, meninggalkan para sahabat, kembali ke pangkuan Allah SWT.

Tangis sedih Abu Bakar didengar para sahabat. Setelah Abu Bakar menjelaskan mengapa ia menangis, para sahabat pun menangis. Betapa menyedihkan, Sang Kekasih tercinta, bertahun-tahun hidup dan berjuang bersama, segenap kesulitan dan kemudahan dilalui dalam persaudaraan yang tak ada duanya, tidak lama lagi akan tiada, meninggalkan dunia yang fana.

Mengetahu para sahabat menangis, Rasulullah bergegas mendatangi mereka. Di depan para sahabat Rasulullah S.A.W. berkata:" Semua yang dikatakan Abu Bakar r.a adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat”. Mendengar perkataan Sang Rasul, Abu Bakar kembali menangis hingga kemudian tak sadarkan diri, tubuh Ali ibn Abi Thalib bergetar, dan sahabat lainnya menangis dengan sekuat yang mereka bisa.

Beberapa masa kemudian Rasullullah sakit. Kota Madinah berada dalam suasana kesedihan. Di suatu Subuh, setelah adzan, Bilal ibn Rabah bergegas menuju kediaman Rasullullah, di sana Fatimah menyambut Bilal dan berkata, “Jangan Kau ganggu Rasullullah, kondisinya sedang payah”. Bilal kembali ke masjid, di sana masih tak ada yang sanggup menggantikan Sang Rasul menjadi imam shalat subuh. Semua yang hadir di masjid diselimuti kesedihan. Kali kedua, Bilal kembali mendatangi kediaman Nabi, dan Fatimah kembali mencegah Bilal bertemu Nabi karena kondisi Nabi sedang buruk. Bilal menjawab, “Subuh hampir tiada, tak ada yang dapat memimpin shalat”. Dari dalam kamar Rasulullah mendengar percakapan tersebut dan mememerintahkan agar Abu Bakar menjadi imam shalat Subuh. “Abu Bakar terus menangis” seru Bilal. Rasululah pun bergegas ke masjid dipapah oleh para sahabat.

Masjid penuh sesak oleh kaum Muhajirin beserta Anshar. Ada sosok cinta di sana, kekasih yang baru saja terbangun dari sakitnya, yang membuat semua sahabat tak melewatkan kesempatan ini. Setelah mengimami shalat, nabi berdiri di atas mimbar. Suaranya basah, menyenandungkan puji dan kesyukuran kepada Allah yang Maha Pengasih. Senyap segera saja datang, mulut para sahabat tertutup rapat, semua menajamkan pendengaran menuntaskan kerinduan pada suara sang Nabi yang baru berada lagi. Semua menyiapkan hati, untuk disentuh serangkai hikmah.

Selanjutnya Nabi bertanya, “Wahai sahabat, kalian tahu umurku tak akan lagi panjang, Siapakah di antara kalian yang pernah merasa teraniaya oleh si lemah ini, bangkitlah sekarang untuk mengambil kisas, jangan kau tunggu hingga kiamat menjelang, karena sekarang itu lebih baik”. Semua yang hadir terdiam, semua mata menatap Nabi yang terlihat lemah. Tak akan pernah ada dalam benak mereka perilaku Nabi yang terlihat janggal. Apapun yang dilakukan Nabi, selalu saja indah. Segala hal yang diperintahkannya, selalu membuihkan bening sari pati cinta. Tak akan rela sampai bila-bilapun, ada yang menyentuhnya meski hanya secuil jari kaki. Apapun akan digadaikan untuk membela Al-Musthafa.

Melihat semua yang terdiam, nabi mengulangi lagi ucapannya, kali ini suaranya terdengar lebih keras. Masih saja para sahabat duduk tenang. Hingga ucapan yang ketiga kali, seorang laki-laki berdiri menuju Nabi. Dialah Ukasyah Ibnu Muhsin.“Ya Rasul Allah, Dulu aku pernah bersamamu di perang Badar. Ketika kamu meluruskan barisan pada perang Badar, kamu telah memukul dadaku dengan tongkatmu. Aku ingin menuntut balas kepadamu hari ini”.

Baginda terdiam seketika, lalu berkata, “ke sinilah dan tuntutlah balas daripadaku”. Ukasyah pun mengambil tongkat seperti tongkat Nabi, lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, pada hari itu(hari kamu memukulku), tiada sesuatu apa pun yang menutupi dadaku! Oleh sebab itu, buka dadamu untuk balasanku ini”.(subhanallah)

Lalu Rasulullah SAW membuka dadanya yang mulia itu. Setelah itu, datanglah Ukasyah dengan meletakkan tongkatnya, kemudian dia meletakkan wajah, mata dan janggutnya pada dada Rasulullah sambil menangis. Manakala orang ramai pun turut menangis melihatkan kejadian itu.

Ada pun berkaitan harta yang ditinggalkan Baginda, maka Aisyah berkata: “rasulullah SAW telah meninggalkan 7 keping wang dinar. Baginda datang dengan membawa wang dinar tersebut sebelum mati dan berkata: “aku memiliki 7 keping wang dinar. Bagaimana denngan aku jika aku bertemu ALLAH, aku masih memiliki wang tersebut?”. Maka Baginda memerintahkan supaya dibahagikan wang tersebut kepada fakir miskin. Baginda tidak meniggalkan harta sedikit pun dan tiada ahli warisnya yang dapat mewarisi hartanya termasuk Fatimah (ini merupakan pendapat yang sahih).

Sehari atau 2 hari sebelum Rasulullah wafat, Fatimah datang menziarahinya pada waktu Baginda sedang sakit. Menjadi kebiasaan Rasulullah, Baginda akan menyambutnya dengan berdiri di hadapan pintu, mencium kening Fatimah lalu mempersilakan dia duduk di tempat Baginda. Dan jika Baginda menziarahinya, Fatimah akan memberikan layanan yang serupa. Namun, pada waktu sakit ini, Baginda tidak mampu menyambutnya. Baginda hanya dapat melihat Fatimah dan dia pun membalas pandangannya. Baginda menangis dan Fatimah pun menangis. Akhirnya Baginda berkata: “mendekatlah kepadaku,” maka Fatimah pun mendekatkan kepalanya di samping mulut Baginda.

Rasulullah berkata: “aku akan wafat pada sakitku ini,” mendengar bisikan tersebut, Fatimah pun menangis. Lalu Baginda berkata: “kamu adalah orang pertama yang akan bertemu denganku,” hingga akhirnya Fatimah pun tertawa.

Berkata Aisyah: “ketika roh Nabi Muhammad pergi, maka kepala Baginda miring ke sebelah, roh keluar melalui mulut Baginda bagaikan titisan air yang sejuk, bersih dan suci, iaitu bagaikan air yang berasal dari awan.”

Dengan cara tersebut, Rasulullah SAW wafat. Semua penduduk Madinah, baik lelaki, perempuan mahu pun kanak-kanak, semuanya menangisi pemergian Sang Agung. Rumah Baginda pun dipenuhi dengan rasa dukacita yang mendalam.

Waktu itu, Abu Bakar dan kudanya sedang berada di kawasan al-Awali, ketika mendengar berita tersebut, maka dia menunggang kudanya menuju ke rumah Baginda. ALLAH telah menetapkan ketenangan jiwa pada diri Abu Bakar, dia datang tanpa menitiskan air mata dan tidak menangis sedangkan dia adalah seorang yang lembut dan mudah menangis. Dia datang menghampiri jasad Rasulullah dan membuka wajah Baginda yang putih berseri, mendekatinya lalu dia mencium pipi Baginda hingga akhirnya air mata Abu Bakar jatuh berderai. Dia berkata: “Demi ALLAH, tiada orang yang lebih baik daripadamu ketika kamu hidup dan tiada orang yang lebih baik daripadamu ketika kamu mati.” Dengan kesabaran dan ketenangan hati, dia keluar ke masjid, naik ke atas mimbar lalu berkata kepada Umar yang sedang berteriak kepada para manusia: “bertenanglah atas kematian Rasul kamu!”

Ketika Rasulullah SAW wafat, Umar al-Khattab berdiri sambil berkata: “sesungguhnya seorang munafiq telah berprasangka bahawa Rasulullah telah wafat, namun Baginda pergi bertemu Tuhannya seperti yang berlaku pada Nabi Musa. Sesungguhnya dia (Nabi Musa) telah pergi dari kaumnya selama 40 hari, lalu dia kembali kepada mereka setelah dikatakan dia telah mati. Demi ALLAH, Rasulullah akan kemblai kepada kita seperti kembalinya Nabi Musa. Aku akan memotong tangan dan kaki orang yang mengatakan bahawa Rasulullah telah wafat!”

Sehinggalah Abu Bakar berbicara, maka Umar terduduk dan terdiam, orang ramai pun ikut terdiam. “wahai sekalian manusia! Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad itu telah mati. Dan sesiapa yang menyembah ALLAH, sesungguhnya ALLAH tetap hidup dan tidak akan mati.”

Lalu Abu Bakar membaca firman ALLAH [3.144]
Berkata Umar: Demi ALLAH, aku tidak pernah mendengar ayat tersebut kecuali Abu Bakar telah membacanya. Aku tercengang hingga aku terjatuh ke tanah, kedua kakiku tidak mampu menahan badanku. Aku baru sedar bahawa Rasulullah telah wafat.

Lalu Baginda Rasulullah SAW dimakamkan di dalam bilik Aisyah kerana Abu Bakar pernah mendengar dari Rasulullah, Baginda berkata: “tidaklah ALLAH mencabut roh seseorang Nabi kecuali di tempat di mana dia suka untuk dikuburkan di tempat itu.”
PENGAJARAN:
ALLAH adalah zat yang Hidup selama-lamanya, tidak akan mati manakala semua benda hidup di dunia ini akan mati. Ingat dan tunggulah saat kematian, bersiap-sedialah kerana kematian boleh datang bila-bila masa saja.
Sesungguhnya jasad Muhammad itu telah mati, namun ajaran Islam yang dibawanya tetap diamalkan hingga hari kiamat nanti.

Betapa besar cinta para sahabat kepada Sang Rasul…
Berapa besarkah cinta kita ?

sumber: Kisah Kerasulan Nabi Muhammad SAW (intisari dari sirah) karangan Dr Aidh bin Abdullah Al- Qarni

Friday, June 27, 2008

Usrah dan Matlamatnya

USRAH: PENGENALAN, TUJUAN DAN PERLAKSANAAN

Maksud
Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Sebagai istilah, usrah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam.

Anggota
Bilangan anggota usrah terhad. Dalam usrah pimpinan, anggotanya ialah ahli jawatankuasa sesesuatu peringkat organisasi. Peringkat-peringkat itu ialah peringkat Jawatankuasa Pusat dan Dewan-Dewannya, Badan Perhubungan Negeri dan Dewan-Dewannya, Jawatankuasa Kawasan dan Dewan-Dewannya dan Jawatankuasa Cawangan dan Dewan-Dewannya.

Tempat
Usrah boleh diadakan di rumah anggota usrah dengan cara bergilir-gilir atau di masjid, di surau, di musalla atau sebagainya.

Tujuan
Meningkatkan kefahaman anggota-anggota terhadap Islam dan menentukan sikap terhadap sesuatu masalah sebagai umat Islam.

Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jemaah.

Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai din wa daulah, menghayatinya dalam kehidupan peribadi, menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendakwahkannya sebagai sistem hidup dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiah dalam diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik.

Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan pelbagai bentuk cabaran dan godaan yang mengancam kemurnian Islam.

Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya.

Menghubungkan anggota secara langsung dengan al-Quran dan Sunnah.

Mengikhlaskan diri anggota kepada Allah untuk mencari keredaan-Nya, mengharapkan pahala dan berasa gerun terhadap seksaan-Nya. Sebaliknya bukan disebabkan segan dengan naqib usrah atau kumpulannya. Oleh itu setiap anggota hendaklah membetulkan niat, diikuti dengan amalan sekalipun tanpa arahan sesiapa.

Menggiat dan menyelaraskan usaha mempelajari dan memahami Islam di kalangan anggota.

Menyediakan tenaga yang benar-benar berkemampuan berketrampilan untuk bergerak demi kepentingan Islam.
Memelihara organisasi daripada dimasuki pemikiran yang keliru dan sumbang.

Mengukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara jemaah.


Perlaksanaan
Usrah diadakan seminggu atau dua minggu sekali.

Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah.

Solat berjemaah, berwirid, membaca al-Quran adalah rukun utama majlis usrah.

Atur cara tetap usrah yang dicadangkan ialah

solat Maghrib berjemaah,

berwirid dengan al-Ma'thurat

membincangkan kertas-kertas kerja yang telah disediakan oleh naqib atau naqibah. (Naqib hendaklah menghuraikan maksud al-Ma'thurat, kelebihannya dan maksud kandungannya. )

Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya.

Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-tukar fikiran dengan teliti, maka majlis mengambil satu keputusan atau rumusan yang menjadi pegangan kepada semua. Usrah ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatu persetujuan. Perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit, sekiranya tajuk perbahasan merupakan isu pokok dan memerlukan pandangan pimpinan yang lebih tinggi, maka hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab dalam jemaah.

Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu yang akan datang ditentukan oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan.

Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus kepada organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat Islam di dalam dan luar negara.

Usrah dikehendaki bersurai di sekitar jam 11 malam, sesudah membaca tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Adab Usrah

1. Ikhlas hanya kepada Allah seperti firman-Nya

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Dan tidaklah mereka disuruh, melainkan supaya menyembah Allah, serta mengikhlaskan agama bagi-Nya, beribadat mengharapkan keredaan-Nya) sambil cenderung kepada tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus (betul).
Al-Bayyinah, 98:5

dan Sabda Rasulullah:

انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرى مانوى

Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang diniatkannya.

Muttafaqun alaih

2. Meminta Izin Masuk

Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah. Firman Allah Taala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتاً غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu, sehingga kamu minta izin dan mengucapkan salam (selamat) kepada yang empunyanya. Demikian itu lebih baik bagimu, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan.
An-Nur:27

3. Menepati Masa

Datang ke majlis tepat pada waktu yang ditetapkan. Sabda Rasulullah s.a.w.: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tanda orang munafik itu tiga, iaitu jikalau dia berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau diamanahkan dia khianat.

Mutaffaqun'alaih

4. Suci


Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih, suci serta sempurna.

Dari Abu Malik Al-Asy'ari r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Bersuci itu separuh daripada keimanan. Riwayat Muslim

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, maksudnya: Dari Usman bin Affan r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu memperbagus wuduknya (menyempurnakan sesempurna mungkin) maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya.
Riwayat Muslim

Perkara ini diperlakukan supaya senang untuk mendirikan solat, mudah apabila memegang al-Qur'an dan ayat-ayatnya dalam teks usrah, dan terjauh daripada gangguan syaitan ... dapat berbincang tanpa dipengaruhinya.

5. Beritahu Naqib Jika Tidak Hadir

Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syarie, hendaklah segera memberitahu hal itu kepada naqib atau naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah. Hal ini bertujuan untuk
(a) melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja,
(b) supaya naqib dan sahabat tidak tertunggu-tunggu,
(c) supaya dapat mengelakkan prasangka yang tidak baik, dan
(d) supaya makanan yang disediakan tuan rumah tidak berlebihan.

6. Bersedia dari Segi Mental dan Perlakuan

Datanglah ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَأَوْفُواْ بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْؤُولاً

Dan penuhilah perjanjian dan sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
Al-Isra:34

Perkara ini perlu agar majlis usrah berjalan sebagaimana yang dirancang, kita dapat berlatih menunaikan amanah yang kecil sebelum diberi amanah yang besar, dan akan menjadi pendorong dan contoh kepada sahabat yang kemudian. Kegagalan kita bebuat demikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan pada masa akan datang.

7. Membawa Sumber dan Alat Tulis

Sediakan keperluan seperti al-Qur'an, teks surah, buku-buku catatan dan al-Ma'thurat (jika perlu). Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya.

8. Mengukuhkan Ukhuwah

Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah. Maksud hadis:

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri."
Riwayat Muslim

9. Menuntut Ilmu

Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan dan disampaikan kepada orang lain kecuali perkara yang rahsia. Maksud hadis:

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga. Riwayat Muslim

10. Duduk dengan Sopan


Duduk dengan bersopan santun. Majlis usrah adalah majlis zikrullah dan dihadiri sama oleh para malaikat.

Janganlah engkau layangkan pemandangan engkau kepada barang yang telah Kami beri kesukaan kepada bermacam-macam orang kafir dan janganlah engkau berdukacita terhadap mereka itu dan rendahkanlah sayap engkau kepada orang-orang yang beriman (berhina dirilah, jangan sombong).


وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ

Al Hijr:88

Nota penyunting: Janganlah berlunjur. Apabila hendak beralih kedudukan, lakukan dengan sopan. Terlalu kerap mengubah cara duduk boleh mengganggu sahabat kita.

Sabda Rasullah s.a.w., maksudnya:
... Dari Abu Hurairah r.a. Abu Said r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan dikelilingi oleh para malaikat dan ditutupi oleh rahmat serta turunlah kepada mereka itu ketenangan dalam hati mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni disebutkan-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat.
Riwayat Muslim

11. Fatihah dan Selawat
Mulakan majlis dengan membaca al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maksud hadis:
Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi s.a.w. sabdanya: Tiada suatu kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka tiada berzikir kepada Allah Ta'ala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan selawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan menyeksa mereka dan jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan mengampunkan mereka.
Riwayat Tarmizi

12. Menyampaikan kepada Orang Lain
Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan, arahan-arahan dan pengajaran dengan teliti dan tenang sambil cuba memahaminya, mencatat dan mengingat fakta dengan tepat sebelum disampaikan kepada orang lain. Maksud hadis:
Dari Abi Bakrah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir kerana sesungguhnya mudah-mudahan (diharapkan) orang yang disampaikan itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari yang menyampaikannya.
Riwayat Bukhari dan Muslim

13. Bertanya dengan Izin
Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib atau naqibah.

14. Mencelah Hanya Apabila Sangat Perlu
Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi penerangan kecuali dalam perkara yang memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan bacaan yang silap). Jika kita mencelah, naqib atau sahabat usrah mungkin kehilangan tumpuan terhadap perkara yang sedang diperkatakan.

15. Mengawal Suara
Jangan mengangkat suara tinggi lebih daripada keperluan pendengar. Hal Ini dilarang oleh Allah sebagaimana firman-Nya

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
Luqman :19

16. Tenang dan Serius
Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius. Maksud hadis:
Dari Anas r.a. katanya: Nabi Muhammad s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu kerana amat menakutkan. Baginda bersabda: "Andai kata engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Para sahabat menutupi wajah masing-masing sambil mendengar suara esakannya.
Mutaffaqun'alaih

17. Jangan Bergurau
Jangan banyak bergurau. Umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah bertukar menjadi majlis jenaka, gurau senda dan gelak ketawa. Keperluan bergurau terkawal dan terhad pada perkara yang benar sahaja.

Saya bergurau tetapi saya tidak berkata sesuatu kecuali kebenaran. Nota penyunting: Saya belum pasti ungkapan ini hadis atau kata-kata biasa. Jika hadis, sumber hadis ini tidak tercatat dalam teks asal. Diharap ada pembaca yang lebih mengetahui memberi respons.

18. Jangan Merokok
Jangan merokok di tempat usrah. Usahakanlah agar tabiat merokok ini boleh ditinggalkan terus. Bau asap boleh mengganggu sahabat dan tuan rumah yang tidak merokok. Nota penyunting: Alhamdulillah, telah sebelas tahun saya dapat meninggalkan tabiat merokok. Usrah berjaya membentuk peribadi saya dari segi ini.

19. Jangan Banyak Soal
Jangan mempersoalkan arahan-arahan yang telah diberikan dengan jelas dan menepati syarat: Maksud hadis:
Sesungguhnya binasa umat sebelum kamu kerana mereka banyak menyoal (yang tidak berfaedah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka.

Mutaffaqun'alaih

20. Izin keluar Majlis

Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis kerana sesuatu keperluan. Keluar dari majlis tanpa izin merupakan perangai orang munafik.
Firman Allah,

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِذَا كَانُوا مَعَهُ عَلَى أَمْرٍ جَامِعٍ لَمْ يَذْهَبُوا حَتَّى يَسْتَأْذِنُوهُ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ فَإِذَا اسْتَأْذَنُوكَ لِبَعْضِ شَأْنِهِمْ فَأْذَن لِّمَن شِئْتَ مِنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمُ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. An-Nur :62


21. Jangan Bertengkar

Jangan sekali-kali bertengkar kerana pertengkaran akan merenggangkan ukhuwah sedangkan antara matlamat usrah ialah untuk memupuk ukhuwah.
Allah berfirman


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Orang-orang mukmin itu sesungguhnya bersaudara. Sebab damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu dan takutlah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
Al-Hujurat, 49:10

Firman Allah lagi,

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
Al-Anfal, 8:46

22. Berusaha mengenali sahabat
Sentiasa berusaha di dalam dan di luar majlis usrah untuk mengenali sahabat-sahabat satu usrah.

23. Membaca Tasbih Kafarah
Akhiri majlis dengan membaca tasbih kafarah dan surah al-Asr secara sedar dan memahami serta menghayati maknanya.

Tasbih Kifarah:

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Maha Suci engkau Ya Allah
dan aku naik saksi Tiada Tuhan Melainkan Engkau
dan aku memohon ampun serta taubat kepadaMu
Al-Asr

وَالْعَصْرِ
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Demi masa sesungguhmanusia itu dalam kerugian
kecuali mereka yang pesan memesan dengan kebenaran
dan pesan-memesan dengan kesabaran.


Maksud hadis:
Daripada Abu Barzah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda pada penghabisannya jikalau beliau s.a.w. hendaklah berdiri dari majlis yang ertinya: "Maha Suci Engkau ya Allah, dan saya mengucapkan puji-pujian pada-Mu. Saya menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau saya mohon ampun serta bertaubat pada-Mu." Kemudian ada seorang lelaki berkata. "Ya Rasulullah! Sesungguhnya tuan mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pernah tuan ucapkan sebelum ini." Baginda bersabda: "Yang demikian itu adalah sebagai kafarah (penebus) daripada apa saja yakni kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan yang ada di dalam majlis itu."

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud juga diriwayatkan oleh imam Hakim iaitu Abu Abdillah dalam kitab Al-Mustadrak dari riwayat Aisyah radiallahu anha dan ia mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih isnadnya.

24. Bersalaman

Bersalaman dan saling bermaaf-maafan selepas selesai majlis. Firman Allah s.w.t.,

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya serta memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Ali Imran:134

Firman Allah s.w.t. lagi:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh."
Al-A'raf, :199

25. Bersegera Pulang
Terus pulang apabila selesai majlis kecuali ada keperluan yang penting. Berilah peluang kepada tuan rumah untuk berkemas dan fahamilah bahawa tuan rumah mungkin letih dan hendak segera berehat atau dia ada urusan lain.

26. Menjaga Rahsia Jemaah
Rahsiakan setiap perbincangan, maklumat atau arahan yang telah diputuskan tentang sesuatu perkara atau setiap perkara yang dikirakan tidak patut untuk disebarkan.

Itulah di antara adab-adab usrah yang patut menjadi amalan setiap naqib atau naqibah dan setiap anggota usrah supaya matlamat usrah akan tercapai, insya Allah