Thursday, May 29, 2008

Akal membezakan manusia dengan haiwan

Akal membezakan manusia dengan haiwan
Oleh W. Rahimah Draman

BAYANGKAN bagaimana hidup manusia jika Allah SWT menjadikan semua makhluk ciptaan-Nya berakal. Apa agaknya akan berlaku jika ternakan, tanaman dan hidupan liar di bumi boleh berfikir dalam setiap tindakan kerana semuanya berakal.
Fitrahnya, akal adalah penentu dalam mencorak martabat hidup insani dan satu-satunya pembeza mutlak antara manusia dan haiwan sebagai makhluk yang sentiasa bergerak di bumi.
Malah akal juga meletakkan makhluk bergelar manusia berada pada martabat termulia mengatasi malaikat atau sebagai makhluk yang lebih hina dan rendah martabatnya daripada haiwan.
Lantaran itu timbul ungkapan manusia haiwani dan manusia tidak berakal atau gila angkara perbuatan dan amalan luar tabie insani yang semuanya bermula dari akal.
Namun, berapa ramai yang ‘besar akal’ atau panjang serta tinggi akalnya berbanding manusia yang pendek atau rendah serta kurang akal?
Sebabnya, rendah, pendek atau kurang akal menjadi penyebab manusia dilanda pelbagai krisis dan masalah moral mahupun akidah.
Lebih bahaya apabila manusia yang besar dan panjang akalnya menjadi dalang kemaslahatan gara-gara hilangnya iman dalam sanubari.
Bagi menggambarkan pentingnya akal kepada manusia pula, perkataan akal dalam al-Quran berulangan sebutannya sebanyak 49 kali yang kesemuanya mengarah manusia untuk berfikir secara ‘berakal’.
Antara lain Allah SWT berfirman yang mafhum-Nya:
* Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (al-A’raaf: 179).
* Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah, orang-orang yang pekak dan tuli (iaitu manusia yang paling buruk di sisi Allah ialah yang tidak mahu mendengar, menurutkan dan memahami kebenaran) yang tidak mengerti apa-apa pun (yang tidak menggunakan akal). (Al-Anfaal: 22).
Namun tidak semua perkara dan benda mampu dicapai dan diterima akal, walaupun akal tetap memikirkannya.
Ini kerana akal berkait terus dengan ilmu dan menurut Prof. Syed Muhammad Naquid Al-Attas, ilmu boleh dicapai melalui tiga perkara iaitu pancaindera, khabar yang benar (berita yang tepat) dan akal, tetapi pengetahuan mustahil untuk digapai.
Disebabkan besar, penting dan uniknya akal yang dianugerahkan hanya kepada manusia, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid menyarankan agar sebuah Institut Minda diwujudkan di negara ini.
Malah beliau mencadangkan agar kelab-kelab minda perlu ada di semua agensi sama ada di institusi pelajaran atau pendidikan mahupun di syarikat-syarikat korporat dan badan-badan pertubuhan besar.
Ini kerana katanya, soal tentang akal dan segala yang berkaitan dengannya telah banyak difikir, dikaji dan ditulis tokoh-tokoh ilmuwan Islam silam serta para sarjana barat.
“Persoalannya apakah penyelidikan, penelitian dan perbahasan mengenai ilmu akal-fikiran yang tekun wujud dalam masyarakat Melayu-Islam kita,” katanya semasa merasmikan seminar Pelbagai Martabat dan Sifat Akal Fikiran Dalam Tradisi Ilmiah Tamadun Islam di IKIM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Seminar dua hari anjuran IKIM pada 13 dan 14 Mei lalu itu merupakan antara usaha organisasi itu dalam membincang dan memahami kedudukan serta konsep akal kalangan ilmuwan tempatan bagi memperkasakan akal fikiran insani dalam mengharungi kehidupan semasa.
Ia disertai oleh kalangan penggubal dan pelaksana dasar, pentadbir, ahli agama dan akademik, golongan cendekiawan, penyelidik dari sektor awam dan swasta serta ahli pertubuhan bukan kerajaan.
Pengarah dan Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Md. Salleh Yaapar berkata, krisis akal telah menjadi darah daging di kalangan bangsa Melayu walaupun perbincangan mengenai akal telah mendapat martabat sangat baik dalam tradisi persuratan Melayu melalui karya-karya Melayu klasik.
Menurutnya, hasil karya Hamzah Fansuri, Tun Sri Lanang dan Nur al-Din al-Raniri misalnya telah memanifestasikan akal dalam sudut epistemologi, metafizika dan falsafah keagamaan dalam memartabatkan keilmuan bangsa Melayu.
Sementara itu, Fellow Kehormat Akademik Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr. Mat Saat Mohamed Baki berkata, hanya 20 peratus manusia yang berfikir.
“Manakala tiga peratus mendakwa mereka berfikir walaupun mungkin mereka sebenarnya tidak berfikir, manakala lima peratus adalah manusia yang malas berfikir dan tiga peratus pula tidak berfikir,” katanya.
Beliau memberitahu demikian ketika membicarakan ‘hubungan akal dengan diri, sikap dan tindakan’ yang memfokuskan mengenai ‘teknik-teknik merubah minda dan cara pengukurannya’ .
Sebab itu kata Dr. Mat Saat yang juga Perunding Psikologi Klinikal Pusat Perubatan Pantai, persaingan antara individu dalam perubahan minda lebih berkonsep ‘nak jadi malas mesti kreatif’ seperti orang naik pangkat dengan cara bodek, ampu dan yang seumpamanya.
Namun proses pemupukan akal, bakat dan watak individu, menurut Pengerusi Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak Nury, Datuk Dr. Noor Laily Abu Bakar, adalah bertahap-tahap yang bermula dari pembinaan sistem otak ketika proses kehamilan seawal 16 hari.
Menurut mantan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) itu, usia enam tahun pertama selepas kelahiran adalah tempoh masa paling kritikal pada anak manusia.
“Ketika ini sistem otak dan sistem saraf menjadi perdana menteri yang akan memerintah otak seseorang anak melalui simulasi hidupan persekitarannya.
“Jika ibu yang baik dan mengamalkan tuntutan-tuntutan al-Quran dan al-Sunnah pada anaknya, akan terbentuklah baka anak yang baik,” katanya.
Menurut Dr. Noor Laily, syarat lain dalam memacu pembentukan akal berdaya fikir anak ialah bekalan oksigen terbaik, emosi yang positif serta sumber makanan yang baik lagi halal di samping simulasi yang tepat dan betul secara berulangkali dengan penjagaan kesihatan yang sempurna.
“Sebab itu Islam menetapkan empat sebab untuk manusia membuka mulut (bersuara) iaitu mengenai ilmu, silaturahim, pernyataan kasih sayang dan melafazkan kesyukuran,” ujarnya.
SEKILAS MENGENAI AKAL:
(Rujukan: Proses Pemupukan Akal, Bakat dan Watak oleh Datuk Dr. Noor Laily Abu Bakar (gambar):
* Peroleh ilmu, kemahiran dan maklumat lengkap serta kepelbagaian mengenai duniawi dan ukhrawi yang disertai berbudi bahasa dan bermaruah tinggi.
* Boleh memahami dan mengenali yang maaruf dan mungkar dengan mampu memilih perkara maaruf serta menolak kemungkaran.
* Boleh menggunakan akal untuk mengatasi nafsu.
* Boleh mengguna akal untuk membezakan yang sama tapi lain dan yang lain tapi sama.
* Mempunyai cukup ilmu fardu ain dan fardu Kifayah bagi menjadi insan yang baik, suka membantu dan sentiasa bersyukur.
* Bermaruah dan bermartabat tinggi serta mengenali ‘saya adalah saya.’
* Pembangunan akal manusia mestilah bermula dari dalam kandungan ibu lagi.
* Otak dan sistem saraf yang membentuk akal budi membangun sejak percantuman benih ibu dan ayah serta sebelum mencapai usia enam tahun.
* Otak-saraf (punca akal) adalah organ yang pertama terbina pada janin.
* Pembinaan dan pengukuhan asas otak-saraf berlaku dengan pesat pada hari ke-16 cantuman benih hingga hari kelahiran.
Bandingan kapasiti simpanan otak-saraf:
* Otak manusia - 125.5 trilion
* Arkib Negara Amerika - 12.5 trilion.
* IBM 3850 MTC - 250.0 bilion.
* Encyclopedia Britannica 19 vol - 12.5 bilion.
* Cakera Magnetik - 313.0 juta
* Cakera Liut (Floppy Disk) - 2.5 juta
* Buku - 1.3 juta
Proses pembinaan otak-saraf yang menjadi sumber akal insani:
* Setelah 16 hari kehamilan terbina sistem otak bayi.
* Menyusul pembinaan organ-organ lain dan ditiup roh serta ditulis empat perkara (usia, rezeki, amal dan cekal) serta terbinanya 100 bilion hingga 1 trilion neuron pada usia 120 hari dalam rahim ibu.
Tahap pembesaran neuron-neuron:
* 25 peratus pada hari lahir (cukup bulan).
* 50 peratus pada usia enam bulan.
* 85 peratus pada usia tiga tahun.
* 95 peratus pada usia enam tahun.
* Usia tujuh tahun asas akhlak terbina.
* Usia 10 tahun mampu berfikir, faham dan rela melakukan solat.
* Usia akil baligh sudah mula menanggung fardu ain dan fardu kifayah atas dasar akidah dan iman.

Wednesday, May 28, 2008

di kerinduan ini,ku mohon kekuatan...

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu Tuhan…
beratnya dosa2ku
Masihkah ada ampunan buatku…
Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan yg menitiTuhan...
Ada yg dapat ku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari...
di lubuk hatiku terdalam
ini yang ku pilih penuh keyakinan
namun kadang bimbang menyerang
sanggupkah melangkah ku terus berjalan
saat badai menderaku
hinggah rapuh dan goyah
tiada daya tuk bertahan
hanya Engkau tempat berpegang
berkatilah setiap semangat jiwa
tuk selalu berjuang di jalan Mu
terjagalah hati yang kadang redup
tertiup angin di duniawi
gemerlap kilauan harta
takhta dan cinta manusia
yang menyesatkan
selamanya...saat hujan basahiku
penuh lumpur dan noda
dalam derai air mata
dengarlah permohonan ku

(firdaus)

Tuesday, May 27, 2008

BULAN PERNAH TERBELAH ??

Benarkah peristiwa menakjubkan 14 abad yabg lalu saat Rasulullah dengan izin Allah membelah bulan?. Apapun yang datang dari Allah Dan Rasulnya masuk akal atau tidak maka tiada pilihan untuk menolaknya. Karena sebuah penolakan adalah sbuah jawaban sedekat apa Iman Kita pada kebenaran itu?. Untaian Risalah berikut smoga bisa menambah keyakinan Kita akan sebuah kebenaran,... Kebenaran yang mutlak dari-Nya.

Allah berfirman: "Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)" Apakah kalian akan membenarkan kisah yang dari ayat Al-Qur'an ini menyebabkan masuk Islamnya pimpinan Hizb Islami Inggris ??Di bawah ini adalah kisahnya: Dalam temu wicara di televisi bersama pakar Geologi Muslim, Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggris mengajukan pertanyaan kepadanya, apakah ayat dari surat Al-Qamar di atas memiliki kandungan mukjizat secara ilmiah ?
Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawabnya sebagai berikut: Tentang ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Sejak beberapa waktu lalu, saya mempresentasikan di Univ. Cardif, Inggris bagian barat, Dan para peserta yang hadir bermacam-macam, Ada yang Muslim Dan Ada juga yang bukan Muslim. Salah satu tema diskusi waktu itu adalah seputar mukjizat ilmiah dari Al-Qur'an. Salah seorang pemuda yang beragama Muslim pun berdiri Dan bertanya, "Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi [Telah dekat Hari qiamat Dan bulan pun telah terbelah] mengandung mukjizat secara ilmiah ? Maka saya menjawabnya: Tidak, sebab kehebatan ilmiah diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak bisa diterangkan ilmu pengetahuan, sebab IA tidak bisa menjagkaunya.


Dan tentang terbelahnya bulan, maka itu adalah mukjizat yang terjadi pada Rasul terakhir Muhammad shallallahu 'alaihi wassalam sebagai pembenaran atas kenabian Dan kerasulannya, sebagaimana nabi-nabi sebelumnya. Dan mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan Dan dibenarkan oleh setiap orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di dalam kitab Allah Dan hadits-hadits Rasulullah, maka tentulah kami para muslimin di zaman ini tidak akan mengimani hal itu. Akan tetapi hal itu memang benar termaktub di dalam Al-Qur'an Dan sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. Dan memang Allah ta'alaa benar-benar Maha berkuasa atas segala sesuatu.


Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah membelah bulan. Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi Dan Rasul, coba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang bisa membuktikan kenabian Dan kerasulanmu (mengejek Dan mengolok-olok)?" Rasulullah bertanya, "Apa yang kalian inginkan ? Mereka menjawab: Coba belah bulan, .."


Maka Rasulullah pun berdiri Dan terdiam, lalu berdoa kepada Allah agar menolongnya. Maka Allah memberitahu Muhammad agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Maka Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, Dan terbelahlah bulat itu dengan sebenar-benarnya. Maka serta-merta orang-orang musyrik pun berujar, "Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!" Akan tetapi para ahli mengatakan bahwa sihir, memang benar bisa saja "menyihir" orang yang Ada disampingnya akan tetapi tidak bisa menyihir orang yang tidak Ada ditempat itu. Maka mereka pun pada menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan.


Maka orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar Batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya, "Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?"Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dansaling menjauh masing-masingnya kemudian bersatu kembali...!!!"


Maka sebagian mereka pun beriman, Dan sebagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh karena itu, Allah menurunkan ayat-Nya:

Sungguh, telah dekat Hari qiamat, Dan telah terbelah bulan, Dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata, "Ini adalah sihir yang terus-menerus", Dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap ....sampai akhir surat Al-Qamar.
Ini adalah kisah nyata, demikian kata Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar. Dan setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi tersebut, berdiri seorang Muslim warga Inggris Dan memperkenalkan diri seraya berkata, "Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris. Wahai tuan, bolehkah aku menambahkan??"
Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab: Dipersilahkan dengan senang hati." Daud Musa Pitkhok berkata, "Aku pernah meneliti agama-agama (sebelum menjadi Muslim), maka salah seorang mahasiswa Muslim menunjukiku sebuah terjemah makna-makna Al-Qur'an yang mulia. Maka, aku pun berterima kasih kepadanya Dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah. Dan ketika aku membuka-buka terjemahan Al-Qur'an itu di rumah, maka surat yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya: Telah dekat Hari qiamat Dan bulan pun telah terbelah...

Maka aku pun bergumam: Apakah kalimat ini masuk akal?? Apakah mungkin bulan bisa terbelah kemudian bersatu kembali?? Andai benar, kekuatan macam apa yang bisa melakukan hal itu??? Maka, aku pun menghentikan dari membaca ayat-ayat selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan sehari-hari. Akan tetapi Allah Yang Maha Tahu tentang tingkat keikhlasam hamba-Nya dalam pencarian kebenaran. Maka aku pun suatu hari duduk di depan televisi Inggris. Saat itu ada sebuah diskusi diantara presenter seorang Inggris dan 3 orang pakar ruang angkasa AS.
Ketiga pakar antariksa tersebut pun menceritakan tentang dana yang begitu besardalam rangka melakukan perjalanan ke antariksa, padahal saat yang sama dunia sedang mengalami masalah kelaparan, kemiskinan, sakit dan perselisihan. Presenter pun berkata, " Andai dana itu digunakan untuk memakmurkan bumi, tentulah lebih banyak berguna". Ketiga pakar itu pun membela diri dengan proyek antariksanya dan berkata, "Proyek antariksa ini akan membawa dampak yang sangat positif pada banyak segmen kehidupan manusia, baik segi kedokteran, industri, dan pertanian. Jadi pendanaan tersebut bukanlah hal yang sia-sia, akan tetapi hal itu dalam rangka pengembangan kehidupan manusia.


Dan diantara diskusi tersebut adalah tentang turunnya astronot menjejakkan kakiknya di bulan, dimana perjalanan antariksa ke bulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar. Mendengar hal itu, presenter terperangah kaget danberkata, "Kebodohan macam apalagi ini, dana begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk bisa mendarat di bulan?" Mereka pun menjawab, "Tidak, ..!!! Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di bulan, akan tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri, maka kami pun telah mendapat hakikat tentang bulan itu, yang jika kita berikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia, maka kami tidak akan memberikan dana itu kepada siapapun.



Maka presenter itu pun bertanya, "Hakikat apa yang kalian telah capai sehingga demikian mahal taruhannya. Mereka menjawab, "Ternyata bulan pernah mengalami pembelahan di suatu hari dahulu kala, kemudian menyatu kembali.!!! Presenter pun bertanya, "Bagaimana kalian bisa yakin akanhal itu?" Mereka menjawab, "Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, "Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali".

Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris mengatakan, "Maka aku pun turun dari kursi dan berkata, "Mukjizat (kehebatan) benar-benar telah terjadi pada diri Muhammad sallallahu alaihi wassallam 1400-an tahun yang lalu. Allah benar-benar telah mengolok-olok AS untuk mengeluarkan dana yang begitu besar, 100 juta dollar lebih, hanya untuk menetapkan akan kebenaran muslimin !!!! Maka, agama Islam ini tidak mungkin salah ... Maka aku pun berguman, "Maka, aku pun membuka kembali Mushhaf Al-Qur'an dan aku baca surat Al-Qamar, dan ... saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam.

Diterjemahkan oleh: Abu Muhammad ibn Shadiq

Wednesday, May 21, 2008

Sahabat Sejati

Dalam Islam sahabat ialah orang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan diri kita sendiri dan ia sentiasa berkawan dengan diri kita semasa senang dan susah.Di antara cri-ciri sahabat dalam Islam ialah seorang yang jujur, amanah, ikhlas, kasih kepada sahabat kerana Allah S.W.T., sanggup menolong ketika dalam susah dan senang, sanggup berkorban jiwa raga, masa dan tenaga dalam membantu dalam setiap apa yang diperlukan oleh sahabat kawannya dan sebagainya.Cara untuk menasihati sahabat ialah dengan cara yang baik dan penuh hikmah agar persahabatan yang terjalin tidak musnah dan berkekalan sehingga ke akhir hayat..Sebab itulah perkataan Ash-Shohaabah dan Ash-Shohaabiyyah kebiasaannya digunakan khusus untuk para sahabat Nabi saw. di kalangan lelaki dan perempuan yang mu'mun dan mu'minah yang melengkapi ciri-ciri di atas.

Syaikh Ibnu Athaillah mengatakan: "Bukanlah sahabatmu, kecuali orang rela bersahabat denganmu sedangkan dia telah mengetahui celamu. Dan tidaklah yang demikian itu (engkau dapati di kalangan manusia) kecuali Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Sebaik-baik teman yang engkau pergauli adalah orang yang memperhatikan kepentinganmu, bukan kerana sesuatu kepentingan yang diharapkannya daripadamu untuk dirinya."

Bila ingin bersahabat janganlah kira kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan kamu akan menjauhinya..Andai ingin bersahabat janganlah kerana kebaikannya kerana dengan satu keburukan kamu akan membencinya..Andai ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kamu akan memfitnahnya..Andai kamu ingin bersahabat janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tidak pandai menceriakan mungkin kamu akan menyalahkannya..Andai kamu ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa..BERSAHABATLAH KERANA ALLAH..sayangilah dia sepertimana kamu menyayangi diri kamu sendiri

Mencari seorang SAHABAT bagaikan mencari sebiji benih pokok dalam semak berduri...Bersedia untuk dilukai,jangan mengalah untuk terus mencari...Andai sudah kau temui sayangilah ia sepenuh hati...

kata-kata Imam Al-Ghazali yang mulia:

"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"

Jika hari ini diriku terlalu gembira dengan duniawi, sedarkanlah aku dengan amaran Allah. Jika aku bersedih, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika antara kita ada tembok memisahkan leraikan ia dengan ukhwah dan jika pernah hatimu terluka lantaran sikapku luahkanlah agar aku berubah. Namun satu pintaku, berjanjilah..ukhwah kita untuk selamanya

Sahabat Dalam kabut ku tercari-cari cahayaAkhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmuAndainya alam ini mampu berkata-kataPastilah pujian buat dirimuDi waktu itu akulah yg bertuahPunya sahabat sepertimuSahabat Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahiSahabatAku lemah mangharungi ranjau duniaSahabat Aku ingin seperti mu dalam ketenangan Menghadapi hidup iniSahabatku bersyukur kerna mengenali dirimuKu harap moga kitakan bersamaHarungi segala suka dukaMoga kejayaan milik kitaAgar hidup menuju mulia.

sahabat sejati tak pernah mengambil kesempatan atas kelemahan diri sahabatnya, sebaliknya menjadi pelengkap atas kelemahan itu.

Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan
Tepuk dada tanya iman,adakah aku adalah seorang sahabat sejati kepada sahabatku.
MUTIARA KATA

"sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di sisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'

"kalau kita nak dapat sahabat yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang sahabat yang baik ...kepada kawan baik kita."

Kasih Ibu dan Anak

Petikan Berita Harian 20/5/2005
Kasih Ibu Dan Anak :Wanita hidap Parkinson pangku mayat anak 2 hari

Oleh: Johan Afandi dan Zulhazri Abu Bakar

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang membujang kerana mahu menjaga ibunya yang menghidap Parkinson, ditemui mati di pangkuan wanita itu di kediaman mereka di Flet Kos Sederhana Rendah Fasa 13, Jalan Padi Malinja, Bandar Baru Uda di sini, semalam.

1) Membujang? Ya Allah inilah bukti kasihnya seorang anak terhadap ibunya. Betapa hebatnya pengorbanan seorang anak sanggup melupakan nikmat sebuah perkahwinan utk kebahgiaan ibunya. Tapi aku..dulu baru di Universiti setahun dua, duit makan hari2 pun bergantung kat mak bapak dah gatai nak kawin, lepas kerja setahun dua, duit tak cukup pun dah nak kawin, ntah bila teringat nak bantu ibu bapa? Ntah bila teringat nak bantu adik-adik? Ntah bila teringat nak balas budi baik ayah bonda? Yang diingat selalu birthday makwe, valentine day, dating, tapi tak pernah pun ingat birthday mak bapak, adik-adik. Sanggup himpun duit yang mak bapak bagi utk beli hadiah, sanggup makan sehari sekali tapi utk ayah ibu apa yang sanggup? Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, dosaku kepada ibu bapaku, dosa ibu bapaku terhadapMu Ya Allah! Tempatkanlah mereka dalam rahmat dan kasih sayangMu!

Abu Bakar Hamzah Mohamad, 41, dikenali sebagai Halim di kalangan jirannya dan bekerja kilang di kawasan perindustrian Ungku Mohsin di sini, dipercayai mati di pangkuan ibunya, Aishah Sulaiman, 65, sejak dua hari lalu.

Kematian Abu Bakar hanya disedari oleh jiran dua beranak itu pagi semalam apabila menjenguk mereka dan mendapati, Aishah, yang tidak dapat bercakap kerana penyakitnya, dilihat memicit Abu Bakar, tanpa menyedari anaknya itu sudah mati.

2) Lihat betapa tinggi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Walaupun diri sendiri menderita namun utk seorang anak yang taat si ibu tetap berusaha memicit anaknya dengan penuh harapan. Inilah bukti keredhoan seorang ibu terhadap anaknya. Redho Allah adalah juga atas redho seorang ibu..Adakah ibuku meredhoi diriku ini?

Aishah, yang kematian suami sejak lima tahun lalu bergantung penuh kepada Abu Bakar untuk menyuap nasi dan memandikannya setiap hari kerana penyakit Parkinson dihidapinya.

3) Bayangkanlah sejak 5 tahun! Alangkah bahgianya Puan Aishah memiliki anak yg taat sebegini. Bagi aku kadang-kadang utk berada 5 hari bersama ibunda tercinta pun sudah dirasakan lama, asyik teringat nak balik rumah je, apatah lagi dengan keadaan kesihatan yg begitu. Balik cuti sehari dua dah rasa lama, mak ayah suruh urut/garu belakang pun malas, apatah lagi untuk menjaga ibu yang sakit! Selama 5 tahun!

Pengusaha kedai runcit di flet itu, Saim Arif, 48, berkata pagi Selasa lalu, dia ternampak Halim menunjukkan reaksi seperti sedang menanggung kesakitan, sebelum terjatuh berhampiran motosikalnya.

"Halim biasa keluar kira-kira jam 6 pagi dan pagi itu dahinya berdarah selepas jatuh dekat motosikalnya. Penduduk yang nampak berkata, sebelum itu Halim duduk di meja di bawah blok seperti orang sakit.

"Saya tanya dia sama ada nak dibawa ke klinik tapi dia tak mahu. Jadi saya cuma tolong dia balik ke rumah," katanya.

4) Ingatan beliau terhadap ibunya melebihi kesakitan yang dihadapi. Mungkin masa tu beliau rasa kalau ke klinik akan memakan masa, bagaimana dengan ibunya? Sapa nak tengok? Kalau kena masuk hospital macammana? Biarlah dia menderita asal ibunya dapat makan, asal ibunya dapat mandi.

Saim berkata, selepas dua hari tidak melihat Halim keluar bekerja, beliau menyuruh seorang penduduk flet menjenguk rumah dua beranak itu.

5) Baguih jugak Si Saim ni kira prihatin jugak la..Inilah peranan seorang jiran.

“Ketika dia tiba di rumahnya, pintu tidak berkunci dan apabila diselak, Halim yang tertiarap di ruang tamu sedang dipicit oleh ibunya. Apabila diperiksa, Halim sudah tidak bernyawa, lantas dia menghubungi polis,” katanya.Seorang lagi jiran, Kalsom Mohd Ali, 52, yang terkejut dengan kematian itu berkata, hubungan dua beranak itu memang rapat, malah Halim tidak pernah lekang bertanyakan makan minum ibunya.
6) Inilah bukti betapa Halim seorang yang benar-benar bertanggungjawab. Kalau seseorang tu meninggal dunia dan orang lain bercakap tentang kebaikannya maka bersaksilah bahawa orang itu memang benar-benar baik

"Mereka duduk dua beranak saja di rumah sebelah dan mak cik tak sangka Halim dah meninggal dunia. Sebab itulah dah tak nampak dia. Tengah malam Selasa lalu, ada dengar bunyi batuk Halim kuat, lepas itu bunyi orang jatuh tapi tak adalah kami sangka yang bukan-bukan," katanya.

Kalsom yang menyedari kematian itu berikutan kehadiran anggota polis kira-kira jam 8 pagi semalam berkata, Halim mesra dengan penduduk di rumah pangsa itu dan ibunya bergantung hidup padanya.

7)Tengok, dengan jiran tetangga pun beliau disenangi. Aku camna? Jiran depan rumah pun jarang bertegur sapa, apatah lagi yang lain. Apatah lagi yang 40 buah rumah dikeliling? Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada sifat sombong dan bongkak! Ya Allah berikanlah aku kekuatan utk menunaikan hak jiran-jiranku Ya Allah!

"Makan minum ibu, Halim suapkan. Dia tidak beristeri dan selalulah kami dengar ibunya ditanya “mak nak makan”, “mak nak pergi bilik air” ketika menjaga maknya itu.

8) “Mak mai makan” , “Mak, nak kencing habaq!” Beza sungguh akhlak beliau dengan akhlak aku!

“Apabila ada yang bertanya kenapa tidak berkahwin, Halim menjawab takut nanti isterinya tidak dapat menerima keadaan kesihatan ibunya yang memerlukan perhatian penuh,” kata Kalsom.

9) Kasihnya ibu….membawa ke syurga. Kasihnya saudara..masa berada. Teruskan lagu ini berputar..

Jenazah Halim dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh anggota polis Tampoi untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif dekat sini, petang semalam. Ketua Balai Polis Tampoi, Cif Inspektor Mazlan Osman, berkata pihaknya menolak sebarang unsur jenayah sebagai punca kematian Halim.

Quote:
“Kasih seorang anak menjaga ibunya yang sakit/tua berbeza dengan kasih seorang ibu terhadap anaknya sedari kecil kerana seorang anak mengharapkan ibunya meninggal lebih cepat supaya hilang segala penderitaannya walhal seorang ibu mengharapkan anaknya terus hidup agar menjadi seorang yang berguna”

Rasanya Halim bukannya termasuk dlm golongan ini. Semuga Allah memberikan rahmat dan hidayah kepada kita semua. Al-fatihah!

Monday, May 19, 2008

Perkongsian KBM di Sek Ren Islah,Teluk Kumbar.

Teluk Kumbar,17-18 Mei 2008.Alhamdulillah segala puji hanya milik Allah,Penerbangan mendarat dengan sempurna walaupun keadaan cuaca panas di Dewan Sek Ren Al Islah,Pulau Pinang.Seramai 67 org pelajar mengikuti program Keindahan Bersama Mu.20 org Fasilitator dari IPT menyantuni adik2 kasih, adik2 sayang dan 7 org pakcik & makcik.Kita Ibarat satu keluarga dakwah.

Syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang dan kesihatan utk kami Team KBM Penang utk terus menyerlah dari yag biasa.Terima Kasih kepada semua yang membantu Abg Ngah,Mak Ngah,Mak Chu,Kak Mira dll.Utk kali ini kita menampilkan pengendali baru spt Abg Amir selaku Pembuka Kata dan membaca doa dgn syahdunya.Abg Ikram dan Abg Farhad slot KMKY.Slot Inteam dikendalikan oleh Kak Nadiah....sampai abg ngah pun terkedu dibuatnya dan Sesi ibubapa di kendalikan oleh Mak Ngah (ukhti farihah mantan Ketua Wanita Penang).

Program KBM kali ini mencabar bagi kami sbb nak menyantuni adik2 darjah 5 & 6.Mmg susah juga nak memahamkan meka ni.Pada mulanya ana menolak permintaan PIBG sekolah utk adakan KBM di sek rendah,selalunya kita buat utk sek men shj tetapi memikirkan anak2 ahli JIM ramai disekolah itu lalu ana menerimanya.Slot KMKY dimulakan dengan celoteh Abg Ikram berwatak selambanya,memeriahkan keadaan.Untuk menyantuni adik2 sekolah rendah tak sama dgn sek men...asyik nak main jerr...perlu menggunakan kemahiran dan teknik yang betul...ini adalah pengalaman pertama bagi kami di Penang.Alhamdulillah kami dpt menyantuni mereka dlm slot KMKY.

Slot INTEAM pula pengendali baru kak Nadiah membawa adik2 menghayati erti persahabatan...membuatkan fasi-fasi ikut sama terhayati...pada mulanya difikiran ana mcm mana adik sek rendah ni nak menghayati agaknya...kerana kita perlu memahamkan mereka dgn jelas apa yang hendak kita terangkan.Akhirnya mereka dapat hayati kata2 oleh Kak Nadiah dan diselit juga kata2 oleh Abg Ngah.Tahniah kpd kak nadiah percubaan kali pertama handle INTEAM ini.

Meniti Angin Malam 1 begitu teruja kpd Fasi2 baru dan Adik2 peserta.Abg Ngah membawa dgn penuh penghayatan ttg keindahan bersama Allah,Rasul,Ibubapa,Mualim dan Mualimah (tambahan)

Meniti Angin Malam 2 kita tak buat full version sbb adik sek ren.Kita hanya membaca skip mula dan diakhiri dgn bunyian yg biasa shj.Alhamdulillah adik2 menghayati juga akhirnya apa yang ingin kita sampaikan.

Untuk Slot MKMS kita menampilkan pengendali baru.Alhamdulillah selepas program KBM aktivis,ramai yang nak jadi pengendali...Mak Ngah(ukhti Farihah) membawa slot motivasi ibubapa dgn berkesan.Ada seorg bapa berkongsi mengatakan dia tidak pernah menitis airmata...tetapi hari ini dia menitis air mata di depan anaknya.Begitulah terkesannya.Seorg ibu juga berkongsi yg dia tidak pernah merasai suasana ini seumur hidupnya.Perkongsian dari Guru Besar Sek Ren Al Islah menyatakan objektif telah tercapai.Alhamdulillah ini semua adalah kurnia ilahi. Penyampaian sijil dan majlis penutup diserikan oleh Setiausaha JIM Barat Daya mewakili YDP yang tidak dapat hadir.Siap buat urut2 picit2 edisi bapa,mak dan anak.

Sekian Wassalam.


Abg Long
Team KBM Penang.

Thursday, May 15, 2008

SELAMAT HARI GURU 2008


SELAMAT HARI GURU kepada semua Guru,Mualim,Mualimah,Ustaz,Ustazah dan Bakal Guru.Semoga Anugerah sebagai guru diberkati oleh Allah.
daripada : KRJ Motivation & Team KBM Penang


SAJAK GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi..



Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa


Dialah Ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibukota
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


(Usman Awang 1979)

Wednesday, May 14, 2008

KBM DATANG LAGI....


KEINDAHAN BERSAMA MU
(EDISI REMAJA)

TARIKH : 17 - 18hb Mei 2008.

TEMPAT: Sek Ren Islah Teluk Kumbar,Pulau Pinang.

PESERTA : 77 org Pelajar.

FASILITATOR : 20 org

Tazkirah untuk Daie

Satu tazkirah yang takkan kuterlupakan...
ampunkan aku ya Allah jika aku terlalu banyak berehat...

Salah seorang murabbi pengasas dakwah pernah mengingatkan kita, "Kerja dakwah ni umpama sekumpulan manusia yang ditugaskan menebas hutan...".
Orang yang menebas tidak ambil kisah bahkan tak terasa gangguan nyamuk dan agas kerana dia sibuk dengan kerjanya.Dia juga tidak ada masa untuk mengomentar kerja tebas-menebas orang lain.
Dia tahu orang lain pun, macam dia juga, menebas dengan tujuan dan arah yang sama, cuma mungkin masing masing menggunakan kudrat dan alat yang berlainan, ada guna kapak, ada guna sabit, ada guna parang, ada guna mesin potong rumput... Apa pun sikap hormat menghormati dan saling mengiktiraf tetap ada.

Tetapi apabila seseorang berhenti menebas, berehat di bawah naungan pohon, maka mulalah dia melihat dan meneropong rakannya menebas. Kerja menebas diganti dengan kerja memberi komentar selari "..si A tu tak betul menebas, si B guna parang tumpul, si C tak kena cara..."
Ya, ini berlaku walaupun katanya dia sekadar berhenti rehat untuk mengasah parangnya yang tak tajam-tajam. ..
Teruskan menebas!!

Monday, May 12, 2008

PERKONGSIAN KBM AKTIVIS PENANG

Salam,

oleh : Zulfahmi (aktivis Belia)

PROGRAM KEINDAHAN BERSAMAMU(KBM)
TARIKH : 10-11hb Mei 2008
TEMPAT : Masjid Seberang Jaya,Perai.
KEHADIRAN : 70 org yang berdaftar.

Sampai di masjid sekitar 7:45 am bersama room-mate. macam tekaan saya, saya yang pertama hadir (topi peserta). terus set-up meja pendaftaran. selang beberapa minit kemudian, adik-adik dari I4P pun hadir, bantu pendaftaran. terus bagi tugasan dan senarai nama peserta. mengikut pendaftaran hingga jumaat 8:00 malam seramai 86 orang telah pun mendaftar sebagai peserta..
daftar nama saya dan room-mate dan bayar yuran. terus masuk dewan. tunggu tunggu tunggu dan terus tunggu akan kehadiran peserta........jam dah 9:30 tapi peserta tak sampai-sampai, baru 20 orang. akhirnya keputusan dibuat dan program bermula sekitar jam 10 pagi (sepatutnya 8:45). ucapan perasmian oleh TYDP Negeri (YDP kurang sihat... tapi datang juga untuk slot awal pagi... ahad namapak masa solat zohor, masih kurang sihat katanya.... di doakan hari ini sihat sepenuhnya. akh isahak juga tidak sihat. didoakan juga cepat sembuh). tak lama ucapan TYDP dan program terus bermula.
KBM di kendali oleh Xifu KBM PaK Lang dan di bantu oleh Pak Anjang. kedua-duanya dari Johor. Mereka dibantu oleh KBM kedah, Pak Jang dan isteri dan KBM Penang terdiri dari adik-adik dari Karisma dan I4P.
Program bermula dengan slot knowing me knowing you. mula mula isi borang. 3 keping kertas 4 soalan....... nama mak, nama anak, saiz kasut. makanan kegemaran, anak yang keberapa.... semua kena masuk kan dalam kotak. selepas itu slot 3S Duduk bersila dan mengadap sahabat dan buat 3S.......... dapat picit dihidung Dr Sofri....... cubit pipinya....... main janggutnya.....
slot kedua adalah jawatanku. diminta untuk senaraikan 20 jawatan yang saya sandang. pak lang kata mesti ada lebih dari 20, dia cuma minta 20 saja. ??????? terkapai-kapai saya. betulkah saya ada 20 jawatan. kemudian penerangan diberi, baru faham.
Seterusnya riben kehidupan, masing masing diberi riben. umur di tanya dan riben di potong dua berdasarkan umur...... sedih-sedih....... umur saya dah tiga suku habis cuma tinggal suku sahaja...apakah hidup ku selama ini tiga suku juga? 16 tahun saja lagi untuk saya hidup..... tak lama tu. apakah amalan ku selama ini diterima? apakah aku masih ada masa lagi?
selesai riben kehidupan slot ISOMA pula. tertanya-tanya juga. apa dia? mungkin Istirehat SOolat MAkan. shahidan betul ke???
selepas rehat Inteam pula, pembinaan ukhwah dengan rakan-rakan. berdua, berempat, berlapan, beramai ramai. rasanya slot yang paling happy. mula dengan marching kepada satu lagu yang saya rasa patut dibudayakan. penuh dengan aksi dan semangat. lepaih tu happy chicky. ada permintaan nak buat lagi. ....... (bantu pak lang and pak anjang demo, belajak masa pi KBM belia di Perak.... jadi fasi la tu) dan juga lagu demi matahari (surah as-sham....) dengan aksi sekali
ISOMA sebelah petang.
tazkirah magrib diberi oleh Ustaz Fahmi (jangan silap... saya ZULfahmi bukan Ustaz Fahmi... he he he... tapi tolong doa mana tau kemudaan hari....). ustaz bercakap tentang ukhwah... doa untuk sahabat... bayangkan wajah mereka masa berdoa... sebut nama mereka...... minima ustaz kata wajib doa ajk-ajk kita....... tazkirah tamat bila azan isyak. solat isyak beramai-ramai di masjid.
MENITI MALAM. oleh sebab ramai bapa-bapa dan ibu-ibu yang hadir, dapat duduk atas kerusi. baru lega. pinggang dan mula sakit (slot awal pagi bermula duduk ataih kerusi. tu pun sat saja. masa awal knowing me knowing tu saja). part 1. hubungan dengan allah.... hubungan dengan rasul..... hubungan dengan ibu ayah.... semua ada video klipnya. nasyidnya, lagu-lagunya tangkap habih (faham no..... bahasa dulu-dulu). semua menyentuh hati. selepas setiap satu diminta berdoa. tiada yang tidak menitis air mata. kemudian pak lang berdoa untuk semua sekali. doa pak lang special, penuh dengan kesyahduan, suaranya, doanya.... semua dengan penuh perasaan.
rehat 15 minit dan part 2 bermula 11:30 mlm, duduk atas karpet. sesi mengingat kematian. muhasabah tentang amalan yang telah dilakukan. program tamat 1:30 pagi. room-mate ajak balik, katanya tak boleh tidor kalau tak mandi. drive balik sampai rumah 2:15 pagi.
hari kedua, tazkirah subuh oleh Ustaz Khairul sapa-sapa boleh bagi ringkasan sikit...... saya sampai 8:10 pagi. semua dah habih makan. dan masuk dewan. saya dan room-mate pun makan cepat-cepat.
Sesi mula dengan happy chicky, marching, demi matahari, lagu jim (seingat saya .... mungkin susunan tak betul.... tak pa no..... ) teruskan dengan sesi Aku dan jamaah. saya dapat bersama md tuah (YDP be.... geng sama-sama pi gunung tahan dulu.... la dah bulat..... dulu slim..... nanti saya cari gambar masuk dalam net). kemudian berempat pula. kali ni dengan hj latif (TYDP pula.... macam di set pula.....), hj taufek (geng gunung tahan juga) dan dr sofri (best friend hari sabtu). akhirnya semua jadi satu bulatan yang besar. tup tup kena masuk bulatan. mola-mola hj taufek lepaih tu rahime dan akhirnya saya. sudahhhh..... nak kena buat apa pula????? pak anjang tanya pasai apa depa kena masuk bulatan. depa segak.... kata sorang... (ahem terima kasih).
kebetulan 11 mei hari ibu. jadi 2 kek pada hari itu. yang ada girlfriend (isteri la tu....) kena potong bagi girlfriend (ibu kepada anak kita) yang tak dak cepat cepatlah cari...... (yang halal lah.... buat tak faham pula). baru teringat hari sabtu sebelum rehat tengah hari kena cari peserta yang tarikh perkahwinan mereka adalah yang paling dekat dengan tarikh program. program 10.11 mei.... saya 13 mei. allah maha besar. dua hari juga. dapat hadiah ulang tahun perkahwinan. ada ahli kita betul-betul jatuh pada 11 mei. JIM Timur Laut. kata pak lang inilah antara-antara tarikh yang perlu jamaah tahu. pernah buat dulu masa dengan team HRD. sambut tarikh lahir ajk-ajk....... ada sekali tu sambut bawah sinaran cahaya bintang. kat bayan bay.
seterusnya Bingkisan buat mu, dapat kertas lawa. siap dengan border ada couple kecil kat tepi. pak lang terang apa nak buat. bagi contoh-contoh. jadi saya kena tulis untuk darling i. tulis surat cinta..... tulis perasaan selama ini hidup bersama..... harapan/impian semasa mula hidup bersama.... saya tak pandai nak tulis. memang tak reti pun. bila mula tulis tak henti-henti. masa tulis tu perasan ada orang datang jenguk. dua -tiga kali dia mai. tak tengok sapa pula tu. pak lang kata dah 15 minit. baru separuh.... akhirnya kena stop. tak habih juga. (room-mate kata di dengar pak lang kata unik-unik...) lepaih tu kena bagi kat room-mate dan baca...... banjir.....
masing-masing duduk dengan pasangan. dapat kurma dan air. masing-masing kena suap pasangan. yang tak bawa ..... menyesal.... kan dah saya habak bawa.... jangan tak bawa (maaf saya pun tak tahu program dia macam ni....... cuba tahu ada slot suami isteri). pak lang kata suap kurma tapi jangan suap air nanti tumpah. tapi kami minum sendiri tapi tangan bersilang... ala macam couple dok bercinta dok buat....
akhir program dapat sijil. dapat sijil pula. nak bagi kat sapa? apa yang ditulis dalam sijil? satu yang unik........ hanya yang hadir lengkap akan dapat sijil ini.
Program tamat pukul 1:30 dan diakhiri dengan solat zohor makan tengah hari.
banyak dipelajari dari program ini.
1. Doa kekuatan orang islam. doa perlu dihayati. bukan sekadar lafaz di mulut. ianya mesti dirasai dalam hati.
2. ukhwah perlu ditingkat. mesti lebih mengenali sahabat-sahabat seperjuangan. susah senangnya. banyak yang tak tahu tarikh lahir. mau pun tarikh perkahwinan. nama anak2 mereka. tarikh lahir mereka. pendek kata macam kita tahu anak2 kita itulah yang perlu kita tahu tentang anak2 ikhwah juga.
3. hubungan dengan allah, rasul dan ibu bapa kena jelas. dimana kedudukannya sekarang. perlu perbaiki? baikilah.
4. program ukhwah kena ada, jangan berjumpa sebab ada program saja.
5. program yang memang mengetuk hati-hati. perubahan hanya boleh berlaku apabila hati diketuk. kesedaran yang datang dari diri sendiri.

saya minta maaf atas kekurangan program dan jika ianya tidak memenuhi jangkaan peserta
oops baru teringat ada satu aktiviti.... urut urt....... picit picit.......... cap cai cap cai.

Zul Fahmi
jk publisiti pendaftran @ fasi @ juru tari @ peserta

Tuesday, May 6, 2008

SELAMAT HARI IBU 2008

SELAMAT HARI IBU


Wanita, Ibu Solehah Membahagiakan Suami Dan Anak-Anak

Oleh: ABU HATIM
DR. MOHD. Iqbal, pujangga Islam yang terkenal, telah menulis sajak indah yang penuh keimanan dan pesanan hikmat buat para ibu yang baik sekali untuk dikemukakan dan difahami dalam menyambut Hari Ibu pada abad ke-21 ini.

Ibu!
Kelunak lembutanmu yang bersih
Merupakan rahmat bagi kami.
Kamu,
Merupakan kekuatan
Dan benteng agama.
Wahai,
Orang yang menghentikan
Penyusuan,
Anak dalam kalangan kami
Berdasarkan tauhid,
Kasih sayangmu memberi nilai
Kemampuan kami, memberi warna
Amal dan fikiran kami.
Wahai,
pemangku amanah
Berdasarkan syair nyata,
Di dalam nafasmu
Terletak kehidupan agama
Berhati-hatilah melalui zaman,
Bimbing eratlah anak-anakmu.
Sajak Iqbal ini yang dikhususkannya untuk para wanita, ibu yang menjadi kekuatan benteng agama, dapat membina agama masa depan anak-anak dengan baik, kerana Islam telah menempatkan wanita demikian tinggi dan agungnya. Mereka mempunyai nilai iman dan amal yang sama dengan lelaki dan diberi fungsi dan tugas yang sesuai dengan fitrah alamiah masing-masing, sehingga harus berperanan ke arah membawa kepada kebahagiaan bersama.
Barang siapa yang membuat amal soleh, lelaki dan wanita, dalam keadaan beriman, maka sungguh akan Kami (Allah) berikan kehidupan yang baik dan akan Kami beri penghargaan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka perbuat.
(an-Nahl 97).
Ayat ini diberi keterangan oleh para ahli tafsir bahawa inilah dalil yang tegas, bahawa iman dan amal soleh, lelaki dan wanita, sama nilainya di sisi Allah, asal dilakukan dengan penuh ikhlas.

Namun demikian tidak sedikit tentangan dan kecaman terhadap Islam seperti dalam bentuk tuduhan mengatakan Islam merendahkan darjat wanita, wanita harus berdiri di belakang lelaki waktu solat, wanita tidak boleh jadi imam dalam solat berjemaah, talak di tangan lelaki, poligami, anak perempuan diwariskan harta ditentukan kurang bahagiannya dari anak lelaki, hijab (tutup kepala) dan lain-lainnya.

Mulanya tentangan dan kecaman itu datangnya dari luar, terutama setelah munculnya gerakan emansipasi (wanita mendapat hak yang sama dengan lelaki) dan feminisme di Barat beberapa abad yang lalu. Wanita menuntut persamaan hak dengan lelaki dan bebas dalam tingkah lakunya sehingga timbullah perjuangan sengit di Barat, terutamanya di Amerika, England, Perancis, Jerman, Belanda, dan lain-lainnya.
Orang Islam yang tidak mendalami agamanya atau sangat dipengaruhi oleh gerakan Barat, ikut menutup matanya terhadap ketinggian ajaran Islam dalam menghormati wanita, sedang kalau mereka berfikir dengan tenang dan matang sudah tentu mereka akan bersyukur kepada Allah atas nikmat-Nya yang memberikan petunjuk-petunjuk (hidayah) untuk kehormatan dan kebahagiaan wanita.
Ada sesetengah wanita hari ini yang menghancurkan kehidupan rumah tangga melalui jalan meletakkan persamaan wanita dengan lelaki, sedang lelaki itu pemimpin rumah tangga yang harus dipatuhi. Wanita harus melupakan semua fikiran sekitar persamaan itu. Hendaklah para wanita ingat bahawa lelaki berasa bahagia mendengar kata-kata berbentuk kekaguman dan sanjungan padanya, sebagaimana wanita rasa bahagia mendengar kata-kata kasih sayang dan cinta daripada pihak suami.

Wanita harus kembali ke rumah tangga membina kehidupan bahagia dan mengasuh anak-anak dengan penuh belaian kasih sayang. Seharusnya, para wanita dapat memperlihatkan kekagumannya terhadap suami, hadapilah dia dengan segala kekurangan dan cacat cela yang ada padanya. Puaskanlah diri engkau (untuk diyakinkan) bahawa suami engkau adalah yang paling utama di dunia ini. Sediakanlah makan minum yang disukainya dan menyertai hobinya dengan penuh perhatian dan serius. Bila suami pulang ke rumah sedaya upayalah untuk tidak menghadapi kerja lain (selain menyambut dia) walau menjawab telefon dari luar sekalipun.
Dalam suasana Hari Ibu yang tentulah semua ibu ingin kebahagiaan rumah tangga, maka gerakan emansipasi wanita dan feminisme di Barat itu harus ditelaah baik-baik dan mendalam. Himbauan Iqbal terhadap wanita mempunyai nilai yang tinggi. Dalam memberikan ulasan tentang firman Allah surah an-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud: (Kaum lelaki itu merupakan pembimbing kaum wanita kerana Allah telah melebihkan satu sama lain dan mereka telah menafkahkan sebahagian harta mereka).
Muhammad Abduh, ahli tafsir yang terkenal, mengulas bahawa maksud ayat itu adalah ibarat dari membimbing dan mengawasi semata-mata, bukan membuat wanita tidak mempunyai inisiatif, dalam kerja dan pendidikan. Malah Maryam Jamilah tokoh wanita Islam Amerika melalui ayat di atas mengemukakan istilah keadilan antara lelaki dan wanita. Ia bermaksud bukan harus adanya persamaan kedua-duanya seperti yang difahami Barat selama ini.Ibu sebagai unsur kekuatan agama dan penentu masa depan anak-anaknya seperti yang dikatakan Iqbal dapat dihayati dengan sungguh-sungguh, tetapi zaman dan situasi di luar yang sangat mencabar janganlah sampai membuat ibu terpedaya dan terpesona. Makin hari tambah sabar dan dewasa juga dunia untuk menyedari betapa tingginya Islam memberi penghormatan pada wanita, ibu yang ingin menjadi solehah, membahagiakan suami dan anak-anak untuk kebahagiaan bersama.

Sunday, May 4, 2008

Pembuka Kata Dari Xifu KBM

Pembuka Kata Dari Xifu KBM

Keindahan bersama mu .. namanya sendiri telah menggambarkan apa yang boleh diharapkan setelah melalui program ini, Keindahan Bersama mu ringkasnya KBM.

Program ini merupakan satu pengembaraan melihat peranan kita sebagai hamba Allah, melihat cinta kita dengan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, juga menyingkap hati kita merenung sejenak diri kita sebagai seorang anak, ibu atau ayah, teman, suami mahu pun isteri. Dalam kesibukan agenda harian, barangkali kita terlupa mahu pun terlalai untuk duduk menegur diri kita hinggakan barangkali hati hati yg tidak dimuhasabah seringkali boleh menjadi keras dan kita pula terus tertipu merasakan diri kita dalam keadaan selamat sedangkan maut menungggu kita pada bila bila masa sahaja. Kealpaan menghisab diri barangkali membawa diri kita akhirnya tidak terkesan hati apabila melihat segala ciptaan Allah, tidak teruja beramal apabila mendengar ayat ayat syurga Allah, lebih malang tidak pula gentar hati apabila mendengar neraka Allah dan lebih membimbangkan kita terus mengulangi kesilapan yang sama setiap hari, tambah menggerunkan tidak merasa berdosa apabila melakukan dosa.

KBM sebagai satu penerbangan akan membawa penumpang nya sama sama merenung sekeping hati yang Allah anugerahkan kepada setiap diri kita ada tak perasaan cinta pada Rasul itu atau kita merasakan biasa biasa saja. Tak tersentuh pun hati kita bila mendengar perkataan Rasul itu, apatah lagi cara hidup nya dan lebih besar lagi perjuangan Rasululah SAW.
Cinta pada Allah, Cinta pada Rasul kemudian baru lah cinta kita pada yang lain . KBM membawa kita merenung dan menghisab akan segala jawatan yang ada pada diri kita samada yang diperolehi, yang di cari, yang dianugerahkan, yang tidak boleh kita tolak merenung kesilapan dan meletakkan satu azam baru dalam memenuhi tempuh riben kehidupan yang belum pasti panjang pendeknya.
Tanpa mengira siapa anda, pelajar sekolah rendah atau menengah, pekerja, pengurus, pekerja dakwah, guru, penggerak surau dan masjid, yang belum Islam, aktivis politik, semua peringkat ini pernah melalui KBM. Satu program yang boleh diubahsuai untuk pelbagai peringkat kefahaman pemikiran, umur dan kedudukan dalam masyarakat.
Sekalung penghargaan buat semua yang telah bersama berjuang untuk menyumbang dalam program ini; tenaga, masa, wang ringgit, idea. Ya semua kita telah menyumbang tanpa mengharapkan apa apa imbuhan dan kepuasan kita ialah bila hidayah dan nur itu tersiram di atas setiap insan yg berKBM dengan kita itulah satu KEINDAHAN yg tidak terbayang INDAH nya.

Terima kasih kepada isteri ku yang sentiasa menyokong.Terima kasih kepada semua sahabat seperjuangan dalam Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang telah bersama; Pak Long, Pak Uteh, Pak Man yang menjadi pencetus utama peringkat awal program KBM ini.Juga rakan rakan di Johor Pak Tam, Pak De, Pak Anjang, Abu Nuha, Pak Im, Pak Kay, Pak Chu, Pak Ngah, Fidah, Rozita, Anie, Yatie, Ida, Mus, Yeop dan Bai yang telah sama sama memperkayakan modul KBM ini.
Bermula di Johor sehingga hari ni KBM telah pun bertapak di Perak, Melaka, Penang, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor.

Terima kepada semua rakan rakan yang sedang berjuang di negeri tersebut. SAYA SAYANG ANDA SEMUA.
Moga kita terus merasakan :

INDAH BERSAMA ALLAH
INDAH BERSAMA RASUL
INDAH BERSAMA KELUARGA KITA
INDAH BERSAMA TEMAN DAN SAHABAT.
TERUS MERASA INDAH DALAM PERJUANGAN KITA.

Tuan Haji Mokri Sabran@ Pak Lang
Khamis 24 April 2008
Pasir Gudang