Buat Bakal2 Mahasiswa....
Assalamualaikum wmt wbt... Pertama sekali ingin sekali saya mengucapkan setinggi2 tahniah buat adik2 yang bakal bergelar mahasiswa pada Julai 2008 ini. Sebelum ke menara gading, tentu sekali adik2 berasa gementar, nervous, cuak dan yang sewaktu dengannya. Tentu juga adik2 tertanya2 apakah persediaan yang perlu adik2 lakukan (terutama sekali persediaan ruhiyyah...) Jadi, untuk menyelesaikan masalah2 yang membelenggu fikiran adik2, adalah pilihan yang sangat tepat bagi adik2 untuk menyertai program seperti yang dipaparkan di bawah :
PROGRAM :
SEMINAR MENARA GADING 2008
TEMA :
"Membina Mahasiswa Penggerak Ummah"
TARIKH :
22 JUN 2008
MASA :
8.00 AM - 5.30 PM
TEMPAT :
USM,KAMPUS KEJURUTERAAN,NIBONG TEBAL.
ANJURAN :
KELAB REMAJA JIM & KARISMA
Sebarang penyertaan atau pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi :
Latifah Bee - 019 4383131
Fauziah Hanim- 019 4223628
Semoga program ini mampu memberi manfaat kepada adik2... Selamat menempuhi alam kampus... ;)
Wednesday, June 18, 2008
Monday, June 16, 2008
KBM di SEK MEN KEB PTG PASIR
Assalamualaikum,
14 & 15 Jun 2008 SMK PMTG PASIR,PERMATANG PAUH.Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah masih lagi dikurniakan kesihatan dan keimanan...untuk berprogram Keindahan Bersama Mu bersama dengan adik kasih & sayang Asrama Sek Men Keb Permatang Pasir.Terima Kasih kepada ustazah saliza dan warden aspura & aspuri kerana melayani Team KRJ Motivation...jasamu tetap dikenang.Bilangan peserta seramai 200 org serta fasilitator seramai 30 org yg terdiri dari aktivis spt Doktor,Guru,Ustazah,Engineer,Pengurus Syarikat Swasta dan Pelajar IPT.Dengan Motto yang kami bawa KEINDAHAN BERSAMA MU dapat mengenali lebih rapat dengan adik2 kasih dan sayang.kami doakan semoga menyerlah dari yang biasa.
Fasilitator
Peserta Aspura
Peserta Aspuri
KMKY
Satu Tekad
Fasilitator Program
Inteam
MKMS
Wednesday, June 11, 2008
PROGRAM KBM REMAJA
Tuesday, June 10, 2008
Pengorbanan Seorang Ibu...

Baca dengan nada penghayatan... Coretan Pengorbanan seorang ibu....
Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja... aku dekati mak
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku... mak
Bila merajuk... yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..mak
Bila takut... yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..mak
Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon... Mak
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Mak
Bila takut, aku selalu panggil.. "makkkkkkkkkkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Mak
Yang selalu berleter kat aku.. . Mak
Yang selalu puji aku.. Mak
Yang selalu nasihat aku.. .Mak
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Mak
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Mak
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Mak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Mak
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku terlupa pada Mak
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Mak
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Mak
Renungkan:
Dulu Mak pernah kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata. Hari ini kalau Mak mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.
ingatlah pengorbanan ibuuuuu....
Doa Yang iNdah

Doa Yang iNdah
Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
"Tidak. Itu bukan untuk Allah singkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya."
Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
"Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara."
Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
"Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari."
Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
"Tidak. Allah memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu."
Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
"Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat pada Allah."
Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.
"Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Allah akan memangkas untuk membuatmu berbuah."
Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
"Tidak. Allah akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal."
Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
"Akhirnya kau mengerti wahai diri. HARI INI ADALAH MILIKMU. JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.
Monday, June 9, 2008
TAHNIAH !! KBM TEAM KEDAH MERDEKA
Alhamdulillah segala puji hanya milik Allah,
Abg Long dan Abg Ngah serta Team KBM Penang bersyukur kehadrat Allah kerana Team Kedah sudah Merdeka...Doa kami bersama antum semua...teruskan mengislahkan masyarakat melalui program Keindahan Bersama Mu (Keindahan Bersama Allah,Rasul,Ibubapa,Sahabat dan guru).Seronok rasanya apabila dapat bergerak sendiri tanpa bantuan dari KBM Team Penang mengikut kreativiti sendiri.KBM Team Kedah pun ibarat keluarga besar kami.Semoga ramai lagi yang dapat mengendalikan program KBM ini.
mokri sabran
Ringkas aje dari ana......... ....
Tahniah .....
dan KEDAH MERDEKA .... syabas
daripada : xifu KBM
maimunah mohamed beon com.sg wrote:
Salam,
Jzkk. Alhamdulillah. Ana nak ucapkan jzkk kepada Pak Lang dan team serta Abang long dan team atas segala bantuan dan sokongan. InsyaAllah kami akan terus berusaha lahirkan lebih ramai pengendali dan mantapkan team.(Ya Allah mudahkanlah urusan kami....) Banyak lagi yang kami perlu belajar untuk lebih berkesan dalam dakwah melalui KBM. Moga melalui KBM dan program yang seumpamanya, dakwah dalam masyarakat akan semakin makmur dan dapat mencapai RJIM2.
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Team Kedah masih belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Tikar pandan tikar jerami
Tikar yang siap bawa kemari
Jzkk atas bantuan kepada kami
Moga usaha diterima Ilahi
Pak 'Jang dan team KBM Kedah
Subscribe to:
Posts (Atom)
