Assalamualaikum...buat teman-teman seperjuangan.
KEM TOK SAKAH,SEGARI 26 - 27hb April .Alhamdulillah saya bersama dengan Team KBM Perak berprogram KBM Belia di Kem Tok Sakah.Syukur kepada Allah kerana menggerak hati saya utk berprogram bersama Xifu Pak Lang.Banyak yang saya belajar disana.Terima Kasih Pak Lang.Bermula dengan sesi Perkenalkan diri Fasi & Peserta(Knowing Me Knowing U).Bila tengok peserta buat 3S masih ada yg geli-geli lagi nak peluk kawan.Bila makin lama rasa seronok pula belia-belia ni...itulah nama keindahan bersama sahabat.
Bagi saya yang baru pertama kali mengikuti sebagai fasi KBM Belia ini merasakan ada sentuhan yang berlainan sehingga walaupun seketika hubungannya tetapi ikatan ukhuwah terbina disitu.Bila tengok peserta semangat utk menegakan dakwah di bumi Malaysia tercinta ini,mulalah tidak boleh tidur hati ini memikirkan apakah dengan solat ku,puasa ku,perkerjaan ku bisa mengubah cukup utk mendirikan daulah atau negara bersyariat islam...Bila diakhir program ku bersama dgn peserta terasa sayang utk meninggalkan antum semua.
Disini disertakan Perkongsian dari Pak Ngah Zain...
Baru sekejap tadi peserta yang ana bawa ke program datang ke kedai ana bertanya, "En Zain... Bila ada KBM Belia lagi? Saya nak hantar adik saya pulak!". Di hujung program Ahad baru-baru ni pun ada staf PKEINPk (anak buah Akh Yahanis) yang beritahu zaujah ana, "Next program bagitau ye... saya nak ajak suami saya datang". Bos PKEINPk pula dah nyatakan kepada Akh Yahanis, "Kita akan hantar lagi peserta pada program akan datang"; Pengurusan NADI AGROBUSINESS di Manjung pun dah beritahu, "Kami akan hantar 20-30 orang lagi untuk KBM yang akan datang". Tambah dua tiga lagi syarikat besar dan agensi kerajaan, insyaAllah next KBM akan ada bilangan peserta yang cukup... setanding malah mungkin lebih baik berbanding KBM yang pertama itu. Syaratnya, semua aktivis perlu kerja keras mempromosi program dan bersungguh-sungguh menjayakannya secara jamaie. Selebihnya adalah urusan Allah.
Sekian Wassalam
Abg Long
Monday, April 28, 2008
Sunday, April 27, 2008
KBM Pengerak JIM Penang
Thursday, April 24, 2008
berCiNta di atas JaLaN daKwaH

Saya bertanya kepada emak “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..
Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak yang sayangkan kita kerana Allah..”
Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?”
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
“mak dulu masa besar kakak ada secret admire.. rajin betul dia hantar surat..masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. mak nak belajar sungguh-sungguh.. lama budak tu tunggu mak.. akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. tapi zaman tu ustaz ustazah nya still berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu mak panggil mak Aji.. sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.
“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah tak? Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat.. besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
“Kakak.. jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. bercouple mungkin.. tetapi bukan berkahwin.. kerana kita berkahwin dengan jodoh kita. Yang Allah dah tetapkan tsejak azali.. dan tak mustahil orang yang kita paling benci tu lah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. tetapi itu tak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. perbezaannya dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika.. tentu kering tekak emak meneraangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta pada pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai Dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
“Kakak.. hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
“kakak.. walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. tapi kalau dapat yang kakak taknak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ”
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

oleh : lillah
Wednesday, April 23, 2008
Kisah Dunia Hari Ini
Kita cintan-cintun after kawen nak tak?

I Nak Jadi Pejuang

I pun nak jadik pejuang gak la..

Tapi I pun nak shbt2 I masuk syurga dgn kita gak..

Ini peranan kita

Bukan aper..I syg U..I taknak U masuk nerake sbb I..I pun taknak masuk nerake..I takut!
I Nak Jadi Pejuang

U jgnla marahkan I..kasi la peluang I nak berjihad nii..u tgk, hebat tak I? kalaula I dok kepit je dgn U, mesti I jadik lembik benyai! ish, tak machola...U tak suke ke tgk I camni? encem aper!=)
I pun nak jadik pejuang gak la..

erm, okie dokie la kalau camtu. U mmg encem pun bila bawak panji2 Allah..ok, kita cintan cintun after Allah halalkan jela ek. I pun taknak masuk nerake. I nak sambut U kat depan pintu syurga nnt..InsyaAllah..kena pulun cari redha Allah nih!
Tapi I pun nak shbt2 I masuk syurga dgn kita gak..

Camne nak buat ek? Depa sedang 'bahagia' kat dunia ni tp I risaula..tadi baru I jumpe kwn lama I dok dating kat tepi tangga..I sedih la..huhu..U ada cadangan?
Ini peranan kita

Tula syg..kita kena dekati depa..explain baik2 cintan cintun depa tu Allah tak suka..caranya tak kena..kdg2 depa taktau..kesian..dan ada yg tau pun, tak kuat nak lawan kuasa cinta..kita pun bkn kuat sgt kan? syukur Allah masih tarbiyyah kita..tak gitu syg? so, kita pakat2 kempen TAKNAK couple sblm kawen yer? U sambut I kat pintu syurga yer? ish2..tp layak ke nak masuk syurga nii??huhu..
p/s : dari blog sahabat
Monday, April 21, 2008
Ibu Ayah Sayangilah Anakmu
Ayah, Ibu…sayangilah aku, berkasih sayanglah denganku..
Wahai saudaraku pendidik, menyayangi dan bersenda gurau dengan anak kecil termasuk bentuk kasih sayang dan kedalaman pemahaman seseorang dalam dien.
Rasulullah Shallallahu’Alaihi wa sallam adalah sosok pemimpin manusia yang sangat bersikap lemah lembut terhadap anak-anak kecil. Seperti kita ketahui beliau pernah menggendong Hasan di atas pundaknya, Beliau pun mengajak tertawa, membuka mulut dan menciumnya, serta memperlihatkan dia sedang bermain, lari ke sana ke mari. Setelah itu Nabi Shallallahu’Alaihi wa sallam pun menangkapnya. Subhannallah…
Wahai saudaraku pendidik, tidakkah kita bercermin dari Rasulullah Shallallahu’Alaihi wa sallam?Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan:“Bahwasanya Rasulullah mencium Al-Hasan bin Ali kala itu Al-Aqra’ bin Habis At-Tamimi duduk di sisinya, Al-Aqra’ berkata: “Saya punya sepuluh orang anak namun tidak satu anakpun pernah saya cium!” Rasulullah menoleh kepadanya lalu berkata:
مَنْ لاَ يَرْحَمْ لاَ يُرْحَمْ
“Barangsiapa yang tidak menyayangi niscaya tidak akan disayang!”
‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha meriwayatkan:“Datang seorang arab badui menemui Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, ia berkata: “Apakah kalian mencium anak-anak? Adapun kami tidak mencium anak-anak! Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam berkata kepadanya:
“Sanggupkah kamu bila Allah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu!?”
Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam juga bersenda gurau dengan menjulurkan lidah beliau kepada anak-anak. Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, bahwa ”Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam pernah menjulurkan lidahnya di depan Hasan bin Ali, lalu ketika Hasan melihat merah lidah beliau, ia segera mendekat kepada beliau” 3
Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam selalu memberi motivasi kepada para orang tua dalam hal menyayangi anak-anak, hal ini sebagaimana yang dikatakan oleh Anas, ”Bahwa suatu ketika ada seorang perempuan datang ke rumah ’Aisyah Radhiyallahu’Anha lalu ’Aisyah memberikan tiga butir kurma kepadanya. Lalu perempuan itu memberikan masing-masing anak sebutir kurma sehingga ia menyisakan sebutir kurma untuk dirinya. Lalu kedua anak itu masing-masing memakan kurmanya sambil memandang kepada ibunya. Kemudian ibunya mengambil kurma itu dan membelah mejadi dua lalu ia berikan kepada masing-masing anak separuhnya. Kemudian datanglah Nabi Shallallahu’Alaihi wa sallam, lalu beliau diceritakan ‘Aisyah Radhiyallahu’Anha. Setelah itu beliau bersabda:”Sungguh apa yang dilakukan perempuan itu membuat kamu terpesona. Semoga Allah mengasihi dia karena kasih sayang dia kepada kedua anaknya yang masih kecil”4
Subhannallah…Lalu kenapa ada ibu-ibu yang tega menyiksa anak-anak mereka, padahal Allah akan mengasihinya bila ia menyayangi anaknya?.Bisa jadi dikarenakan mereka tidak mengetahui keutamaan dalam Islam untuk menyayangi anak kecil. Sungguh mereka telah merugi… Allahua’lam… [Bintu Nashrun]
1. Hadits shahih riwayat Al-Bukhari (X/426), Muslim (2318), Abu Dawud (XIV/129), At-Tirmidzi (1911), Ahmad (II/228, 241, 269, 514), Ibnu Hibban (2236), Al-Baghawi dalam Syarah Sunnah (XIII/34), dari jalur Abu Salamah dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu. At-Tirmidzi berkata: Hasan Shahih!2 Hadits shahih riwayat Al-Bukhari (X/426), Muslim ((2317), Ibnu Majah (II/390), Ahmad (VI/56-70), Al-Baghawi (XIII/34-35), dari jalur Hisyam bin Urwah dari bapaknya dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha.3 Al Silsilah As Shahihah, hal.704 HR. Bukhari, di dalam kitab Adabul Mufrad, kitabul Walidat Rahimat I : 89
Referensi:Bekal-bekal Menuju Pelaminan, ,At-Tibyan Solo
Tumbuh di bawah naungan Illahi, Doa dan Kiat Nabi Shalallahu’alahi wa sallaam mendidik anak Sejak dalam Sulbi Ayah dalam Kandungan Ibu hingga Dewasa, syaikh Jamal Abdul Rahman, Penerbit Media Hidayah
Wahai saudaraku pendidik, menyayangi dan bersenda gurau dengan anak kecil termasuk bentuk kasih sayang dan kedalaman pemahaman seseorang dalam dien.Rasulullah Shallallahu’Alaihi wa sallam adalah sosok pemimpin manusia yang sangat bersikap lemah lembut terhadap anak-anak kecil. Seperti kita ketahui beliau pernah menggendong Hasan di atas pundaknya, Beliau pun mengajak tertawa, membuka mulut dan menciumnya, serta memperlihatkan dia sedang bermain, lari ke sana ke mari. Setelah itu Nabi Shallallahu’Alaihi wa sallam pun menangkapnya. Subhannallah…
Wahai saudaraku pendidik, tidakkah kita bercermin dari Rasulullah Shallallahu’Alaihi wa sallam?Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan:“Bahwasanya Rasulullah mencium Al-Hasan bin Ali kala itu Al-Aqra’ bin Habis At-Tamimi duduk di sisinya, Al-Aqra’ berkata: “Saya punya sepuluh orang anak namun tidak satu anakpun pernah saya cium!” Rasulullah menoleh kepadanya lalu berkata:
مَنْ لاَ يَرْحَمْ لاَ يُرْحَمْ
“Barangsiapa yang tidak menyayangi niscaya tidak akan disayang!”
‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha meriwayatkan:“Datang seorang arab badui menemui Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, ia berkata: “Apakah kalian mencium anak-anak? Adapun kami tidak mencium anak-anak! Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam berkata kepadanya:
“Sanggupkah kamu bila Allah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu!?”
Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam juga bersenda gurau dengan menjulurkan lidah beliau kepada anak-anak. Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, bahwa ”Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam pernah menjulurkan lidahnya di depan Hasan bin Ali, lalu ketika Hasan melihat merah lidah beliau, ia segera mendekat kepada beliau” 3
Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam selalu memberi motivasi kepada para orang tua dalam hal menyayangi anak-anak, hal ini sebagaimana yang dikatakan oleh Anas, ”Bahwa suatu ketika ada seorang perempuan datang ke rumah ’Aisyah Radhiyallahu’Anha lalu ’Aisyah memberikan tiga butir kurma kepadanya. Lalu perempuan itu memberikan masing-masing anak sebutir kurma sehingga ia menyisakan sebutir kurma untuk dirinya. Lalu kedua anak itu masing-masing memakan kurmanya sambil memandang kepada ibunya. Kemudian ibunya mengambil kurma itu dan membelah mejadi dua lalu ia berikan kepada masing-masing anak separuhnya. Kemudian datanglah Nabi Shallallahu’Alaihi wa sallam, lalu beliau diceritakan ‘Aisyah Radhiyallahu’Anha. Setelah itu beliau bersabda:”Sungguh apa yang dilakukan perempuan itu membuat kamu terpesona. Semoga Allah mengasihi dia karena kasih sayang dia kepada kedua anaknya yang masih kecil”4
Subhannallah…Lalu kenapa ada ibu-ibu yang tega menyiksa anak-anak mereka, padahal Allah akan mengasihinya bila ia menyayangi anaknya?.Bisa jadi dikarenakan mereka tidak mengetahui keutamaan dalam Islam untuk menyayangi anak kecil. Sungguh mereka telah merugi… Allahua’lam… [Bintu Nashrun]
1. Hadits shahih riwayat Al-Bukhari (X/426), Muslim (2318), Abu Dawud (XIV/129), At-Tirmidzi (1911), Ahmad (II/228, 241, 269, 514), Ibnu Hibban (2236), Al-Baghawi dalam Syarah Sunnah (XIII/34), dari jalur Abu Salamah dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu. At-Tirmidzi berkata: Hasan Shahih!2 Hadits shahih riwayat Al-Bukhari (X/426), Muslim ((2317), Ibnu Majah (II/390), Ahmad (VI/56-70), Al-Baghawi (XIII/34-35), dari jalur Hisyam bin Urwah dari bapaknya dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha.3 Al Silsilah As Shahihah, hal.704 HR. Bukhari, di dalam kitab Adabul Mufrad, kitabul Walidat Rahimat I : 89
Referensi:Bekal-bekal Menuju Pelaminan, ,At-Tibyan Solo
Tumbuh di bawah naungan Illahi, Doa dan Kiat Nabi Shalallahu’alahi wa sallaam mendidik anak Sejak dalam Sulbi Ayah dalam Kandungan Ibu hingga Dewasa, syaikh Jamal Abdul Rahman, Penerbit Media Hidayah
Keindahan Bersama Teman
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabatNASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringan kanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzatyang Memiliki mu."
Sunday, April 20, 2008
MENGAPA MANUSIA DICIPTAKAN DAN APAKAH TANGGUNGJAWABNYA?
Perlu kita perhatikan tiga persoalan asas yang berkaitan dengan seluruhkehidupan kita. Persoalan-persoalan tersebut ialah:1. Dari manakah kita datang?
2. Mengapakah kita didatangkan?
3. Kemanakah kesudahan kita?

Untuk mencari jawapan-jawapan yang tepat maka perlulah kita merujukkepada apa telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Quran al-Karim.
Persoalan Pertama
Dari mana kita datang?
Jawapannya kita dapati dari Firman Allah S.W.T.:
“Wahai sekelian manusia! Jika kamu masih ragu-ragu terhadap hariqiamat sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) telah jadikan kamu dari tanah,kemudian daripada air mani dan mani
menjadi darah sampai ia menjadi sepotongdaging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supayaKami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim)ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkankamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak kemudian sampai kamu menjadiorang dewasa. Di antara kamu ada orang yang dimatikan dan ada yang dipanjangkanhidupnya sampai terlalu tua hingga tidak dapat mengetahui apa-apa sedangkansebelumnya kamu mengetahui.” - Surah al-Hajj: ayat 5.Dengan meneliti ayat tersebut dapatlah kita ketahui dari manakah datangnyakita dan terjawablah persolan tersebut.
Persoalan Kedua
Mengapa kita didatangkan atau mengapa kita dijadikan oleh Allah S.W.T.?
Jawapan kepada persoalan ini terdapat di dalam Firman Allah S.W.T.:
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikandiri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56. Para ulama’ muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu denganpanjang lebar yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya)dan mempunyai runag lingkup yang luas, tidak semata-mata terhad kepadafardhu solah, puasa, zakat dan haji semata-mata, bahkan tugas dan kewajipankita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada AllahS.W.T. berdasar Firman-Nya tersebut.
Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah S.W.T. serta mengikutbetul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W..
Jika demikian segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikanjasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan atau faktur-faktur yang m
embantu kita untuk taatkan Allah S.W.T. serta teguhberibadah kepada-Nya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri)kepada Allah S.W.T.. Ini bermakna rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang permainan, gedung perniagaan dan sebagainya adalah medan beribadah. Bahkan seluruh bumi Allah S.W.T. ini merupakan ‘masjid’, tempatmenunaikan ibadah dalam realiti kehidupan.Sehubungan dengan itu Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah telah menyatakanbahawa: “Setiap perkara yang telah Allah S.W.T. perintahkan hamba-hamba-Nyamelaksanakan adalah dikira sebagai ibadah. Ibadah yang meliputi apa sahajayang diredhai oleh Allah S.W.T. sama ada tutur kata, perbuatan dan tingkahlaku.”
Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya, al-’Ibadah Fial-Islam, bahawa: “Sesungguhnya beribadah kepada Allah S.W.T. tidaklahterhad kepada mengerjakan solah, puasa, zakat dan haji dan perkara yangberkaitan dengannya seperti tilawah al-Quran, zikir, berdoa, beristighfardan sebagainya sahaja sebagaimana fahaman sesetengah golongan Islam (yangmendakwa Islam). Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka telahmenunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telahmanyempurnakan hak Allah S.W.T. terhadap mereka sepenuhnya. Mereka menyangkasudah selesai ditunaikan kewajipan ‘Ubudiyyah terhadap Allah S.W.T.. Padahal tanggapan tersebut meleset daripada hakikatnya yang sebenar”.
Beliau membuat penjelasan lagi bahawa: “Tidaklah dikira ibadah kepadaAllah S.W.T. jika seseorang itu berfahaman: Aku solah, aku berpuasa, akuberzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas makan daging babi, minumarak, makan riba, berjudi serta menolak hukum-hukum syariat Allah S.W.T.yang tidak sesuai dengan pandanganku. Juga tidak dikira ibadah kepada AllahS.W.T. bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya berada ketika di kawasanmasjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan mencebur diri dalam bidang-bidangkehidupan lain dia menjadi hamba kehendak dirinya, bebas mengikut kehendakhawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah S.W.T.”
Oleh kerana itu maka setiap orang yang terkeliru mesti memperbetulkanfahamannnya kembali mengenai Islam dan ibadah kepada Allah S.W.T..
Semoga seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah S.W.T.. Cukuplahbagi seseorang Muslim itu berfikir bahawa ia adalah Khalifah Allah S.W.T.di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah S.W.T.serta melaksanakan kewajipan ber’ubudiyyah kepada Allah S.W.T. semat-mata.Memadai ia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannyadengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya ituibadah kepada Allah S.W.T..
Menurut al-Qaradhawi lagi bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besaryang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugastersebut ialah:

1. Menyeru kepada kema’rufan dan mencegah daripadakemunkaran.
2. Berjihad ke jalan Allah S.W.T..
Menurut huraian asy-Syahid Sayyid Qutb bahawa kerja-kerja menyuruhkepada ma’ruf serta mencegah daripada munkar tidak boleh dipandang ringan.Umat ini tidak berjaya selagi ma’ruf tidak tertegak sebagai ma’ruf danmunkar tidak dimusnahkan sebagai munkar. Untuk melaksanakan tugas yangbesar itu maka perlulah kepada pembentukan Ummah. Ummah yang tertegak atas dasar Iman kepada Allah S.W.T. dan Persaudaraan kerana Allah S.W.T. agarhukum-hukum Allah S.W.T. terlaksana, kerja-kerja ma’ruf berjalan dengansenang, kebenaran mengatasi kepalsuan, kebaikan sentiasa disokong dan kemungkaran sentiasa di tentang. Untuk sampai kepada ummah Islam sedemikian maka jihadyang berterusan diperlukan dan mengikuti jalan-jalan yang betul sebagaimanayang telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W.
Persoalan Ketiga
Kemanakah kesudahan kita?

Persoalan ini tidak memerlukan huraian yang panjang kerana setiap orangyang menyedari asal-usulnya serta mengetahui tugas kewajipannya, maka InsyaAllah ia akan menyedari pula ke manakah kesudahannya. Walaupun demikian jawapannyatetap telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. dalam FirmanNya:
“Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali).Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis.Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali.”
- Surah an-Najm: ayat 42-44.
Subscribe to:
Posts (Atom)