Monday, November 22, 2010

SEMOGA SPM LULUS DGN CEMERLANG !!


Kepada yang akan menduduki SPM di mana jua mereka berada semoga dikurniakan Allah SWT ketenangan hati, kemantapan jiwa, ketajaman minda dan keindahan bertawakal kepada Allah SWT dalam melalui peperiksaan SPM 2010 yang akan bermula esok, 23 Nov hingga 16 Disember kelak.
Semoga adik kasih dan sayang akan semakin hampir dengan Allah SWT, dan lebih lagi pergantungan mereka kepada Allah SWT semata-mata, dan bukannya bergantung harap kepada diri yang lemah, hina lagi serba kekurangan.

Ya Allah yang mendengar setiap permohonan,
Ya Aziz yang mampu memperkenan setiap permintaan,
Berikan YANG TERBAIK untuk anak-anak kami,
Permudahkan yang sukar,
Tunjuki jalan keluar,
Demi dunia dan akhirat mereka Ya Rabb.
Amin....